like jika suka. =3

Monday, 30 December 2013

Welcome 2014


Salam semua.. Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera.. hehe... Bersua lagi kita kali ni kan? Alhamdulillah.... Sampai juga kita dipenghujung tahun 2013. Amacam kenangan yang anda lalui sepanjang tahun 2013 ni? Ingat setiap yang baik mahupun kurang baik adalah kenangan tau. Tak kira lah pahit mana, manis mana ia tetap kenangan yang anda telah lalui. Kena bersyukur tau, sebab tak semua orang dapat mengalami kenangan yang anda lalui. Bagi uncel semua yang berlaku pada kita adalah kenangan yang orang lain tak dapat nak laluinya. Mungkin situasi yang hampir sama tetapi perasaan dan pengalaman yang kita lalui sangat berbeza. Kalau semua sama bosan lah. Maksudnya takda bezanya kita hidup sebagai diri kita. Baik kita hidup sebagai orang lain kan. Semua sama jer...hehe....

Adakah anda pernah mengalami keadaan apabila seseorang yang benar-benar penting dalam hidup anda tapi dia langsung tidak menghargai kewujudan anda disisinya malah langsung tidak kisah apa yang anda rasakan? Keadaan ini amat memeritkan dan mencabar kesabaran serta jiwa raga anda kan? Keadaan ini juga boleh membuatkan anda putus asa untuk menjalani kehidupan malah lebih membimbangkan boleh menyebabkan anda patah semangat dan kecewa dengan ketentuan Allah S.W.T. Ini juga suatu pengalaman yang perlu anda hadapi dengan tenang dan anggap lah keadaan ini adalah satu anugerah dan kurniaan Ilahi pada anda. Sebab tak semua orang yang dapat mengalami perasaan yang anda hadapi. So, kenapa anda nak berputus asa kan? Biar lah dia tak hiraukan anda ke, tak kisah dengan anda ke, tak perasan dengan kewujudan anda ke, what the hekk. Itu dia punya hak lah kan. Yang penting bukan kita yang tak menghargai orang.. Selebihnya kita berdoa jer dibukakan hatinya untuk menghargai anda. Senang kan?? Itu jer cara nak sedapkan hati anda, walaupun anda rasa sangat perit tapi sabar lah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. What goes around will comes around kan? Jangan lah kita berdoa buruk-buruk pada orang tersebut. Doa lah semoga dia pun dibukakan hati untuk sentiasa ingat pada anda, hargai kehadiran anda dalam hidupnya, mana tau suatu saat nanti Allah S.W.T makbulkan doa anda. Nahh....seronok lah anda kan..hehehe....

Tahun 2013 tak lama lagi meninggalkan kita. Banyak benda yang berlaku sepanjang 2013 ni kan? Kalau nak diingatkan balik, memang sedih lah, sebab semua kenangan tersebut telah berlalu dan kita tak dapat pun nak mengulangi pengalaman yang sama. Aktiviti dan acara boleh diulangi tapi moment tidak akan sama. Apa yang kita rasa tidak akan sama. Sebab itulah orang kata hargailah masa yang ada kerana masa sangat cepat pergi meninggalkan kita. Uncel memang menghargai setiap masa yang uncel rasa sangat berharga dan sukar untuk uncel dapat. Kalau dah terlepas saat tersebut, susah untuk kita mendapat masa itu. Banyak juga perkara yang uncel terlepas pandang tapi itu lah, dalam hidup ini, masa sangat penting, tapi sejauh manakah kita mampu menggunakan masa 24jam sehari yang diberikan kepada kita itu terletak pada diri kita sendiri.

Cuma uncel harapkan tibanya tahun 2014 memberikan kenangan yang lebih menarik dan manis dalam hidup uncel. Anda pulak bagaimana? Sudah ada azam untuk tahun baru ni? Kalau dah ada, usahakan lah ye. In Sha Allah ada jalannya.. Hehehe....

