like jika suka. =3

Wednesday, 6 June 2012

Terima Kasih Buat Syafiqah Othman

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Uncel tak tau lah banyak mana pembaca blog uncel tapi uncel tetap juga akan tulis terima kasih kerana sudi membaca blog uncel ni yang tak seberapa.

Hari ni uncel nak ucapkan terima kasih buat Syafiqah Othman kerana baik hati dan sudi untuk membantu uncel dalam hal-hal berkaitan blog nih..hehehe....

Banyak kan perubahan dalam blog uncel?Kalau korang follow blog uncel lah mesti korang akan tahu apa yang berubah. Bagi yang tak follow tu uncel paham. Uncel ni bukan nya terro pun bab blog ni. Mana ada orang nk follow..Huhuu....Takpe, itu tak penting. Yang penting uncel nak ucapkan bebanyak terima kasih lah kepada si adik cantik manis Syafiqah Othman nih. Korang boleh lah lawat dia punya blog yer...http://skyjuicechocolate.blogspot.com/..Dia ni lah banyak bantu uncel dalam blogger nih...Baik budak ni.Berbahasa dan bijak..Keep it up Syafiqah Othman. Uncel doakan fiqah berjaya dalam dunia dan akhirat..Uncel nak ucapkan bebanyak terima kasih lah kerana sudi tolong uncel..Kalau ada yang uncel nak minta fiqah buatkan, jangan marah yer..hehehehe...

So entry kali ni tak banyak nak diceritakan sebab tujuan cuma nak ucap bebanyak terima kasih. Kalau uncel ada cerita lagi nanti uncel akan post yang baru...hehehe....

Tuesday, 5 June 2012

Jangan Mengharap Kelak Merana Diri (JMKMD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar anda semua..Uncel sekarang dah bertambah sihat dan bersemangat untuk melakukan aktiviti seharian uncel. Harap korang pun sihat sentiasa bersama orang yang tersayang keluarga dan sahabat handai. Kepada yang tak sihat tu rajin-rajin lah makan ubat yer. Nanti cepat sembuh..Jangan ikut uncel yang tak suka makan ubat nih..hehehe....

JMKMD also know as atau lebih senang nak sebut A.K.A Jangan Mengharap Kelak Merana Diri adalah tajuk  pilihan hari ini..Kenapa uncel pilih untuk bercerita pasal tajuk ni? Sebab pengalaman uncel, uncel dah penat dah untuk berharap sesuatu yang uncel tak pasti sama ada dapat ataupun tidak. Bagi yang berfikiran uncel berharap dengan percintaan, mungkin benar, tapi tak banyak dalam hal percintaan tapi banyak dalam hal kehidupan. Alah, kehidupan kita ni kan sentiasa bergerak kehadapan. Tak ada gear reverse pun. Gear reverse cuma ada dalam imaginasi kita sahaja. So, bagi uncel apa yang ada dalam imaginasi tu tak boleh sangat nak difikirkan. Sebab uncel akan sakit hati bila tak dapat apa yang uncel harapkan. Baik uncel buat jer apa yang ada dihadapan mata dengan sebaik-baiknya dan menghargai apa yang ada sekarang ni dengan sebaik-baiknya supaya uncel tak berasa kecewa bila tahu yang dihadapan mata hilang dan tak dihargai..

Kebanyakkan uncel selalu berharap dan bila harapan uncel tak menjadi apa yang diharapkan akan membuatkan uncel feel down aka berasa kecewa. Tapi uncel kecewa bukan lama, sekejap jer. Bawa uncel pi karaoke elok lah tu...hahaha...Ni nak cerita ni, bila korang mengharapkan sesuatu, tapi yang korang harapkan tak dapat, pedih kan rasa perasaan tu..Uncel dah puas dah lalui perasaan tu. Sebab tu uncel dah serik dah untuk berharap. Lantak lah apa nak jadi,yang penting uncel laluinya dengan hati yang terbuka.

