like jika suka. =3

Wednesday, 1 February 2012

Menembak dan kena tembak.

Salam semua....Salam Satu Malaysia buat semua pembaca yang sudi membaca.Amacam celita simalam?Bosan ek?Takper...aku tau memang aku nih bukan dilahirkan untuk menghiburkan orang..hehehe...Menghiburkan diri sendiri jer kot.Jadi lah daripada tak ada kan?Kan?hahahaha.....Walaweh...tajuk kali ini mengenai Tembak Menembak...hehehe..barangkali korang mesti berfikiran tentang tembak yang guna pistol, senapang, sumpit, dan sewaktu dengan nya kan?hehehe...takde lah, bukan menembak itu ya, kali ini aku nak stoli lah sedikit pasal aku menembak tadi atau dalam bahasa antarabangsa Shot. Alah..senang cerita, PHOTOSHOT tau kan?Ha'ah..tu lah dia,aku nak stoli moli pasal PHOTOSHOT yang aku buat petang tadi.hehehe...

Eh eh..jangan salah anggap yer, aku bukan photographer lah.Aku panggil photoshot sebab suma orang lebih senang memanggil macam tu.Aku pulak senang memanggil tembak jer. Sebab aku bukan nya professional macam korang pun.Gambar yang korang ambil mesti cantik-cantik dan hebat-hebat belaka.Aku tau sebab aku selalu tengok gambar yang korang ambik dalam pesbuk..hehehehe....Baik lah, panjang sangat aku mencarut nih. Meh aku nak ceritakan apa yang aku buat petang tadi. Nanti aku nak selitkan sedikit lah pasal kaki aku nih terpeleyot..hehehe..tau tak apa terpeleyot?Alah..kaki terseliuh lah.hehehehe...

Korang mesti nak tahu kat mana aku menembak tadi kan? Semenjak jadi PHD nih memang kerap lah aku menembak dengan camera usang lagi tak canggih tu. Cukup juga lah untuk aku merakamkan gambar sebab SETIAP GAMBAR ADA KENANGAN yang tidak dapat dinilai harganya. Sebab tu orang sanggup bayar photographer untuk ambik gambar deorang masa kawin, tunang dan sebagainya. Sebab gambar tu jer kita dapat membuktikan dan melihatkan kita tentang kenangan yang kita pernah lalui. Mana tau kot-kot ada apa-apa berlaku, senang nak refresh balik. Dalam erti kata lain KLMJ. Korang tahu kan KLMJ tu..Alamak, panjang pulak intro untuk memberitahu dimana lokasi yang dipilih.hehehe...Sori yer kawan-kawan...Aku memilih Universiti Malaysia Sarawak untuk lokasi menembak sebab lama dah aku rancang nak menembak kat situ. Tempat tak lah jauh dari kawasan aku, so aku ni bukannya ada kereta pun nak pilih tempat yang jauh. So, UNIMAS adalah lokasi yang terbaik untuk menembak. Sebab apa?UNIMAS banyak view yang menarik. Seperti gambar yang di bawah nih..












Ni lah salah satu tempat yang sangat cantik. Korang mesti tak nampak sangat sebab aku fokus kepada model kan?Sori ek..hehehe..tapi lokasi ni memang cantik.Ni adalah jambatan cinta bak kata kawan ku. Kat jambatan ni juga ada cerita nya tersendiri.Usah nak cerita pasal jambatan ni yer.hehehe...so, harap korang dapat lah sedikit idea kat mana nak menembak yer. Bagi yang tak menembak nak datang melawat kat UNIMAS pun boleh juga. UiTM pun banyak tempat yang menarik. Nanti ada lah lah gambar yang akan diupload untuk menunjukkan view UiTM yer..hehehe...

Itu sahaja untuk malam ni. Harap korang tak bosan untuk membaca apa yang aku tulis. Sekali lagi aku nak ucapkan mohon maaf kalau ada yang aku salah cakap ataupun menggores perasaan korang bila bosan baca. Maaf yer...Akhir kata, Setiap Gambar Ada Kenangan..BYe BYe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...