like jika suka. =3

Sunday, 9 September 2012

Alone Ranger : Kuching - Kuala Lumpur

Salam semua....hehehe... Baru muncul uncel bengy kan?hahaha..... Biasa lah uncel sebelum ni busy dengan kehidupan seharian sebagai penganggur. Fresh graduate sedang menikmati saat menjadi penganggur memang busy terutamanya busy makan dan tidur.hahahaha.....

Haish..... Tak da lah sampai maca tu. Uncel cuma malas jer nak update entry sebab takda idea. Nanti korang bosan pulak kan dengan leteran dan kata-kata uncel taip. Uncel bi bukan nya penulis yang baik pun.

Nak dijadikan cerita, pada 3.9.12 uncel terbang ke Kota Metropolitan yakni Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan di sana. Uncel ke sana berbekalkan keyakinan untuk berdikari sorang bila berada di tempat baru tanpa ada sedara mara di sana. Kawan memang ada tapi uncel malas nak susahkan kawan. Mereka ada kehidupan mereka sendiri.

Perjalan uncel bermula bila uncel check in di Airport kuching. Pada mulanya risau juga uncel masa tu. Pertama kali terbang jauh dari keluarga sorang-sorang. Cuma yang uncel fikirkan adalah ini semua cuma ujian dan kita lihat sejauh mana uncel boleh survive sorang diri di tempat orang. Ingat kawan-kawan, setiap yang baru kita lakukan dalam hidup, keyakinan dan fikiran positif harus tinggi dan lawan fikiran negatif daripada mengganggu keputusan di buat.

Bila dah bak terbang, penumpang yang duduk di sebelah adalah abang kepada kawan uncel masa sekolah. Itu dah membuatkan uncel rasa selesa dan lebih yakin untuk terbang ke sana. Sampai ke Lcct, uncel terus mencari kawan uncel. Namanya Farhan. Dia sangat baik dengan uncel. Dia dudk di Damansara. Dia yang banyak bantu uncel di sana. Dari situ uncel bertambah positif dan mula menyukai kota tersebut. Orang Malaysia memang baik dan suka membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Uncel memang jenis yang suka dibantu dan uncel tak tahu bagaimana nak balas jasa baik dia. Uncel doakan semoga jasa baik dia dibalas oleh Allah S.w.t dan dia dimurahkan rezeki. Itu yang uncel mampu lakukan untuk balas jasanya. Bila misi mencari pekerjaan di Kuala Lumpur sudah berjalan, uncel berkenalan dengan orang yang bernama Lyon dan CK Lim. Mereka berdua sangat ramah dan baik orangnya. Mereka berdua yang banyak memberi information dengan uncel mengenai job vacancy sampailah uncel dapat phone number Mr. David Teo. Jangan salah anggap nama dia memang sama dengan David Teo yang popular itu. Tapi orang nya lain.. Pada mulanya uncel pun ingat macam tu, cuak juga rasanya tapi bila CK bagitau baru uncel tau bukan David Teo penerbit tu. Bila dah call Mr. David , uncel d suruh datang interview keesokkan harinya pada jam 5.30pm. Uncel mula risau bagaimana uncel nak ke shah alam esok sebab farhan bagitau dia tak dapat nak temankan uncel sebab dia ada banyak kerja.

Uncel bersyukur sangat dapat jumpa dengan orang yang sangat baik dan sudi membantu uncel tanpa mengharapkan sebarang balasan. Di Shah Alam uncel bermalam di rumah kawan uncel. Rumah sewa dia dekat dengan ICT. Lagipun uncel memang nak tengok lampu di ICT tu. Syok lah tengok lampu situ.. Pertama kali tengok sangat mengujakan. Hehehe.....sempat juga bergambar di situ.

Pada hari khamis sebelum berangkat ke kuching baru lah uncel ada masa nak jalan-jalan shopping cari barang untuk diberikan dengan keluarga. Di Sungei Wang plaza memang banyak pilihan. Masa untuk uncel mencari barang cuma 20 minit jer. Tak sempat nak usha lama. Pastu terus pecut ke Lcct sebab takut tak sempat nak check in.

Pengalaman sebagai Alone Ranger ke Kuala Lumpur memang membuatkan uncel berfikir banyak dan terasa nak ke sana lagi dengan lebih lama sebab banyak yang uncel belum explore lagi. Insyallah kalau ada rezeki lagi uncel akan ke sana lagi dengan lebih lama. Hehehehe......ok lah mata dah ngantuk. Uncel rasa korang pun mesti dah bosan kan? Satu jer uncel nak pesan, setiap perkara baru ataupun sesuatu yang korang tak pernah lakukan, korang haruslah berfikiran positif dan mencuba dahulu sebab tak cuba tak tahu. Tapi perkara yang anda ingin cuba mesti lah perkara yang positif. Jangan mencuba perkara negatif sebab ia akan mendatangkan masalah terhadap kehidupan anda di masa hadapan. Ingat tu.....

Salam dari kamek uncel bengy....

2 comments:

  1. mun dah jd g cnun kmk mok mbak ktk raon.. :D

    ReplyDelete
  2. Ok..kelak mek ke kl mun sikda bak mek siap..Kenak bantei..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...