like jika suka. =3

Monday, 23 May 2016

PERCUTIAN KE SABAH (3 HARI 2 MALAM) - ATURCARA DAN PERBELANJAAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca sekalian. Wah! Uncel dah 2 tahun tak update new entry rupanya. huhuhu... Maklumlah dalam 2 tahun yang lepas banyak perkara yang uncel lalui dan uncel taknak kongsi kerana terlalu peribadi. Tapi takpe, sekarang ni uncel dan move on  dan sentiasa ceria kerana keceriaan itu penting bagi mengekalkan wajah tampak muda sentiasa. Hahaha... Ops! berbalik kepada wajah, syukur dipanjatkan kepada Allah yang Esa kerana kulit muka uncel bertambah baik dan kurang jerawat. Cuma nak merawat bekas jerawat je ni.. Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ni, uncel nak kongsi dengan korang yang terpinga-pinga nak bercuti dan ingin mengetahui berapa perbelanjaan kalau nak cuti terutamanya di Sabah Negeri di bawah Bayu. Meh uncel nak kongsi sedikit dengan korang dan aturcara yang uncel guna sepanjang percutian selama 3 hari 2 malam di Sabah.

HARI PERTAMA

6.00 am - 7.20 am : Flight Kuching ke Kota Kinabalu
7.20 am - 9.00 am : Minum pagi (Pergi ke bandar Kota Kinabalu untuk makan)
9.00 am - 2.00 pm : Jalan-jalan di bandar Kota Kinabalu (freestyle)
2.00 pm - 3.00 pm : Bergerak ke rumah terbalik
3.00 pm - 3.30 pm : Berjalan-jalan dan ambil gambar di rumah terbalik.
3.30 pm - 5.00 pm : Bergerak ke Kundasang. Check-in di Greenhill homestay
5.00 pm - 7.00 pm : Berehat di bilik dan bersiap untuk makan malam
7.00 pm - 9.00 pm : Makan malam di pekan Kundasang.
9.00 pm - 9.30 pm : Berjalan-jalan menikmati pemandangan malam di pekan Kundasang
9.30 pm : Balik ke bilik dan berehat. Esoknya kena bangun awal dan checkout terus.

HARI KEDUA
6.00 am - 7.00 am : Bangun dan bersiap untuk check-out
7.00 am - 8.00 am : Minum pagi di pekan Kundasang dan ambil gambar
8.00 am - 9.00 am : Bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm
9.00 am - 11.00 pm : Bergambar di kawasan Dairy Farm.
11.00 pm - 12.00 pm : Bergerak ke Kundasang Pine Resort. Kat sini view nak ambil gambar cantik.
12.00 pm - 1.00 pm : Bergerak ke Sabah Tea Garden, Ranau.
1.00 pm - 1.30 pm: Bergambar dan gerak ke Fish Spa. Fish Spa sebelah Sabah Tea Garden jer.
1.30 pm - 2.30 pm : Bermain dengan ikan di Fish Spa.
2.30 pm - 4.00 pm : Bergerak balik ke bandar Kota Kinabalu. Singgah sebentar di jambatan Tamparuli.
4.00 pm - 4.15 pm : Bergambar di jambatan Tamparuli
4.15 pm - 5.00 pm : Bergerak ke pantai Tanjung Aru 1.
5.00 pm - 6.00 pm : Bergambar di pantai Tanjung Aru dan lepak sambil menikmati pemandangan matahari terbenam
6.00 pm - 6.30 pm : Bergerak ke Seri Borneo Hotel.
6.30 pm - 8.00 pm : Berehat dan berkemas untuk makan malam.
8.00 pm - 8.15 pm : Bergerak ke pasar Filipina. Tak jauh dari hotel tu. Jalan kaki jer.
8.15 pm - 9.30 pm : Makan malam. Makanan seafood panggang.
9.30 pm - 11.00 pm : Jalan-jalan di pasar malam dekat dengan pasar filipina tu.
11.00 pm : Balik hotel dan tidur.