Kepada sahabat yang keciwa tu jangan lah sampai nak bunuh diri ataupun buat sesuati yang tak elok. Jangan merosakkan diri. Hidup masih ada banyak yang belum kita terokai. Terokai sejauh mana yang kita dapat walaupun perit dan pedih yang kita alami sepanjang meneroka, kita perlu redha dan sabar sahaja. Sebab Allah tidak akan menguji hambanya diluar dari kemampuan hambanya. So korang kena sabar dan redha jer kalau sesuatu yang korang inginkan tak dapat dicapai...hehehe...

Gambar yang uncel letak atas tu bukan apa, tu lah muka uncel sekarang ni. Masih senyum walaupun hati memang sakit. Hahaha..apa kan daya, kita tak ada kuasa nak memiliki sesuatu bukan daripada kehendak Allah S.W.T. Mana tahu suatu hari nanti kita diberikan peluang untuk memiliki. Kita kena hargai setiap yang dikurniakan. Sebab yang ada dihadapan mata kena sentiasa dihargai. Jangan menghargai sesorang apabili diperlukan. Walaupun kita jarang contact dengan orang yang kita sayang, kenalah sentiasa ingat pada mereka walaupun mereka tak ingat pada kita. Tak apa, sebab kita akan lebih menghargai mereka sekiranya kita sentiasa mengingati mereka walaupun mereka langsung tak ingat pada kita..

Uncel pun dah ngantuk sangat ni..Malam ni baru uncel tidor lewat lagi. Biasanya uncel tidor sebelum jam 11. So korang jangan tidor lewat yer. Jaga kesihatan dan akhir kata uncel nak bagi pesanan sedikit. Biar orang tak menghargai kita sedikitpun, jangan kita pun sama tak menghargai orang lain. Kita harus sentiasa menghargai orang yang disekeliling kita tak kiralah mereka tak menghargai kita. Asalkan kita sentiasa menghargai orang sebab setiap yang dilakukan pasti ada KARMAnya...Ingat tu....

Saturday, 2 June 2012

Hidup Harus Ada Kawan

Assalammualaikum Dan Salam sejahtera kepada semua yang sudi datang Dan baca apa yang uncel tulis. Lama betul dah uncel tak muncul kan?hehehe...uncel demam sebelum ni. Ni pun uncel masih tak sedap badan. Tapi uncel layan jer ikut kawan-kawan uncel go bercuti.hehehehe...bukan selalu pun. Uncel sebenarnya tak Ada sangat idea nak tulis apa ni, tapi uncel rasa nak bercerita jap lah. Uncel ikut kawan bercuti nih, lama juga uncel tak ikut percutian macam ni. Seronok juga lah walaupun uncel tak sedap badan sangat.hehe... Best and seronok jer rasanya. Tenang sedikit rasa kepala daripada kesibukan Kota Dan kehidupan Saharian. Uncel ni bukan Nya jenis yang Sibuk pun, tapi banyak yang uncel kena fikir terutama mencari pekerjaan yang tetap. Strees jugak rasa bila fikirkan pekerjaan ni. Tajuk uncel ni sesuai lah bagi orang yang macam uncel ni. Jenis pendiam Dan tak sosial sangat. Uncel ni mana ada banyak cakap pun. Hehehe...sebab tu lah uncel katakan yang hidup ni kena Ada kawan. Kalau tak Ada kawan bosan Dan Sunyi jer. Sebelum ni duduk rumah jer uncel rasa bosan sangat. Nak lepak dengan kengkawan semua deorang busy. Hari ni baru dapat lepak dengan deorang semua.hehehe...so kiranya Malam ni nak buat keja gila-gila lah. Lama tak jadi orang jahat ni.hahaha.... Korang semua pun boleh jugs join uncel kalau nak. Lagi ramai lagi best and Korang Harus sporting bila Ada activities yang dijalankana. Korang kena free kan otak Dan kena rasa enjoy walaupun Korang tak biasa, sebab uncel selalu macam tu. Uncel tetap Akan kawan dengan sesiapa sahaja walaupun latarbelakang anda semua berlAinan. Kita Satu Malaysia meh...sama sahaja tak Kira Siapa. Janji Kita tak buat Benda salah itu pun dah cukup. Yang penting Kita enjoy!!!!!! Oklah...uncel nak chow Dulu yer...Ada masa nanti uncel muncul..hehehe...bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...