like jika suka. =3

Friday, 12 December 2014

Pengalaman Menggunakan Produk D'Herbs Lunas dan MZ Secret Soap

12 Disember 2014

As salam dan salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca yang sudi melawat dan meluangkan masa anda untuk membaca apa yang uncel tuliskan. Terima kasih diatas komen dan juga masa yang anda berikan. Uncel amat berterima kasih. :-)

Lama juga uncel menyepikan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang uncel menyepi dan ada perkara yang tidak patut kita kongsikan dalam blog kalau ia berkaitan dengan peribadi. Betol tak kak lehot? Haha....Meh lah baca entry uncel kali ini. Mesti anda ingin tau apa hasilnya setelah uncel menggunakan produk MZ secret soap and D'Herb Lunas kan?? Uncel akan kongsikan gambar uncel yang terkini dan harap anda berpuas hati ya. 

24.11.2014 - Gambar ini uncel ambik masa di Kuala Lumpur, menggunakan camera iphone. Bukan 360 camera ya..
Gambar itu uncel tak guna camera 360 yer.. Lagipun kalau anda nak tengok kulit anda macam mana, anda bergambar lah di cahaya matahari. Sebab semuanya akan terserlah. Tengok lah bahagian hidung uncel ada merah sebab uncel ada resdung dan bahagian dahi uncel masih ada kemerahan. Bukan jerawat tapi bekas jerawat.

Uncel bukannya duta kepada mana-mana produk ataupun uncel bukan nya nak menjatuhkan mana-mana pihak ya. Uncel cuma nak kongsi sahaja. Sebenarnya uncel dah berhenti mengunakkan mana-mana produk untuk muka selama 2 bulan. Di sebabkan salah guna produk dan kulit uncel sensitif dengan bahan kimia, Uncel nekad nak berhenti menggunakkan mana-mana produk. Biar uncel guna air untuk mencuci. Dalam masa 3 minggu memang masih ada jerawat yang timbul di muka sebab kesan bahan kimia dan bakteri masih lagi di dalam sel kulit uncel. Dalam masa tersebut uncel masih sabar dan sentiasa positif. Ada juga teringin nak mencuba produk baru tapi uncel tahan dulu. Sebab uncel set dalam otak yang kulit uncel sensitif dengan bahan kimia.

Setelah dua bulan tidak menggunakan apa-apa produk, jerawat uncel mula hilang tapi tidak hilang sepenuhnya. Masih ada yang timbul bila uncel makan pedas, tertekan dan sebagainya, tapi tidak seteruk bila uncel guna produk sebelum ini. Kulit uncel berasa selesa dan tidak terasa panas seperti sebelum ini. Selepas itu uncel pakailah produk pencuci Vaseline for Men and Moisturizer. Kulit uncel kembali seperti dulu tapi jerawat tetap masih ada. Cuma tumbuh satu dua tak macam dulu, sangat teruk, keluar nanah. 

Jika di lihat dengan gambar di atas, anda mesti ingat uncel guna 360 kamera, tapi percayalah, kalau anda ada jerawat, hentikan memicit jerawat, mengacau menggunakan tangan dan guna produk yang ada bahan kimia yang tak sesuai dengan kulit anda. Nak ada kulit cantik bukan mudah. Kena disiplin dan kena sentiasa positif. Bagi pengguna produk yang uncel sebutkan, jangan kuatir dan risau, anda masih boleh gunakan sekiranya kulit anda sesuai, jika tidak sesuai, berhenti dulu dalam 2 atau 3 bulan sebelum mencuba produk baru. Sebab kulit kita tidak sama.

Akhir kata dari uncel, gunalah produk yang sesuai dengan kulit anda. Mana kulit dah cantik tu, jangan lah guna bahan kimia. Biar jer jerawat tu timbul satu dua. Kalau perfect sangat tak original tu. Kalau original mesti ada jerawat punya eyy....

Bye bye...

Psst:: Jangan marah kalau uncel mention nama-nama produk ya. Kalau ada pengguna yang berjaya tahniah!

 

Thursday, 8 May 2014

KELEMAHANMU ADALAH KEKUATANMU

Salam semua.. Salam satu Malaysia dan Salam sejahtera kepada semua. Lama dah Uncel tak update new entry kan? Dan seringkali Uncel update new entry mesti Uncel akan cakap macam tu..hehe... Sabar, itu memang stail Uncel.. Harap anda semua tak menyampah dengan Uncel lah ye...

