like jika suka. =3

Thursday, 24 May 2012

Korean, K-Pop or M-Pop

Layan Korean kan?hehehe....
Halo halo halo semua...Selamat malam bagi yang nak tidur tu. Awal bebenor tidor..hehehe..Bagi yang masih melayan Facebook tu jangan lupa add uncel yer..hehehe...Boleh lah menambah rakan anda.Uncel ni mana da orang nak jadi rakan uncel ni..huhu...Sedih jer kan?Takper..kalau korang sudi nak jadi rakan uncel korang add jer uncel..Uncel akan accept korang tak kira siapa sebab uncel suka berkawan dengan siapa-siapa sahaja. Uncel akan layan semua sama rata..hehehe....Assalammualaikun dan salam sejahtera semua...Exited nak bercerita sampai lupa mukadimah yang wajib diucapkan..Maaf yer pembaca sekalian sebab uncel lupa nak bagi salam dulu..hehehe....

Korang suka korean movie tak?Korean song? Korean drama? Korean fashion?? Uncel tahu memang fans Korean  di Malaysia memang kuat terutama dikalangan remaja mahupun budak sekolah. Nak cerita sedikit lah..Dulu masa uncel sekolah mana ada uncel tahu pasal Korean nih... Malah masa sekolah rendah dulu uncel dipanggil seorang budak nih Orang Jepun..huhu...masa tu uncel mana tahu sangat. Uncel ingat orang Jepun jahat kan. Sebab dulu kecik-kecik dengar cerita orang tua dan belajar sejarah yang negara kita di jajah Jepun. Sebab tu lah masa kawan panggil uncel budak Jepun uncel malu sangat..huuhuhuh....Jangan salah tafsir yer dengan cerita uncel ni.Yang uncel cerita tu tentang apa yang uncel fikir masa kecik-kecik dulu. Masa kecik mana lah uncel tahu sangat. Apa yang kita belajar belum dapat lagi uncel nak menilai..Tapi sekarang uncel dah dapat menilai. Orang Jepun sangat baik. Malah uncel ada kenal dengan sorang kawan yang berasal dari Jepun. Takashi Kenji, entah bagaimana keadaannya di sana sekarang ni. Dulu dia ada di Malaysia dan selalu datang rumah uncel. Masa kawin akak uncel pun dia ada datang rumah siap malam sebelum persandingan tu ada tarian zapin dia dok syok menari mengikut orang lain menari...Lucu tapi tu kenangan. Sebab dia sangat sporting...hehehe....

Aku ni nak dikatakan obsessi dengan Korean tak juga, nak cakap tak obeses pun tak juga. Aku ni depend lah, kalau pakaian and style tu aku minat, aku obses lah, kalau tak minat tak lah..hehehe...sebab ku ni memang suka lah tengok cara deorang style diri dia orang..Kalau rambut tu memang aku suka tengok rambut si Lee Minho dan Kim Bum. Sebab rambut style dia jer sesuai dengan muka aku nih...huhu..yang lain aku ada try tapi aku rasa tak biasa..hehehe....

Kim Bum
Smart kan rambut dia ni..Rambut macam ni jer aku rasa sesuai dengan aku. Rambut pacak-pacak tu pernah lah aku try, tapi leceh. Sebab aku ni rider kan, kalau guna helmet terus penyek rambut aku, kan payah..hehehe....Kiranya aku nak tidur awal malam ni, tapi dah terlanjur sebab lama tak update blog. Kali ni aku nak upload gambar ku sendiri lah. Sebab aku suka gambar ni. Kawan aku ni memang dahsyat lah ambik gambar.. Thanks lah kepada Cholo Emanz for this picture yer..hehehe....

Rasa Korean Singer pulak..hehehe....

Yang ni tak tahu nak kata apa..hehehe...
Cukup kot rasa nya gambar tu..Nanti korang meluat and benci pulak tengok gambar muka aku yang tak seberapa nih..Bagi pembaca yang rimas and tak suka tengok muka aku and gambar aku, harap maaf yer.. Sebab aku upload gambar aku tiada niat apa-apa. Cuma nak kenalkan diri aku jer dengan korang sebab sebelum ni banyak gambar yang aku upload semua gambar kawan-kawan aku. Harap korang maafkan aku kalau aku ada buat korang rasa benci meluat dan sebagainya. Aku cuma insan biasa...huhu....

