like jika suka. =3

Tuesday, 11 September 2012

Terlajak Kata Sukar Ditarik Balik

Salam semua....Harap korang sentiasa sihat dan menjalani kehidupan korang dengan baik. Uncel kali ni bukan nak marah mahupun mengutuk ye. Harap maaf kalau apa yang uncel tulis ni menyinggung perasaan pembaca. Uncel cuma nak share pendapat dan pandangan uncel terhadap sesetengah orang yang bersifat diskriminasi yang menebal dalam diri mereka. Uncel tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma uncel kecewa sangat bila orang bercakap tak hiraukan perasaan orang lain. Kita hidup dalam satu negara yang sama kenapa nak jatuhkan sesama kita? Tak kira lah agama kita berbeza, kaum berbeza, warna kulit berbeza dan sebagainya tapi pada mata Maha Pencipta kita semua sama sahaja. Uncel rasa tak perlu lah nak jatuhkan dan timbulkan kemarahan pada orang lain.

Bercakap biarlah dari pengalaman sendiri dan haruslah berfikir sebaiknya sebelum mengeluarkan statement. Sebab statement yang kita keluarkan tak akan dapat ditarik balik bila dah masuk dalam telinga orang. Ia terus ke otak dan disimpan dalam memory otak kita. Bila dah salah cakap harus berani mengaku kesalahan dan meminta maaf dengan seikhlas hati. Bagi uncel tak kira lah kita duduk di mana, sama sahaja. Uncel malas nak keluarkan statement lebih-lebih, tapi uncel tahu yang bercakap sesedap mulut tu sebenarnya tak mendalami tempat orang lain. Uncel dh banyak tempat pergi, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu, Seremban, Sabah, Pahang dan Segamat, uncel tengok sama sahaja. Kalau di kawasn bandar memang banyak banggunan dan di kawasan jauh dari bandar banyak pokok.

Uncel pun tak paham lah kenapa perlu bersikap diskriminasi terhadap negeri lain. Kenapa perlu bercakap sesedap mulut padahal apa yang dikatakan salah serta menimbulkan kemarahan pada orang lain. Tolong lah hentikan bercakap sesedap mulut. Kita rakyat Malaysia harus fokus bagaimana nak meningkatkan ekonomi, membangunkan Malaysia dan memperbaiki apa
Kekurangan dalam diri kita. Bukan nya menjatuhkan sesama kita dengan sikap diskriminasi yang tinggi dalam diri kita. Kita harus tolong menolong sama kita supaya kita sentiasa berada dalam keadaan yang damai dan gembira berada dalam negara tercinta kita ni.

Cukup cukup sudah lah menjatuhkan dan mengeluarkan kata-kata yang tidak rasional dan bersifat diskriminasi. Rasa dahulu baru tahu apa yang berlaku.Jangan bercakap tanpa berfikir dan menbuat kajian, kerana ia akan menggambarkan kebodohan diri sendiri. Kalau tak tahu dan tak pernah merasai jangan bagi komen. Uncel harap selepas ni takda lagi uncel baca pasal hal bersikap diskriminasi dan orang bercakap ikut sedap mulut. Cukup-cukup lah, tak baik menimbulkan perbalahan.

Sekali lagi uncel nak minta maaf kalau apa yang uncel tulis ada menyinggung perasaan pembaca. Sama-sama kita memperbaiki diri dan hindar dariada bercakap perkara yang boleh menimbulkan perbalahan. Selamat malam semua....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...