like jika suka. =3

Sunday, 22 July 2012

Aku dan Ramadhan 2012

Salam semua..salam satu Malaysia dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang sudi membaca apa yang uncel tulis.Sebelum ni uncel jarang update and post new entry sebab uncel tak da masa sangat nak online.Lagipun banyak perkara yang berlaku dalam hidup uncel selama uncel tak update blog uncel ni..Ada perkara yang happy dan ada juga yang tak happy.Biasa lah kehidupan mana ada semuanya happy kan?Kalau semua happy jer dalam dunia ni,mesti bosan kan.?Ye lah,cuba bayangkan kalau semua orang di dunia ni kaya.Mesti takkan ada yang nak bekerja sebagai orang bawahan malah mesti semua tak mahu bekerja sebab semua dah kaya.Bila takda orang nak bekerja,siapa nak menjadi penjual?Businessmen?Pekerja awam dan sebagainya???Mesti tiada orang nak bekerja kan??Dah kaya...Sebab tu lah Allah S.W.T Maha Bijaksana telah menentukan nasib seseorang yang ada di dunia ni.Yang bernasib baik akan senang lenang,dan yang tak bernasib baik akan sentiasa berusaha dengan lebih keras untuk meningkatkan taraf kehidupan dan sebagainya..

Kita kena ingat,tak senang nak jadi senang,and tak susah nak jadi susah.​Нεнεнε˚°º ...panjang lebar pulak ceramah uncel kali ni kan?Biasa lah lama tak menulis macam ni lah..Lagipun banyak betul perkara yang berlaku mengajar uncel untuk lebih tabah dan bersabar dengan setiap dugaan yang Allah turunkan.Uncel tak berasa kecewa pun dengan takdir yang Allah berikan kerana Uncle tau Allah maha mengetahui yang mana lebih baik buat diri uncel and anda semua juga.Setiap musibah dan cabaran yang Allah berikan dengan kita,terimalah dengan penuh keredhaan dan selesaikannya dengan penuh ketakwaan kerana ujian dan cabaran yang Allah berikan tidak akan melebihi kemampuan hambanya..Ingat tu...Uncel kali ni bukan nak bersyarah atau berceramah tapi uncel bercakap berdasarkan pengalaman dan apa yang uncel alami selama ni.Memang perit untuk dilalui tapi itu lah kehidupan.Tak kan lari dari segala dugaan dan cabaran..Sama ada kita mampu untuk menjalani segala cabaran dan dugaan yang diberikan ataupun tidak..Mungkin senang bagi yang mendengar tapi sukar bagi yang mengalami.Sebab itu ada pepatah mengatakan "Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul" memang ada benarnya.Dulu aku tidak percaya sangat bila mendengar cerita orang tapi sekarang baru aku tahu,yang menanggung nya memang sukar.

Sempena bulan yang mulia ini,Uncel ingin memohon maaf dan keampunan kepada semua pembaca sekalian sekiranya selama ini uncel ada tersilap tulis,bahasa,perkataan dan sebagainya.Harap dimaafkan ye.Uncel cuma insan biasa tak lari dari melakukan kesilapan.Tapi tak bermaksud uncel akan sentiasa melakukan kesilapan.Uncel akan cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik dari hari ini dan sebelum ni..Ramadhan tahun ini sungguh mencabar bagi uncel,banyak perkara yang uncel fikirkan dan harus uncel cari jalan penyelesaian supaya tidak ada sebarang masalah yang baru akan timbul.Uncel masih lagi mencari pekerjaan sekarang ni.Kalau korang ada info pasal job vacancies just share dengan uncel ye..Baiklah,cukup dulu untuk hari ni.Uncel pun dah nak bersiap untuk berbuka sebab di Sarawak ni awal sedikit.Uncel nak mengucapkan selamat berpuasa kepada Umat Islam seluruh dunia dan selamat menjalani ibadah fardu ni dengan penuh ketakwaan dan keimanan..Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...