Akhir kata korang minat K-Pop ker M-Pop ker tak kisah asalkan korang masih berpijak di bumi yang nyata.Jangan sampai lupakan diri sudah yer..hehehe....Selamat malam semua dan terima kasih kerana sudi membaca...Dhaa.....

uncelbengy

Thursday, 10 May 2012

Edit or Original??

Halo halo halo...Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Kali ini uncel nak bercerita sedikit tentang topik EDIT or ORIGINAL. Kenapa boleh timbul topik ini??Entah aku pun tak tahu sebenarnya. Aku ni bukanlah jenis yang suka nak cerita dan ada idea nak bercerita sebab aku ni jenis yang pendiam. Bercakap bila perlu dan bila aku bosan maka datanglah idea untuk mengolah dan mengarang cerita yang boleh memenuhi entry dalam blog ni..Nama pun dah Story and Sharing kan...hehehe...

So korang baca jer lah apa yang aku tulis ni yer.Kalau bosan taip lah komen kat bawah ni, so boleh aku memperbaiki dan mencari idea yang baru supaya aku boleh mengolah karangan yang boleh membuatkan korang seronok membaca. Hehehe... Sebenarnya aku ni tidak suka sangan meniru cara orang. Maksud aku, aku ni lebih suka buat sesuatu dengan caraku sendiri dan berusaha untuk membuatkan sesuatu yang lain dari yang lain..Hehehe...

Ok lah panjang berjelar jelar jer aku ni bermukadimah tapi ceritanya belum ada lagi kan.Hehehe...Maklum lama dah tak menaip dan update entry nih..Hehehe..Sebenarnya aku nak ceritakan pasal EDIT or ORIGINAL ni datang dari aku ni yang suka juga lah edit-edit gambar nih. Meh aku nak kongsi sedikit lah apa yang aku tahu pasal edit ni...Cuba lihat gambar yang ada di bawah ni...


Gambar yang di atas tu memang edit lah sebab aku buat kombinasi 4 gambar dalam satu gambar yang boleh membuatkan kita lihat banyak gambar dalam satu masa. Kalau gambar macam ni memang kita dapat tau bahawa edit. Kalau gambar macam ni pulak??


Korang rasa gambar ni original or edit??Mesti kebanyak akan fikir gambar ni edit kan??Yess..100 marks to readers that gave correct answer..Hehehe...Sememangnya gambar di atas ni aku edit. Tapi bahagian mana yang aku edit??Mesti korang tak perasan bahagian mana yang aku edit kan kalau korang tak tengok gambar yang asal.Hehehe...Kalau yang profesional dalam editor nih memang dah tau kot bahagian mana.Aku memang tak mahir sangat editing nih..Ok, kita sambung balik yer...Kalau nak tau bahagian mana yang aku edit, tengok jer gambar kat bawah ni. Korang mesti dapat detect punya..hehehe...Rasa main game je kan..hehee....


SO how kawan kawan???Dah dapat tahu bahagian mana yang aku edit?Hehehe....itu lah teknik make up mengunakan ADOBE PHOTOSHOP. Jimat kos dan wang anda..Hehehe..Asalkan korang rajin jer nak mengadap lappy or komputer korang untuk touch up muka orang..Lagipun korang boleh juga tingkatkan ilmu pengetahuan korang dalam bidang edit mengedit nih..Hehehe..Kalau korang guna camera dan lensa yang hebat,lagi mudah untuk anda edit gambar yang ada ambik.

Harap apa yang aku share nih dapat lah menambah pengetahuan korang sedikit. Sebab dunia cyber dan teknologi ni macam macam boleh dah. Korang tak payah lah nak bersusah payah nak bazirkan wang korang untuk bermake up bila nak ambik satu or dua gambar. Yang penting dalaman tu. Kena natural dan ikhlas bila bergambar insyallah gambar yang di ambil akan lebih menyerlah daripada muka yang tebal dengan make up tapi tidak ada auranya..hehehe...

Akhir kata aku nak minta maaf lah kalau apa yang aku tulis ni salah ataupun ada perkataan ku yang boleh menguris perasaan anda semua. Aku cuma nak bercerita sahaja, tidak ada niat apa-apa pun. Satu lagi aku nak pesan, HIDUP INI ADALAH KURNIAAN,JALANI KEHIDUPAN ANDA DENGAN GEMBIRA DAN SABAR, INSYALLAH AKAN BAHAGIA HIDUP ANDA WALAU APA KEADAAN SEKALIPUN....

psttttt...nak tutorial guna photoshop??Taip jer tutorial photoshop kat YOUTUBE, semua ada di situ..hehehe...selamat mencuba....dadaaaa......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...