Akhir sekali, uncel doakan anda semua berjaya mengapai impian dan azam anda pada tahun 2013 ini dan berusaha sebaiknya untuk mencapai azam pada tahun 2014 nanti. Ada masa dan umur panjang, ada lah uncel buka entry baru. hehe... Uncel rasa nak upload picture uncel lah. Hehe...Jangan marah ye...

Jerawat tetap ada dan badan pun dah naik.. 
psst: Kalau kawan-kawan ada cara nak hilangkan jerawat bagitau lah uncel ya.. Jumpa di tahun 2014...bye!

Tuesday, 3 December 2013

Suratan ataupun Kebetulan??

Salam semua, Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada anda semua. Lama dah uncel tak update entry baru. Dah nak masuk tahun baru dah ni. Tinggal beberapa hari lagi kan 2013 dah nak meninggalkan kita. Banyak perkara yang berlaku pada tahun 2013 ni sama ada baik, buruk, sedih mahupun gembira. Tapi yang pastinya semua yang berlaku dalam hidup kita kenalah diambil sebagai pengalaman yang manis. Tak kira lah yang buruk mahupun pahit. Sebab yang buruk mahupun pahit itulah akan dijadikan sebagai panduan kepada kita supaya kenangan tersebut tidak datang pada kita lagi. Simpan jer semua kenangan yang berlaku sebab apa yang berlaku itu akan menjadikan kehidupan kita lengkap dengan pelbagai situasi. Kalau dapat situasi yang gembira jer bosan lah pulak kan. Macam hidup takda cobaan jer. hehehe.....

Meh lah uncel nak story sedikit pasal suratan atau kebetolan ni. Banyak perkara yang berlaku dalam beberapa hari ni. Sampai makcik uncel meninggal pun uncel tak tahu. Tapi bukan makcik dekat lah, makcik jauh.. Alah..kira macam nenek lah.. Bila dengar berita kematian nenek uncel tu, uncel dikejutkan dengan berita kematian ayah kawan uncel pulak pagi tadi. Kasian uncel dengan dia.. Sabar ya kawanku. Allah lebih sayangkan dia. Yang menjadikan topik ini suratan ataupun kebetolan adalah pagi tadi dan semalam uncel terdetik nak mendengar lagu sedih jer. Instrument sedih jer sampaikan uncel siap download sad instrument dalam laptop uncel. Semua tu berlaku secara kebetulan, even sebelum uncel tidur pun uncel mainkan sad instrument supaya uncel mudah untuk tidur. Mula-mula uncel tak lah perasaan, tapi bila uncel dapat sms kawan pagi tadi uncel mula perasan. Ekk... kenapa hari ni uncel main sad instrument dan nak dengar eh. Biasa kalau pagi-pagi memang uncel dengar radio Hotfm ataupun Hits.fm takpun dengar lagu korea. Hehehe...Tapi pagi ni pulak pandai main sad instrument pulak..Kebetulan kot.

So, uncel pun berfikiran positif lah. Banyak lagi perkara yang berlaku dan tak elok uncel nak share dalam ni sebab ada yang terlalu personal kan. Kalau ada yang tak personal sangat tu, uncel share lah.. Tak salah nak share kan? Hehehe... Yang pasti now uncel sedang mengalami sakit belakang sebab duduk terlalu lama mengadap laptop sebab tu malam ni tak workout. Huhuhu...ok lah kawan-kawan, mata uncel pun dah layu dah ni. Jerawat masih lagi.. So uncel nak tidor awal pulak malam ni. Kalau ada masa dah waktu nanti kita jumpa lagi ya. Hehehe...

Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. So kita sebagai hambanya redha jerlah setelah berusaha. Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kehilafan uncel sendiri.

Psssttt... Jangan biarkan diri anda diselubungi tanda tanya, ada persoalan bertanya dan berdoalah pada Allah, in shaa Allah ada petunjuk darinya. Selamat mencuba..

