like jika suka. =3

Monday, 10 April 2017

PERCUTIAN KE JOHOR BHARU DAN SINGAPURA [3 HARI 2 MALAM]

Hallo...

Been long time not update my bloq and publish new entry. Okay, let me straight to the point what i want to share for this time.

Before this I'm sharing my experience travel to Sabah right? Now I want to share my experience and budget travel to Johore Bharu plus Singapore. Means that you get 1 and free 1 experience. Eh! Eh... I'm speaking? ha ha ha.... Biar Uncel bercerita dalam Bahasa Melayu jer lah kan.. Nanti orang cakap uncel kekwat pulak... Ha ha ha..

Guys... Kalau uolss nak travel ke Johore Bharu, uolss kena stay lama lagi sebab banyak sangat yang boleh uolss terokai. Especially yang nak travel oversea like Singapore. Ni pengalaman Uncel selama uncel bercuti di Johor selama 3 hari dan 2 malam.

Uncel beli tiket dari Kuching ke Johor dalam bulan 1 dan fly dalam bulan 2. Harga tiket termasuk makan dan minum di dalam kapal terbang Air Asia ialah RM180.00.  Makan sampai dua bungkus nasi lemak dalam flight. Ko rase... Sebab member salah beli. Ha ha ha...

Untuk hotel, iolls stay di Citrus Hotel, Johor Bharu.  

Click sini untuk website http://www.citrushoteljb.com/en/

Iollss tinggal di hotel tersebut 3 hari 2 malam dengan bayaran yang agak murah iaitu dengan harga semalam RM120.00 jer. Kalau tontong (sharing) dengan member dalam 4 orang cuma bayar RM60.00 sahaja untuk 2 malam tinggal di sana. Bilik sangat selesa dan besar. Bilik yang iols stay muat utk 4 orang. Bagi yang bujang and backpacker macam iols ni sangat selesa lah sebab masa iols banyak untuk berjalan dan bukan tinggal dalam bilik.

Done bahagian hotel. Now iols nak cerita tentang pengangkutan darat pulak. Nahhh... sekarang kan dah banyak applikasi yang membantu pengguna seperti Grabcar, Uber dan sewaktu dengannya. So, guess what we are using at Johor? Semestinya menggunakan aplikasi yang dinyatakan di atas. Maaf ya abam teksi or uncle taxi, sebab tak mention uols di sini. Sebab kebanyakkan iols menggunakan Uber semasa di Johor Bharu. Satu kali ajer iols guna teksi. Semasa balik dari Legoland. Jap lagi uncel akan cerita itenary pulak ye. Sabaq na.... Berbalik kepada pengangkutan darat, iols gunakan uber untuk bergerak ke sana ke mari di area JB. Nak ke Singapore iols jalan kaki jer sebab  apa? Hotel iol sangat dekat dengan banggunan Kastam untuk ke Singapore. Jalan kaki jer tak sampai 5 menit dah sampai. Kalau yang malas nak jalan tu pakai uber pun boleh tapi sah sah takde uber nak ambik punya. Sumpah seranah oleh pakcik uber ada lah... ha ha ha....

Done bahagia pengangkutan. Now nak stoli moli about iternary pulak okey..Sepanjang 3 hari 2 malam di Johor Bharu, iols punya itenary adalah seperti berikut:

1st DAY


1. Sampai ker airport JB, naik bus ke pusat bandar JB. Tiket dalam RM10.00 macam tu kalau tak silap. Harga tak mahal, tak sampai 20 hengget. Kalau nak naik uber pun boleh juga. depend dengan uols punya keputusan. Kita orang guna bus jer.. Boleh melihat pemandangan yang indah.

2. Sampai pusat bandar, iolls terus check in di hotel yang dinyatakan di atas. Kalau rasa malas nak scroll atas, tak yah scroll uncel cerita ni. Check in di Citrul Hotel JB dulu, hantar semua barangan yang dibawa supaya kurang sket bebanan. Sampai di hotel check in dan letak semua barangan, terus keluar hotel cari uber untuk ke Legoland.

3. Pergilah iols ke Legoland Malaysia Johor Bharu. Iols menggunakan uber jer dengan bayaran RM23.00 jer. Walaupun dalam keadaan hujan renyai renyai iols tetap juga teruskan jua. Kerana peluang hanya sekali dan jangan dilepaskan. Iols takut juga kalau hujan lebat dan ada kilat sebab waterpark akan tutup. Mujurlah haritu cuma hujan dengan renyainya.. dapatlah iols bermain air dan menjadi kanak-kanak riang. Seiuslah.. best giler dowh.... ha ha ha... Takyah lah uncel nak cerita permainan yang ada dalam tu. Uols masuk dan rasai sendiri sangat berpuas hati membayar RM180 seorang. Kalau uols yang gayat dan takut dengan kelajuan dan tempat tinggi, rugi lah sebab permainan di waterpark sangat extreme. RM180 tu untuk waterpark dan themepark. Ni salah satu gambar uncel dalam Legoland.






4. After jadi kanak-kanak riang iols balik ke pusat bandar JB dengan menggunakan taksi. RM80.00 iols kena bayar tapi takper lah sebab iols dah low energy and need to lay down. Uber pun harga lebih kurang juga kerana that are not hot area for uber.

