like jika suka. =3

Thursday, 8 May 2014

KELEMAHANMU ADALAH KEKUATANMU

Salam semua.. Salam satu Malaysia dan Salam sejahtera kepada semua. Lama dah Uncel tak update new entry kan? Dan seringkali Uncel update new entry mesti Uncel akan cakap macam tu..hehe... Sabar, itu memang stail Uncel.. Harap anda semua tak menyampah dengan Uncel lah ye...

Meh nak kongsi sedikit masalah kawan uncel ni. Sedih juga uncel dengar tapi yang uncel dapat katakan adalah KELEMAHANMU ADALAH KEKUATANMU.

Sunyikan rasa dalam diri bila orang yang kita sayang langsung tak nampak kewujudan kita dalam hidupnya. Lagi pedih bila kita mengetahuinya dia langsung tak hargai kehadiran kita dan mengingati kita ketika dia memerlukan kita. Sungguh sadis bila berlaku perkara sedemikian. Tapi itu lah fitrah kita sebagai manusia biasa tidak lari dari dugaan dan cabaran daripada Allah S.W.T. Malah dengan dugaan dan cabaran yang diberikan itu juga mampu mengukur sejauh mana kesabaran dalam diri kita.

Kawan uncel selalu bercerita dengan uncel tentang masalah diaorang. Ada yang sorang ni bercerita mengenai sesorang yang dia benar-benar sayang tapi orang yang dia sayang langsung tak hiraukan dia. Dia selalu menghantar mesej ucap "selamat pagi" "apa khabar" tapi yang dia sayang langsung tak balas. Adapun dia balas cuma cakap dia sibuk. Kalau dia tak hantar mesej, org yang kawan uncel sayang tu langsung tak hantar mesej dengan dia. Kasihan uncel dengan keadaan kawan uncel. Dalam hal ini memang nampak kebodohan kawan uncel tu kan? Tapi uncel tak salahkan dia, dia cakap dengan uncel yang dia tak dapat nak lupakan orang tersebut dan setiap minit akan teringat pada orang tersebut sebab banyak sangat kenangan yang mereka lalui bersama. Itu lah kelemahan kawan uncel sebab bila dia dah sayang dengan sesorang, dia akan sayang selamanya tak kira bagaimanapun layanan orang tersebut dengannya. 

Kawan uncel tu ada juga cuba untuk melupakan dan larikan diri dari mengingati orang ya g dia sayang, tapi itu cuma bersifat sementara sebab dia akan teringat dengan orang tersebut dan mimpikan orang yang disayangnya.

"Bagaimana aku nak lupakan dia uncel? Aku dah cuba, bukan aku tak cuba tapi bila aku cuba aku tetap akan teringatkan dia, aku tetap merinduinya, aku tetap mimpikan dia. Bagaimana aku nak lupakan? Aku sibukkan diri aku, aku selalu balik kerja lewat, keluar dengan kawan-kawanku, tengok movie, tapi bila ada ruang dan masa aku akan fikirkan dia. Bagaimana aku nak lupakan nya uncel?" Macam itu lah kata dia terhadapku.

"Setiap doaku akan ku selitkan dengan memohon dengan Allah supaya dia sentiasa ingat dengan aku, sayang dengan aku, rindukan aku dan aku dapat jumpa dia selalu. Itu yang aku harapkan, aku tak dapat hidup serumah dengannya pun aku tak kisah sekurang-kurangnya dia sayang aku, rindu aku, ingat aku dan aku dapat jumpa dia sudah memadai bagiku uncel." Sambungnya lagi..

"Aku tau dalam dirinya aku tidak penting, dalam hidupnya aku tidak bererti untuknya. Tapi aku tidak kisan uncel, asalkan dia sayang aku, dia sentiasa ingat aku, itu yang aku harapkan, tapi dia langsung tak ingat aku uncel. Langsung, aku jer yang selalu hantar message dengan nya, tanya khabarnya tapi dia langsung tak tanya khabarku. Tak tanya pasal diri aku. Kenapa? Dah banyak kenangan yang kami lalui bersama tapi kenapa dia langsung tak hiraukan aku? Mungkin dia tunggu aku tak ada lagi dalam dunia ini baru dia nak hargai aku? Dah terlambat macam tu. Aku cuma sayang dia uncel. Aku sayang dia seorang." Sambungnya lagi dengan aku.

Itulah kelemahan kawan uncel, tapi bagi uncel, uncel paham perasaan dia. Uncel tau dan paham betapa pedih ya bila orang yang kita sayang langsung tak hiraukan kita. Sangan sunyi dan pedih.. Tapi., itulah kekuatanya kerana dari kelemahannya itu menunjukkan kekuatannya mengharungi dugaan dari Allah. Dia pun sentiasa berdoa dengan Allah dan uncel percaya Allah mengetahui sebabmya kenapa dia tak tunaikan permintaannya. Kuatkan hatimu wahai sahabat sebab kelemahan mu adalah kekuatan mun untuk bersabar, in shaa Allah suatu saat nanti orang yang kamu sayang akan sedar kehadiranmu dan menghargaimu seperti mana kamu menghargainya. Sabar wahai sahabat..

So, dari cerita tersebut uncel nak rumuskan bahawa setiap yang berlaku ada alasannya sendiri yang kita tidak tahu. Yang harus kita tahu bahawa Allah S.W.T sentiasa tahu apa yang terbaik pada kita. Sebab itu rukun iman yang terakhir adalah beriman kepada qada' dan qadar. Itu lah yang mengukur tahap keimanan kita. Ingat, kelemahanmu kekuatanmu.. Bye! Adiosss....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...