HARI KETIGA
6.00 am - 7.00 am : Bangun dan bersiap untuk check-out
7.00 am - 7.15 am : Bergerak ke Jesselton Port
7.15 am - 8.50 am : Minum pagi
8.50 am - 9.20 am : Bergerak ke pulau. Boleh pilih pulau yang mana satu (Sapi, Manukan atau Mamutik).
9.20 am - 12.00 pm : Mandi manda, snorkeling dan bermain air.
12.00 pm - 12.20 pm : Bergerak balik ke Jesselton Port
12.20 pm - 1.00 pm : Bergerak ke pasar filipina. Bagi yang nak beli ikan bilis dan sebagainya.
1.00 pm - 2.00 pm : Shopping barang untuk dibawa balik
2.00 pm - 2.30 pm : Bergerak ke Imago Shopping Mall
2.30 pm - 7.00 pm : Freestyle. Siapa nak shopping boleh shopping, tengok wayang boleh, makan pun boleh.
7.00 pm - 7.20 pm : Bergerak ke airport.
10.00 pm : Fly balik ke Kuching.

Habis sudah aturcara, sekarang kita pergi ke perbelanjaan pulak. Aturcara di atas korang boleh ubah mengikut kemahuan korang, tapi kenalah rancang dengan baik sebab kalau nak ke kundasang mengambil masa 2 ke 3 jam macam tu. Kalau nak pergi walk-in  boleh tapi korang tak dapat nak experience keadaan yang sejok ala-ala di oversea. hehe.. Sebab malam di Kundasang boleh mencecah bawah 16 darjah celcius. 

Perbelanjaan sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Sabah adalah seperti berikut:

1. Kereta sewa (Myvi) : RM300 untuk 3 hari. Bayar penuh ketika kereta dihantar.
2. Greenhill Homestay : Bilik kecil RM100 (Student price), bilik besar (2 katil) RM120 (Student price) 
3. Desa Cattle Dairy farm : RM5.00 dewasa, RM4.00 (pelajar)
4. Rumah Terbalik : RM10.60 dewasa 
5. Fish Spa : RM5.00 dewasa (masa diberikan cuma 15 minit sahaja)
6. Pulau Manukan/Sapi/Mamutik : RM23.00 (harga ini selepas minta discount dengan orang jaga kaunter. Recommended pakai Aparu agent.)
7. Minyak kereta : RM60 (untuk 3 hari)
8. Hotel Seri Borneo : RM85 (bilik 2 orang), RM195 (family room, 1 king size, 1 queen size)

So, korang kira lah berapa semua perbelanjaan ya. Itu perbelanjaan masa uncel di Sabah. Kalau korang pergi dengan rakan-rakan, boleh lah bahagikan kepada bilangan rakan-rakan anda. Perbelanjaan tersebut tidak termasuk dengan makan dan shopping ya. Kalau korang kuat makan, tambah lah dengan berapa korang makan. Kalau pergi dengan kumpulan yang ramai lagi murah. Rasa-rasa dalam RM300 dah cukup untuk dibawa ke sana kalau korang tak shopping lah.

Harap benda ni berguna pada anda yang hendak bercuti ke Sabah terutamanya hendak ke tempat-tempat yang menarik. Gambar memang uncel taknak upload di sini sebab korang boleh google jer nama tempat yang uncel bagitau. Kalau korang tak dapat nak google boleh lah tengok facebook uncel, uncel ada upload video uncel menyelam tengok ikan. Yang lain tak larat nak upload.

Setakat ini sahaja dulu mengenai percutian ke Sabah, kalau ada apa-apa lagi, nanti uncel akan update. Semoga bermanfaat apa yang uncel kongsikan dan percayalah korang akan berpuas hati jika pergi bercuti ke Sabah. Uncel dah 3 kali dah bercuti di Sabah dan tak pernah rasa bosan. Seronok terutamanya di Kundasang dan pantai.. best wehhh....





5 comments:

  1. Omg..mesti cntik kan tempat2 tu..uncel ambil student price ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sangat cantik..lupa nak upload gambar.. nanti akan upload

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  3. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  4. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Antara Kelebihan kami:

    Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    Hubungi kami
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...