Meh nak kongsi sedikit masalah kawan uncel ni. Sedih juga uncel dengar tapi yang uncel dapat katakan adalah KELEMAHANMU ADALAH KEKUATANMU.

Sunyikan rasa dalam diri bila orang yang kita sayang langsung tak nampak kewujudan kita dalam hidupnya. Lagi pedih bila kita mengetahuinya dia langsung tak hargai kehadiran kita dan mengingati kita ketika dia memerlukan kita. Sungguh sadis bila berlaku perkara sedemikian. Tapi itu lah fitrah kita sebagai manusia biasa tidak lari dari dugaan dan cabaran daripada Allah S.W.T. Malah dengan dugaan dan cabaran yang diberikan itu juga mampu mengukur sejauh mana kesabaran dalam diri kita.

Kawan uncel selalu bercerita dengan uncel tentang masalah diaorang. Ada yang sorang ni bercerita mengenai sesorang yang dia benar-benar sayang tapi orang yang dia sayang langsung tak hiraukan dia. Dia selalu menghantar mesej ucap "selamat pagi" "apa khabar" tapi yang dia sayang langsung tak balas. Adapun dia balas cuma cakap dia sibuk. Kalau dia tak hantar mesej, org yang kawan uncel sayang tu langsung tak hantar mesej dengan dia. Kasihan uncel dengan keadaan kawan uncel. Dalam hal ini memang nampak kebodohan kawan uncel tu kan? Tapi uncel tak salahkan dia, dia cakap dengan uncel yang dia tak dapat nak lupakan orang tersebut dan setiap minit akan teringat pada orang tersebut sebab banyak sangat kenangan yang mereka lalui bersama. Itu lah kelemahan kawan uncel sebab bila dia dah sayang dengan sesorang, dia akan sayang selamanya tak kira bagaimanapun layanan orang tersebut dengannya. 

Kawan uncel tu ada juga cuba untuk melupakan dan larikan diri dari mengingati orang ya g dia sayang, tapi itu cuma bersifat sementara sebab dia akan teringat dengan orang tersebut dan mimpikan orang yang disayangnya.

"Bagaimana aku nak lupakan dia uncel? Aku dah cuba, bukan aku tak cuba tapi bila aku cuba aku tetap akan teringatkan dia, aku tetap merinduinya, aku tetap mimpikan dia. Bagaimana aku nak lupakan? Aku sibukkan diri aku, aku selalu balik kerja lewat, keluar dengan kawan-kawanku, tengok movie, tapi bila ada ruang dan masa aku akan fikirkan dia. Bagaimana aku nak lupakan nya uncel?" Macam itu lah kata dia terhadapku.

"Setiap doaku akan ku selitkan dengan memohon dengan Allah supaya dia sentiasa ingat dengan aku, sayang dengan aku, rindukan aku dan aku dapat jumpa dia selalu. Itu yang aku harapkan, aku tak dapat hidup serumah dengannya pun aku tak kisah sekurang-kurangnya dia sayang aku, rindu aku, ingat aku dan aku dapat jumpa dia sudah memadai bagiku uncel." Sambungnya lagi..

"Aku tau dalam dirinya aku tidak penting, dalam hidupnya aku tidak bererti untuknya. Tapi aku tidak kisan uncel, asalkan dia sayang aku, dia sentiasa ingat aku, itu yang aku harapkan, tapi dia langsung tak ingat aku uncel. Langsung, aku jer yang selalu hantar message dengan nya, tanya khabarnya tapi dia langsung tak tanya khabarku. Tak tanya pasal diri aku. Kenapa? Dah banyak kenangan yang kami lalui bersama tapi kenapa dia langsung tak hiraukan aku? Mungkin dia tunggu aku tak ada lagi dalam dunia ini baru dia nak hargai aku? Dah terlambat macam tu. Aku cuma sayang dia uncel. Aku sayang dia seorang." Sambungnya lagi dengan aku.

Itulah kelemahan kawan uncel, tapi bagi uncel, uncel paham perasaan dia. Uncel tau dan paham betapa pedih ya bila orang yang kita sayang langsung tak hiraukan kita. Sangan sunyi dan pedih.. Tapi., itulah kekuatanya kerana dari kelemahannya itu menunjukkan kekuatannya mengharungi dugaan dari Allah. Dia pun sentiasa berdoa dengan Allah dan uncel percaya Allah mengetahui sebabmya kenapa dia tak tunaikan permintaannya. Kuatkan hatimu wahai sahabat sebab kelemahan mu adalah kekuatan mun untuk bersabar, in shaa Allah suatu saat nanti orang yang kamu sayang akan sedar kehadiranmu dan menghargaimu seperti mana kamu menghargainya. Sabar wahai sahabat..