Friday, 2 August 2013

Oh Selipar Hilang Lagi! #Ramdan 2013

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan sekalian dan salam sejahtera. Salam 1 Malaysia harus diucapkan lah.. Jangan dilupakan negara tercinta. Hehe.. Hari ni 2 Ogos kan? So bulan ni bulan kemerdekaan, bulan puasa masih lagi. Tinggal 5 hari lagi kalau anak bulan mengizinkan kita menyambut Hari Raya pada 8 Ogos lah. So, ada 2 perayaan yang kita sambut pada bulan Ogos ni kan? Bestnya.. Seronoknya..huhu.... Tapi yang tak seronoknya dalam bulan Ramadan yang mulia ini pelbagai dugaan yang uncel hadapi. Tapi semua itu tak membataskan semangat uncel lah. huhu....

Meh baca sekejap, uncel nak bercerita sedikit jer ni. Dalam bulan Ramadan tahun ni pelbagai cerita kematian yang uncel dengar termasuklah rakan sekampung uncel. Walaupun beliau tidak rapat dengan uncel tapi beliau selalu bermain futsal dengan kitaorang lah. Terkejut juga uncel mendengar berita pemergian beliau. Selepas mendengar berita pemergian beliau, tup tup ada lagi dengar berita kematian seorang Bilal pergi ketika solat Zohor dalam keadaan Sujud kepada Allah S.W.T. Masyallah... Dalam masa yang sama juga mendengar cerita pemergian 2 ustaz dan 2 ustazah dari Jabatan Kemajuan Islam Sarawak kerana terlibat dalam kemalangan. Al-fatihah...

Memang banyak berita kematian yang uncel dengar berturut-turut berlaku dalam bulan yang mulia ini. Kisah uncel pulak masa balik masjid tadi, uncel kehilangan selipar uncel..Huhuhu... Tak sampai sebulan lagi uncel guna selipar tu. Selipar tu tak lah mahal sangat pun. Selipar orang lain berjenama NIKE lah, Adidas lah, tak pulak kena sembat, selipar uncel juga yang diaorang nak. Nasib badan lah..Huuhu..Dugaan dibulan Ramadan ni. Sebelum ni uncel hampir lagi nak kena rompak. Takut juga uncel. Nasib baik lah perompak tu tak buat jahat. Sekadar nak mengugut jer dan uncel cepat melarikan diri. Fuh!!

Ok lah kawan-kawan, itu sahaja cerita uncel kali ni sebab uncel ni taknak cerita banyak takut tersalah cerita menyebarkan cerita yang tak betul. Haish...tapi uncel cerita pasal uncel je kan. Apa yang tak betul pulak..hehehe... Dulu uncel ada cerita pasal masalah kulit uncel kan.?? Syukur lah pada Allah S.W.T kerana membantu uncel untuk memulihkan kulit muka uncel. Selalu uncel berdoa supaya kulit muka uncel pulih dan syukur sedikit demi sedikit kulit muka uncel dah pulih. Cuma ada lah sedikit kesan dan jerawat yang timbul tapi tak lah seteruk yang dulu. Nak tengok gambar uncel?? Meluat tak??

Takyah lah, nanti korang meluat tengok uncel asyik upload foto uncel jer. Uncel upload product untuk uncel pulihkan muka uncel jer lah yer...

ETUDE HOUSE product from KOREA
Produk tu lah yang uncel guna untuk remove pimple and black head. Berkesan lah setakat ni. Dah 4 hari uncel guna dan kulit uncel ok lah sedikit dari sebelum ni. Sebelum ni uncel guna D'herbs Lunas untuk hilangkan jerawat. Produk D'Herbs tu membantu untuk hilangkan jerawat uncel. Bila jerawat uncel dah ok, Uncel guna product ni untuk hilangkan kesan jerawat. Semoga kulit uncel kembali pulih dan jerawat tak de lagi. Amin.....

Menyimpang kan apa yang uncel cerita dari tajuk??Hahaha...takpe lah asalkan ada berkaitan sedikit jadi lah.
Lagipun nak cerita pasal selipar hilang tak lah panjang sangat, so kena lah tambah dengan cerita yang lain. Hehehe...Harap semua tak rasa bosan ye.

