like jika suka. =3

Friday, 12 December 2014

Pengalaman Menggunakan Produk D'Herbs Lunas dan MZ Secret Soap

12 Disember 2014

As salam dan salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca yang sudi melawat dan meluangkan masa anda untuk membaca apa yang uncel tuliskan. Terima kasih diatas komen dan juga masa yang anda berikan. Uncel amat berterima kasih. :-)

Lama juga uncel menyepikan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang uncel menyepi dan ada perkara yang tidak patut kita kongsikan dalam blog kalau ia berkaitan dengan peribadi. Betol tak kak lehot? Haha....Meh lah baca entry uncel kali ini. Mesti anda ingin tau apa hasilnya setelah uncel menggunakan produk MZ secret soap and D'Herb Lunas kan?? Uncel akan kongsikan gambar uncel yang terkini dan harap anda berpuas hati ya. 

24.11.2014 - Gambar ini uncel ambik masa di Kuala Lumpur, menggunakan camera iphone. Bukan 360 camera ya..
Gambar itu uncel tak guna camera 360 yer.. Lagipun kalau anda nak tengok kulit anda macam mana, anda bergambar lah di cahaya matahari. Sebab semuanya akan terserlah. Tengok lah bahagian hidung uncel ada merah sebab uncel ada resdung dan bahagian dahi uncel masih ada kemerahan. Bukan jerawat tapi bekas jerawat.

Uncel bukannya duta kepada mana-mana produk ataupun uncel bukan nya nak menjatuhkan mana-mana pihak ya. Uncel cuma nak kongsi sahaja. Sebenarnya uncel dah berhenti mengunakkan mana-mana produk untuk muka selama 2 bulan. Di sebabkan salah guna produk dan kulit uncel sensitif dengan bahan kimia, Uncel nekad nak berhenti menggunakkan mana-mana produk. Biar uncel guna air untuk mencuci. Dalam masa 3 minggu memang masih ada jerawat yang timbul di muka sebab kesan bahan kimia dan bakteri masih lagi di dalam sel kulit uncel. Dalam masa tersebut uncel masih sabar dan sentiasa positif. Ada juga teringin nak mencuba produk baru tapi uncel tahan dulu. Sebab uncel set dalam otak yang kulit uncel sensitif dengan bahan kimia.

Setelah dua bulan tidak menggunakan apa-apa produk, jerawat uncel mula hilang tapi tidak hilang sepenuhnya. Masih ada yang timbul bila uncel makan pedas, tertekan dan sebagainya, tapi tidak seteruk bila uncel guna produk sebelum ini. Kulit uncel berasa selesa dan tidak terasa panas seperti sebelum ini. Selepas itu uncel pakailah produk pencuci Vaseline for Men and Moisturizer. Kulit uncel kembali seperti dulu tapi jerawat tetap masih ada. Cuma tumbuh satu dua tak macam dulu, sangat teruk, keluar nanah. 

Jika di lihat dengan gambar di atas, anda mesti ingat uncel guna 360 kamera, tapi percayalah, kalau anda ada jerawat, hentikan memicit jerawat, mengacau menggunakan tangan dan guna produk yang ada bahan kimia yang tak sesuai dengan kulit anda. Nak ada kulit cantik bukan mudah. Kena disiplin dan kena sentiasa positif. Bagi pengguna produk yang uncel sebutkan, jangan kuatir dan risau, anda masih boleh gunakan sekiranya kulit anda sesuai, jika tidak sesuai, berhenti dulu dalam 2 atau 3 bulan sebelum mencuba produk baru. Sebab kulit kita tidak sama.

Akhir kata dari uncel, gunalah produk yang sesuai dengan kulit anda. Mana kulit dah cantik tu, jangan lah guna bahan kimia. Biar jer jerawat tu timbul satu dua. Kalau perfect sangat tak original tu. Kalau original mesti ada jerawat punya eyy....

Bye bye...

Psst:: Jangan marah kalau uncel mention nama-nama produk ya. Kalau ada pengguna yang berjaya tahniah!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...