So, dari cerita tersebut uncel nak rumuskan bahawa setiap yang berlaku ada alasannya sendiri yang kita tidak tahu. Yang harus kita tahu bahawa Allah S.W.T sentiasa tahu apa yang terbaik pada kita. Sebab itu rukun iman yang terakhir adalah beriman kepada qada' dan qadar. Itu lah yang mengukur tahap keimanan kita. Ingat, kelemahanmu kekuatanmu.. Bye! Adiosss....

Sunday, 5 January 2014

Testimoni MZ Secret Soap

Hi, Halo, Hey dan Salam semua.. Harap sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sempurna dari sebelum ni. Macam mana dengan kulit muka anda? Ada masalah? Meh baca sekejap pengalaman uncel mengguna produk MZ secret soap ni. Harganya mahal dan hasilnya juga mahal juga. Hehehe... Walupun belum nampak hasil sepenuhnya, tapi uncel tetap tawakal supaya produk ni berjaya untuk pulihkan masalah kulit wajah uncel ni.

Baiklah, sebelum ni uncel banyak baca dari blog-blog tulis produk ini boleh menampakkan hasil seawal 3 hari. Mungkin boleh terjadi kepada orang yang tidak banyak masalah pada kulit wajah mereka, tapi pada kulit wajah uncel ni mmg payah sedikit. Huuhuhu... agak sedih juga lah sebab nak tengok hasilnya dalam masa 3 hari tapi tidak tercapai. Tapi uncel tetap juga masih lagi berharap produk ni berhasil pada uncel. Sebab banyak juga tulis di blog kata kalau tak nampak hasil dalam 3 hari, kena tunggu sampai 14 hari or 17 hari macam tu lah kalau tak silap uncel. So uncel tetap gunakan sekarang dan tunggu sampai 14 hari lah nak tengok hasilnya. Ada juga yang gunakan sampai sebulan baru nampakkan hasil..

Produk ni memang bagus sebab uncel tak rasa macam panas ataupun ada bahan kimia dimuka uncel tidak seperti produk yang uncel guna sebelum ni macam Collogen Plus Vitamin E or Tabita. Produk ini uncel rasakan lebih selesa dan kulit uncel rasa lebih bersih. Uncel akan cuci guna air suam sebab banyak kawan-kawan uncel sarankan cuci muka dengan air suam. Dah 4 hari uncel gunakan produk ni, uncel nampak ada sedikit perubahan pada kulit wajah uncel. Kulit wajah uncel nampak sedikit serinya dan juga nampak bersih walaupun jerawat masih ada dan bekas jerawat masih nampak mungkin disebabkan kulit uncel sedikit cerah kot. Kulit uncel rasa sedikit lembut dan licin. Tapi Miss Jerawat tu tetap masih ada. Mungkin produk ni nak keluarkan semua jerawat yang ada kot baru memulihkan. Uncel sabar jer lah menunggu hasilnya. Kalau tak juga menjadi lepas ni memang uncel tak ambik apa-apa bahan kimia lagi kot. Mungkin kulit uncel ni tak sesuai dengan bahan kimia kot. Hehehe....

Kali ini uncel tak publish foto uncel dulu sebab baru guna 4 hari. So, nanti kalau ada nampak hasilnya uncel akan publish foto uncel sebelum dan selepas gunakan produk ni ye. Lagipun uncel taknak ambik guna phone sebab nanti korang akan ingat uncel guna 360 camera kan. So, uncel kena tunggu masa sesuai untuk snap photo uncel untuk menunjukkan hasil produk ini ye. Hehe....

Ok lah, nanti kalau ada apa lagi uncel nak tambah, uncel akan buka entry baru...So stay tune ya kawan-kawan. hehe... Uncel pun tak sabar juga nak melihat hasil produk ini terhadap kulit wajah uncel. So tungguuuu ya...

Psst: produk ni menyerap dalam muka kalau anda biarkan dia lama dimuka anda selama 30 saat masa cuci tu. So cuci lama sedikit dan guna air suam ya. Hehe....