So, tak lama lagi nak raya ni, dah buat persiapan? Uncel nak pesan lah dengan korang hati-hati lah nanti masa Raya tau. Jangan bawa kereta laju sangat dan kena berhati-hati setiap masa. Jaga pemakanan juga dan kesihatan korang ok.

Selamat berpuasa semua dan selamat mencari Malam Lailatul Qadar ye.. Chaiyuk chaiyuk!!!!

Thursday, 11 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Salam semua, Salam Ramadan buat pembaca yang menjalani ibadah puasa. Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera kepada semua. Apa khabar korang?? Harap-harap semua sihat sentiasa ya kawan-kawan.

Semalam uncel ada post nak ucapkan selamat berpuasa kan? Hehehe..Pendek je kan post uncel semalam. Maklumlah puasa hari pertama, excited nak berbuka sebenarnya. Hehe..Tu yang taip ciput jer. Nanti korang baca bosan pulak..Hehe.. Kali ni uncel pun tak bercerita panjang, Saje jer nak menaip sebab nak cepatkan masa berlalu. Kepala uncel ni dah berpusing dan berat sebenarnya. Biasa lah uncel memang macam ni kalau tak makan ataupun lewat makan. Mesti en. Pening akan datang menjenguk uncel.

Dugaan dibulan puasa kan? Uncel kena lalui dengan hati yang terbuka dan sabar. Alah pening kepala uncel ni apa lah sangat kalau dibandingkan penderitaan saudara kita di Syria, Palastin dan dimana sahaja saudara kita yang kelaparan dan menghadapi kesulitan dan dugaan. Apa lah sangat pening kepala ni kalau dibandingkan penderitaan mereka kan? Ini lah yang harus kita fikirkan dari setiap apa yang kita dapat sekarang. Kita beruntung sekurangnya kita masih dapat berbuka puasa dengan juadah makanan yang menyelerakan dan banyak sedangkan saudara kita disana entah apa yang mereka makan untuk berbuka. Kita pun tak tau entah mereka berbuka ataupun tidak. Kita tidak tahu sama ada mereka berbuka dengan sekadar membaca doa berbuka puasa mahupun sekadar meneguk air sahaja.

Semua itu kita kena renungkan diri kita betapa bersyukurnya kita dengan keadaan kita sekarang. Tapi kita kena beringat juga sebab dugaan dan cabaran daripada Allah S.W.T harus kita lalui dengan penuh kesyukuran dan keredaan. Setiap cobaan, sakit, cabaran dan kesusahan yang kita lalui banyak membantu diri kita untuk menghapuskan dosa-dosa yang kita lalui. Kita harus beringat yang setiap ujian daripada-Nya membantu kita memperbaiki diri dan sekaligus membantu kita untuk mengurangkan dosa-dosa yang kita lakukan. Sebab itu orang selalu kata setiap yang berlaku ada hikmahnya dan salah satu ganjaran yang kita dapat adalah Pahala setelah kita sabar melalui setiap ujian yang diberikan.

Bersama-samalah kita merebut peluang keemasan ini untuk membentuk diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Apa sahaja cabaran dibulan yang Mulia ini kita tempuhi dengan redha dan senyum ya kawan-kawan. Hehe.. Kepala uncel ni pun dah kurang sedikit,hehehe..mungkin sebab uncel dah keluarkan sedikit apa yang ada dalam fikiran uncel kot. hehe...Takda lah..

Baik lah korang, uncel dah ketandusan cerita sebenarnya ni. Bukan nak salahkan pening, tapi sebab uncel nak relaxkan sedikit kepala uncel. Makin banyak fikir makin bertambah..Hehehe.. Lagi satu, kalau ada ujian yang mendatang jangan menunding jari dengan orang ye. Jangan mengeluh mahupun menyalahkan takdir. Tak baik, Sebab kalau kita berbuat demikian maksudnya kita kecewa dengan keputusan dan apa yang diberikan oleh Allah.. Jangan sesekali berbuat macam tu ye. Hehe...