5. Sampai hotel semua rebah dan longlai.. Ada yang mandi ada yang cas telefon sbb excited nak tengok gambar dan sebagainya. So, next plan adalah pergi ke pasar malam. Tak jauh dari hotel ada pasar malam. Sangat meriah lah bagi yang hendak mencari barangan yang murah. Uncel nak beli cadar tilam di sana, namun uncel tewas kerana kaki penat sangat untuk berjalan di pasar malam yang sangat besar..

2nd DAY 

1. Rancangan nak gerak ke Singapore awal pagi dan semua set masa nak bangun tidur jam 7.00 pagi. Namun semuanya gagal lagi sebab semua bangun dalam jam 8 lebih. hu hu hu..

2. Setelah habis berkemas, set rambut kemaskan bilik, then terus gerak berjalan kaki ke bangunan kastam JB untuk mengambil bas ke Kranji, Singapore. Bayaran tiket bas cuma RM1.60 jer. Tiket beli di tingkat bawah banggunan tersebut.

3. Bergeraklah ke Singapore. Sebenarnya kalau nak ke Singapore tak lah jauh sangat namun laluan cuma satu dan kereta banyak menyebabkan kesesakan yang mengambil masa selama satu jam kalau tak silap.

4. Sampai ke kastam Singapore, yang ni lah iols penat sangat berbaris. Sampai around 10.45am dan berdiri selama 2 jam lebih untuk melalui pemeriksaan kastam. Lama giler weh.. yang melucukan ramai yang berbaris menjadi ahli running man. Ha ha ha.. Kaunter dibuka akan ramai yang berebut untuk pergi. Uncel ni malas nak berebut tetap setia berbaris sampailah pukul 2.00 petang. Habis checking iols terus naik bas yang sama syarikat yang dinaiki tadi ke stesen Kranji, Singapore. Pesanan, tiket yang uols beli jangan dibuang sbb uols akan menggunakan tiket itu semula setelah melalui pemeriksaan kastam Singapore. Jangan lupa isi borang juga.

5. Sampai jer di stesen Kranji, iols terus ke kaunter tiket dan membeli visitor pass (unlimited untuk bas, MRT dan LRT) dengan harga Sing Dollar 20.00. Harga visitor pass tu cuma 10 Singapore Dollar jer, yang 10 lagi tu deposit. Nanti setelah menyerahkan kad tu balik uols dapat lah 10 dollar tu balik. Di situ uols kenalah minta LRT punya map. Kalau tidak uols nanti terkapai-kapai taktau nak kemana.

6. 1st destinasi ialah Universal Studio yang ada di Sentosa. Kalau uols nak ke sana kenalah rajin berjalan ya sebab dari stesen LRT ke pulau Sentosa ambil masa dalam 5 ke 10 minit berjalan kaki.


7. 2nd destinasi ialah Malion. Alah... tempat yang ada Lion keluarkan air tu.. Nak ke sana uols kena naik lrt ke Esplanade Station. Dari situ uols kena jalan kaki lebih kurang dalam 10 minit baru dapat sampai ke tempat Malion. Tak silap uncel, ada station yang dekat dengan Malion tapi tak ingat apa nama station tu. Korang boleh tanya dengan orang sana sebab semua orang yang ada di Singapore sangat friendly especially Singaporian.

8. 3rd destination is Mustafa Market kalau tak silap nama tempat tu. Di situ korang boleh usha lah barangan dengan harga murah terutama perfume yang branded. Dapat murah dalam 100 macam tu. Kalau matawang besar mmg untung lah beli perfume di sana.

Setelah itu iols terus bergerak balik ker MRT dan balik ke Johor Bharu. Nak pesan dengan uols kalau yang ada sakit kaki tuh kenalah stand by mental serta fizikal anda. Kerana kaki anda akan sakit dan letih sebab semuanya memerlukan anda untuk berjalan. Bagi yang hendak membuang lemak memang dialu-alukan lah.

3rd DAY
1. Hari ketiga di Johor Bharu iols tak banyak aktiviti sebab petang dah ke airport. So iols cuma pergi ke Johore Premium Outlet (JPO). Di sana uols boleh pergi naik uber jer. Sebab iols ke sana naik uber around RM23.00 sahaje.. Bagi yang pertama pergi sana uols jangan hairan sebab tempat tu memang terpencil sedikit. Maksud iols tempat tu agak jauh sedikit dari bandar tapi bila uols masuk sana uols akan rasa kelainan. Sebab kawasan tersebut sangat cantik dan binaan banggunan macam dekat luar negeri.

2. Balik jer dari JPO iols terus ke bandar dan pergi shoping complex tak jauh dari hotel iols. Tak ingat sangat nama shoping complex tu. Iols jalan2 dan window shoping. Then iols makan. Habis jer makan iols terus ambik beg dan bergerak ke Airport dengan menggunakan uber. Caj yang dikenakan hanyar RM43.00 sahajer.

Sampai airport terus check in dan bersedia untuk balik Kuching.. Roti Gardinia memang tidak akan dilupakan kerana sudah jadi kemestian kalau balik Kuching mesti akan bawa roti tersebut sebagai survenier.

Tamat....

TOTAL PERBELANJAAN SECARA KASAR IALAH RM500+. Jumlah tersebut termasuk hotel (kongsi dengan member), pengangkutan (kongsi dengan member), masuk Legoland, pergi Singapore, makan dan beli roti gardinia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...