like jika suka. =3

Tuesday, 5 June 2012

Jangan Mengharap Kelak Merana Diri (JMKMD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar anda semua..Uncel sekarang dah bertambah sihat dan bersemangat untuk melakukan aktiviti seharian uncel. Harap korang pun sihat sentiasa bersama orang yang tersayang keluarga dan sahabat handai. Kepada yang tak sihat tu rajin-rajin lah makan ubat yer. Nanti cepat sembuh..Jangan ikut uncel yang tak suka makan ubat nih..hehehe....

JMKMD also know as atau lebih senang nak sebut A.K.A Jangan Mengharap Kelak Merana Diri adalah tajuk  pilihan hari ini..Kenapa uncel pilih untuk bercerita pasal tajuk ni? Sebab pengalaman uncel, uncel dah penat dah untuk berharap sesuatu yang uncel tak pasti sama ada dapat ataupun tidak. Bagi yang berfikiran uncel berharap dengan percintaan, mungkin benar, tapi tak banyak dalam hal percintaan tapi banyak dalam hal kehidupan. Alah, kehidupan kita ni kan sentiasa bergerak kehadapan. Tak ada gear reverse pun. Gear reverse cuma ada dalam imaginasi kita sahaja. So, bagi uncel apa yang ada dalam imaginasi tu tak boleh sangat nak difikirkan. Sebab uncel akan sakit hati bila tak dapat apa yang uncel harapkan. Baik uncel buat jer apa yang ada dihadapan mata dengan sebaik-baiknya dan menghargai apa yang ada sekarang ni dengan sebaik-baiknya supaya uncel tak berasa kecewa bila tahu yang dihadapan mata hilang dan tak dihargai..

Kebanyakkan uncel selalu berharap dan bila harapan uncel tak menjadi apa yang diharapkan akan membuatkan uncel feel down aka berasa kecewa. Tapi uncel kecewa bukan lama, sekejap jer. Bawa uncel pi karaoke elok lah tu...hahaha...Ni nak cerita ni, bila korang mengharapkan sesuatu, tapi yang korang harapkan tak dapat, pedih kan rasa perasaan tu..Uncel dah puas dah lalui perasaan tu. Sebab tu uncel dah serik dah untuk berharap. Lantak lah apa nak jadi,yang penting uncel laluinya dengan hati yang terbuka.

Kepada sahabat yang keciwa tu jangan lah sampai nak bunuh diri ataupun buat sesuati yang tak elok. Jangan merosakkan diri. Hidup masih ada banyak yang belum kita terokai. Terokai sejauh mana yang kita dapat walaupun perit dan pedih yang kita alami sepanjang meneroka, kita perlu redha dan sabar sahaja. Sebab Allah tidak akan menguji hambanya diluar dari kemampuan hambanya. So korang kena sabar dan redha jer kalau sesuatu yang korang inginkan tak dapat dicapai...hehehe...

Gambar yang uncel letak atas tu bukan apa, tu lah muka uncel sekarang ni. Masih senyum walaupun hati memang sakit. Hahaha..apa kan daya, kita tak ada kuasa nak memiliki sesuatu bukan daripada kehendak Allah S.W.T. Mana tahu suatu hari nanti kita diberikan peluang untuk memiliki. Kita kena hargai setiap yang dikurniakan. Sebab yang ada dihadapan mata kena sentiasa dihargai. Jangan menghargai sesorang apabili diperlukan. Walaupun kita jarang contact dengan orang yang kita sayang, kenalah sentiasa ingat pada mereka walaupun mereka tak ingat pada kita. Tak apa, sebab kita akan lebih menghargai mereka sekiranya kita sentiasa mengingati mereka walaupun mereka langsung tak ingat pada kita..

Uncel pun dah ngantuk sangat ni..Malam ni baru uncel tidor lewat lagi. Biasanya uncel tidor sebelum jam 11. So korang jangan tidor lewat yer. Jaga kesihatan dan akhir kata uncel nak bagi pesanan sedikit. Biar orang tak menghargai kita sedikitpun, jangan kita pun sama tak menghargai orang lain. Kita harus sentiasa menghargai orang yang disekeliling kita tak kiralah mereka tak menghargai kita. Asalkan kita sentiasa menghargai orang sebab setiap yang dilakukan pasti ada KARMAnya...Ingat tu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...