Ok lah kawan-kawan, uncel nak ucapkan selamat berbuka kepada semua. Tak lama lagi kan? Tahun ni kita sama-sama menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya ya. Malah lebih baik dari tahun yang sudah. Jaga diri, jaga perbuatan, jaga percakapan dan jaga tingkah laku di bulan mulia ini. Jangan membazir juga ye. Kalau rasa makanan tu banyak sedekah lah dengan jiran-jiran, rakan taulan dan sahabat handai.

Jaga diri dan salam Ramadan..

pssttt...Makan jangan banyak sangat masa berbuka nanti susah nak solat isyak dan tarawih..hehehe..BYE!!

Tuesday, 25 June 2013

D'Herbs Lunas Soap

Salam semua, salam Satu Malaysia dan salam sejahtera kepada semua ye..hehehe...Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat dan ceria selalu..Buat apa tu? Hehehe... Ooo...Layan facebook. Ok ok jangan lupa like facebook uncel ya. Add uncel pun boleh..hehehe...

Hai kali ni uncel nak bercerita lah pasal produk kulit lagi. Hehe..kira ni version 2 lah. Sambungan kepada entry sebelum ni. Sebelum ni kan uncel ada bercerita pasal produk muka kan kan kan??? So ni lah sambungan nya. Sebab pencarian uncel untuk menyelesaikan masalah kulit muka uncel selepas salah guna produk sekarang berhasil. Syukur kepada Allah S.W.T kerana izinnya menemukan uncel dengan satu produk ni. Sangat berkesan dan bagi yang ada masalah boleh guna. Tak salah guna sebab kita mencari produk yang sesuai dengan kulit muka kita. Syukur kepada-Nya kerana sekarang kulit muka uncel beransur pulih cuma black head masih lagi.

Gambar ni Uncel ambik di google, Sabun ni lah yang uncel guna..

Monday, 27 May 2013

OH! Kulit

Salam semua, salam satu Malaysia dan salam sejahtera kepada kawan-kawan sekalian. Hehe...Halo halo halo..lama nya uncel tak keudara. Hahaha.... Rindu pulak rasanya nak bercerita dan menceritakan nih.hehe... Uncel bukan apa lama tak update entry, uncel masih sibuk menyelesaikan masalah yang besar yang dihadapi uncel sekarang ni. Tak sudah-sudah masalah ni. hehehe...Tajuk tu pun korang dah tau apa masalah uncel hadapi sekarang kan?

Pelik??Kenapa nak pelik?? Lelaki pun mengalami masalah yang sama juga lah. Lelaki pun risau juga kalau ada masalah pada kulit wajah. Alah..Sekarang kan dalam facebook kita suka update gambar. Tak seronok lah kalau nak update gambar kulit muka tak cantik. Rasa kurang markah kat situ..Hahaha...Macam lah ada kiraan markah siapa kulit cantik kan??Hehehe...tak da lah..saja jer gurau..

Sebenarnya uncel cuma nak bercerita pasal produk kecantikan sebenarnya. Mana-mana product kecantikan mestilah kita kena tengok tahap kesesuaiannya pada kulit kita. Kalau nak cantik kena hati-hati cik akak and abang-abang sekalian. Jangan main dengar jer product ni bagus product tu bagus product ni tak bagus product tu tak bagus.. Kena tengok pada kesesuaian kulit wajah kita juga. Tak pasal-pasal nanti kulit kita yang licin jadi mengerutu sebab salah product. Sama juga yang uncel alami sekarang, jerawat yang timbul bukan nya kecil-kecilan tapi besar-besaran. Sampai macam benjol je kat muka uncel sekarang..HUhuhu....Sedih juga rasanya hati bila tengok kulit muka dah macam ni kan. Nak salahkan siapa? Salah diri sendiri lah, sebab sendiri yang nak kan. Siapa suruh guna sesuatu product tanpa tengok tahap kesesuaian produk tersebut pada kulit kita.