Love is Happiness if you always appreciate it.

Wednesday, 1 January 2014

MZ Secret Soap

Happy New Year! Selamat Tahun Baru! Saehae bog manh-i bad-euseyo! Feliz ano novo! kepada kawan-kawan sekalian. Macam mana sambutan tahun baru anda? Mesti seronok kan? Sambutan tahun baru uncel seperti biasa lah duduk dalam kereta tengok bunga api. Itu jer.. Bosan kan? Alah...walau apa pun cara anda menyambut tahun baru itu tidak penting, yang pentingnya bagaimana anda nak menghadapi tahun 2014 ini dengan lebih baik daripada tahun 2013. hehe...Kalau nak bercerita pasal azam ni memang azam tahun-tahun sebelum ni belum lagi tercapai lah. Hehee....Takpe, yang penting kita ada usaha untuk mencapai azam kita. Ada azam yang sangat besar untuk kita capai sebab berkaitan dengan benda lain. Tapi sekurangnya azam yang kecil kita dapat capai sudah memadaikan? hehehe...

Tahun baru 2014 ni uncel tetap dengan usaha uncel mengatasi masalah jerawat dimuka uncel. Tak pernah putus asa untuk memperbaiki kulit wajah. Dulu uncel sangat naif dengan penjagaan muka ni, sejak tumbuh jerawat ni uncel ada lah sedikit ilmu dan info untuk kongsi. Kan betul kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya. So hikmahnya daripada tumbuhnya jerawat ni adalah uncel mendapat sedikit ilmu dan kesabaran..

Meh uncel nak cerita sedikit tentang produk MZ secret soap ni. Uncel dapat tahu pasal produk ni dari kawan. Salah uncel juga sebab uncel berhenti guna sabun D'herbs lunas tu sebenarnya. Sebab uncel nak cepat sembuh jerawat uncel stop. Sabun D'herbs lunas tu memang bagus untuk memulihkan jerawat. Sebab buktinya muka uncel tak teruk sangat seperti dulu. So sekarang ni uncel guna MZ secret soap ni untuk menghaluskan kulit dan mengawal jerawat. Sekarang jerawat uncel tak teruk sangat dan uncel nak buangkan bekas jerawat di muka uncel ni dengan sabut MZ ni.

Jerawat kurang dan bekas jerawat tinggal..So, nk hilangkan semua ni. Harap MZ secret soap boleh bantul..

Sabun ni uncel baru jer beli semalam. Harganya boleh tahan juga lah dan susah nak cari. Uncel dapat contact number stokis dari website www.mzsecret.com. Dari sini uncel dapat contact number orang yang jual sabun ni. Produk ni keluaran Malaysia dan dapat pengesahan dari KKM. So jangan risau lah yer...Uncel tak nak cerita pasal produk ni tapi uncel nak cerita pasal pengalaman uncel. Baru sehari uncel guna, uncel rasa selesa sangat. Sebab sebelum ni uncel rasa muka tak selesa, tapi bila guna produk ni uncel rasa selesa sedikit. Uncel bangun pagi tadi muka tak berminyak sangat. Syukur... Uncel harap lah uncel dapat mengawal jerawat di muka uncel ni dan berharap produk ni sesuai dengan uncel.

Bahan-bahan yang digunakan bagi produk ni..

Ni lah sabun tu. Uncel beli RM70. Nak murah boleh order online. Hehe..


Kawan-kawan sekalian, muka kita ni kalau ada minyak bagus, tapi kalau berlebihan itu lah yang menyebabkan tumbuhnya jerawat. Kalau nak mengawal minyak kena cari pencuci muka yang boleh mengawal minyak. Bagi yang muka berminyak elakkan guna krim muka. Kalau nak gunakan juga, kenalah selalu cuci. Sebab muka yang berminyak kalau guna krim makin berminyak. Uncel sekarang sedang elakkan menggunakan apa-apa krim. Cuma uncel guna pencuci muka dan toner jer. Toner yang uncel guna adalah Eskinol. Toner ni uncel masukkan antibiotik sekali dalam tu.

So bagi yang nak tau apa perubahan uncel bila guna produk MZ secret soap ni, tunggu ya.. Nanti uncel akan update lagi perubahan pada muka uncel.

Happy new year kawan-kawan!

Psst: Azam uncel tahun ni nak hilangkan jerawat dimuka uncel ni.,Hehehe... Anda pulak macam mana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...