like jika suka. =3

Wednesday, 1 January 2014

MZ Secret Soap

Happy New Year! Selamat Tahun Baru! Saehae bog manh-i bad-euseyo! Feliz ano novo! kepada kawan-kawan sekalian. Macam mana sambutan tahun baru anda? Mesti seronok kan? Sambutan tahun baru uncel seperti biasa lah duduk dalam kereta tengok bunga api. Itu jer.. Bosan kan? Alah...walau apa pun cara anda menyambut tahun baru itu tidak penting, yang pentingnya bagaimana anda nak menghadapi tahun 2014 ini dengan lebih baik daripada tahun 2013. hehe...Kalau nak bercerita pasal azam ni memang azam tahun-tahun sebelum ni belum lagi tercapai lah. Hehee....Takpe, yang penting kita ada usaha untuk mencapai azam kita. Ada azam yang sangat besar untuk kita capai sebab berkaitan dengan benda lain. Tapi sekurangnya azam yang kecil kita dapat capai sudah memadaikan? hehehe...

Tahun baru 2014 ni uncel tetap dengan usaha uncel mengatasi masalah jerawat dimuka uncel. Tak pernah putus asa untuk memperbaiki kulit wajah. Dulu uncel sangat naif dengan penjagaan muka ni, sejak tumbuh jerawat ni uncel ada lah sedikit ilmu dan info untuk kongsi. Kan betul kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya. So hikmahnya daripada tumbuhnya jerawat ni adalah uncel mendapat sedikit ilmu dan kesabaran..

Meh uncel nak cerita sedikit tentang produk MZ secret soap ni. Uncel dapat tahu pasal produk ni dari kawan. Salah uncel juga sebab uncel berhenti guna sabun D'herbs lunas tu sebenarnya. Sebab uncel nak cepat sembuh jerawat uncel stop. Sabun D'herbs lunas tu memang bagus untuk memulihkan jerawat. Sebab buktinya muka uncel tak teruk sangat seperti dulu. So sekarang ni uncel guna MZ secret soap ni untuk menghaluskan kulit dan mengawal jerawat. Sekarang jerawat uncel tak teruk sangat dan uncel nak buangkan bekas jerawat di muka uncel ni dengan sabut MZ ni.

Jerawat kurang dan bekas jerawat tinggal..So, nk hilangkan semua ni. Harap MZ secret soap boleh bantul..

Sabun ni uncel baru jer beli semalam. Harganya boleh tahan juga lah dan susah nak cari. Uncel dapat contact number stokis dari website www.mzsecret.com. Dari sini uncel dapat contact number orang yang jual sabun ni. Produk ni keluaran Malaysia dan dapat pengesahan dari KKM. So jangan risau lah yer...Uncel tak nak cerita pasal produk ni tapi uncel nak cerita pasal pengalaman uncel. Baru sehari uncel guna, uncel rasa selesa sangat. Sebab sebelum ni uncel rasa muka tak selesa, tapi bila guna produk ni uncel rasa selesa sedikit. Uncel bangun pagi tadi muka tak berminyak sangat. Syukur... Uncel harap lah uncel dapat mengawal jerawat di muka uncel ni dan berharap produk ni sesuai dengan uncel.

Bahan-bahan yang digunakan bagi produk ni..

Ni lah sabun tu. Uncel beli RM70. Nak murah boleh order online. Hehe..


Kawan-kawan sekalian, muka kita ni kalau ada minyak bagus, tapi kalau berlebihan itu lah yang menyebabkan tumbuhnya jerawat. Kalau nak mengawal minyak kena cari pencuci muka yang boleh mengawal minyak. Bagi yang muka berminyak elakkan guna krim muka. Kalau nak gunakan juga, kenalah selalu cuci. Sebab muka yang berminyak kalau guna krim makin berminyak. Uncel sekarang sedang elakkan menggunakan apa-apa krim. Cuma uncel guna pencuci muka dan toner jer. Toner yang uncel guna adalah Eskinol. Toner ni uncel masukkan antibiotik sekali dalam tu.

So bagi yang nak tau apa perubahan uncel bila guna produk MZ secret soap ni, tunggu ya.. Nanti uncel akan update lagi perubahan pada muka uncel.

Happy new year kawan-kawan!

Psst: Azam uncel tahun ni nak hilangkan jerawat dimuka uncel ni.,Hehehe... Anda pulak macam mana?

1 comment:

  1. mcm ne skrg guna sbunMZ tu?hilng tak jerwt uncel tu?^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...