Nah! Ambik kau uncel..hahaha...Itu lah padah nya bila kita membeli sesuatu produk kecantikan tanpa melihat kesesuaian pada kulit kita. Produk uncel guna bukan tak bagus, cuma produk tu tak sesuai pada kulit uncel jer. Dengan orang lain produk tu memang mujarab sampai kulit kawan-kawan uncel putih, licin and gebu..Macam Adira AF orang katakan. Sampai ada yang makan suppliment lagi nak jadi gebu macam Adira or K-Pop.Hehehe...

Hebat lah penangan K-Pop nih kan? Sekarang ni uncel tengah mencari jalan bagaimana nak menghilangkan jerawat yang sedang berpesta besar-besaran di kulit uncel ni sampai benjol-benjol.. Sakit wooo... Kalau korang tau apa produk untuk menyelesaikan masalah uncel ni. Share lah.. Kan ada iklah dalam tv, Mahal tak semestinya bagus..hehe...Kalau ada share lah dengan uncel ya.. Ok lah.. Nanti lah kita sembang lagi ya.. Makin banyak sembang makin merapu pulak.Hahaha...

Psssttt: Kalau nak guna produk kecantikan, bila korang guna then muka korang berminyak berlebihan, baik cepat-cepat stop ya..See you again and have a pleasant day..BYeeeee!!!!!


Apa susah-susah, 360 camera kan ada.Hahaha...

Wednesday, 27 February 2013

PERCAYALAH pada TAKDIR ALLAH :-)

Salam dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Uncel memang jarang nak update new entry. Sebab uncel akan update sesuatu yang uncel akan rasa nak berkongsi dengan pembaca sekalian. Maaf lah kalau uncel ni tak banyak sangat nak diceritakan. Alah..cerita banyak-banyak tapi yang diceritakan tak benar dan merepak pun takda guna juga kan. Kalau nak buat cerita untuk banyak visitor, tapi semua cerita tak benar nanti timbul pulak masalah yang lain kan kan..hehehe...nak jadi popular bukan lah dengan cara yang salah. Kena berusaha dengan sendirinya terutama mencari cerita yang orang berminat untuk membaca...

Uncel tahu cerita yang uncel share semuanya pasal uncel. So, uncel cuma nak share apa-apa sahaja pengalaman uncel dengan semua pembaca. Kalau ada yang uncel share tu membosankan maaf lah ye... Panjang pulak uncel punya mukadimah. Hehehe... Tajuk kali ni uncel pilih sebab pengalaman uncel. Bukan maksudnya uncel sebelum ni tak percaya dengan takdir Allah S.W.T tapi kali ni uncel cuma nak share pengalaman uncel bila uncel berada dalam dilema. Bagi yang beragama ISLAM mesti tahu apa itu solat istiharah kan? Bagi yang tak tahu, boleh GOOGLE apa itu solat istiharah. Hehehe...

SOLAT ISTIHARAH ni sangat bagus kalau kita amalkan bila kita dalam dilema. Dilema tak kira apa masalah sebagai contoh Anda sedang dilema sama ada nak memilih gadis A or gadis B. So, dalam hal tu, anda disarankan untuk solat istiharah untuk mendapat petujuk bagi membuat keputusan. Apa-apa sahaja yang anda pilih anda kena redha dan berserah segalannya pada ketentuan ALLAH S.W.T. Anda jangan lah solat istiharah sekali sahaja, kena buat tiga kali berturut-turut. Bagi yang mendapat mimpi itu, jangan terus membuat keputusan. Kaji sebaiknya mimpi tersebut dengan akal fikiran dan perasaan anda. Kita pun tahu juga kan kadang-kadang mimpi itu mainan tidur or kadang-kadang kita terlalu memikirkan, akan masok dalam mimpi. Sebab tu uncel sarankan sekiranya anda mendapat mimpi jangan terus memulu untuk membuat keputusan. Solat Istiharah ini juga boleh juga anda guna untuk membuat keputusan kalau anda tengah memilih. Sebagai contohnya, anda nak memilih sama ada nak ambik kerja A or kerja B.

Sebab uncel sebelum ni ada mengamalkan sebelum uncel selesa dengan apa yang uncel lalu sekarang. Sebelum ni uncel kan merantau di Kota Metropolitan Kuala Lumpur, so dari sana uncle belajar banyak sangat trutama belajar perangai manusia yang ada di sana. So, bila uncel berada dilema sama ada uncel nak stay sana ataupun balik kampung halaman. Uncel buat lah solat istiharah. Uncel memang dapat mimpi tapi mimpi uncel tu samar-samar. Daripada mimpi tu uncel kaji dan fikir dalam-dalam apa maksud mimpi tu. Setelah mengkaji dan perasaan uncel kuat mengatakan untuk uncel balik tempat asal, so uncel buatlah keputusan untuk balik. Uncel cuma fikir apa-apa yang berlaku uncel redha sahaja and terima dengan hati yang terbuka.

Syukur alhamdulillah berkat kesabaran dan percaya dengan Takdir ALLAH S.W.T, uncel sekarang berasa sangat tenang dan selesa. Bukan disebabkan uncel balik terus berasa selesa, uncel berasa selesa sebab ketentuan Allah kepada uncel untuk balik sangat bermakna. Uncel dapat apa yang uncel harapkan dan uncel sekarang sangat bersyukur. Itu lah kemanisan yang uncel alami bila keputusan yang uncel buat itu dirahmati-Nya dan apa ketentuanya ada hikmah disebaliknya. Kemanisan setelah membuat keputusan setelah solat istiharah sangat seronok..

Percayalah setiap yang berlaku memang ada HIKMAH di sebaliknya..

Pssst....Uncel ada ambik gambar baru, sebab uncel lama tak bergambar. Jangan marah ye..hehehe......





Thursday, 10 January 2013

Tahun Baru Pengalaman Baru

Salam semua.. Selamat menyambut tahun baru 2013. Tak di sangka sudah berakhir tahun 2012 rupanya.. Lewat uncel mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca. Tahun baru memang banyak cabaran dan dugaan yang uncel lalui dalam menghadapi kehidupan seharian..

Memang uncel dah planing kalau tak da kerja di tempat uncel, uncel akan fly ke kota metropolitan untuk mencuba nasib di sana.. Perit untuk uncel keluar dari tempat uncel tapi uncel tetap juga cuba sebab dah tiba masanya untuk uncel membina kerjaya. Tak semua yang kita inginkan akan kita dapat tapi apa yang ada di depan mata harus kita jalani dengan sebaiknya. Skurangnya kita sudah mencuba apa yang sebaiknya dalam hidup kita.

Kalau nak diceritakan pengalaman uncel di kota metropolitan, memang banyak sampai tak cukup kot kertas untuk menulis. Umpama sahaja..hehehehe... Tapi yang pasti uncel belajar sesuatu yang baru hari-hari uncel ada di sini. Terutamannya karenah manusia. Banyak sangat yang uncel tak dapat terima tapi bila difikirkan manusia ada bermacam-macam dan yang pasti kita tak dapat nak ketahui apa yang orang lain fikirkan.

Yang paling uncel ingat sangat bila uncel pergi solat jumaat di masjid india. Di situ uncel memang terbuka sangat. Ye lah, pada Yang Maha Esa kita sama sahaja. Tak kira bangsa apa, kulit warna apa, bahasa kita guna macam mana, tapi bila tiba waktu untuk mengejarkan kewajiban, kita akan berkumpul sama-sama di masjid. Seronok sangat melalui pengalaman itu.

Pengalaman hidup kita tak dapat dari membaca mahupun mendengar. Sebab apa yang kita dengar dan baca tak semuanya betul. Tapi yang paling bagus kita sendiri melaluinya itu yang sebaiknya. Jangan takut untuk mengalami perubahan, jangan takut pada benda yang kita tak pasti and jangan sesekali memeningkan kepala dengan soalan yang anda sendiri tak tahu jawapannya. Sebaiknya anda lalui segala yang berlaku sekarang dengan hati terbuka, penuh kesabaran dan positif. Insyallah akan berjalan dengan mudah..

Psst... Jangan bertuankan nasfu sahaja untuk mendapatkan sesuatu tapi bertuankan keimanan lebih selamat..:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...