like jika suka. =3

Tuesday, 9 October 2012

WHERE ARE YOU JOB??I REALLY NEED YOU!!!

Salam semua, salam sejahtera dan salam perpaduan kepada pembaca sekalian.. Biasa lah uncel memang jarang nak update blog uncel sebab uncel akan update bila uncel ada cerita nak di kongsi..hehehe.... Bila uncel dan update new entry ni maksudnya uncel ada lah cerita nak di sampaikan kepada pembaca sekalian yang uncel kasihi..hehehe....

Korang semua sihat tak?hehe...lambat sedikit nak tanya, kepada yang tak sihat makan lah ubat ye..hehehe...semoga cepat sembuh hendaknya..hehehe...

Mesti korang nak tahu kenapa entry uncel hari ni bertajuk WHERE ARE YOU JOB?? I REALLY NEED YOU!!!...hehehe... Tajuk ni kalau orang bercinta mesti macam ni kan WHERE ARE YOU MY LOVE??? I REALLY NEED YOU!!!.. Sama jer perasaan nya bila korang belum dapat apa yang korang nak. Begitu lah perasaan uncel ni sebagai penganggur yang tak bergaji. Tipu lah kalau uncel cakap uncel tak tertekan bila tak ada pekerjaan lagi-lagi duduk rumah jer.. Uncel ni jadi penganggur bukan disebabkan memilih mahupun taknak bekerja. Uncel benar-benar nak bekerja tapi buat masa ni rezeki uncel belum sampai lagi kot..huu....

Jelous juga uncel bila tahu rakan-rakan sekelas dah dapat kerja. Yang uncel ni pulak duduk rumah jer dan masih berusaha mencari pekerjaan. Sampai sent item kat email tu penuh dengan email meminta pekerjaan tapi inbox langsung takdak..hahaha..Kasihan, tapi nak buat macam mana, kerja belum ada dan rezeki belum ada lagi kot..hehehe.... Nak diceritakan lah pengalaman uncel mencari pekerjaan sampai ke Kota metropolitan. Sampai uncel ada dapat fone call yang kata uncel dapat position di sebuah company di shah alam. Seminggu selepas itu datang message kata yang deorang suruh uncel hold dulu, deorang nak bincang dengan HQ dulu..Then a few weeks after, baru datang message mengatakan yang position yang uncel dapat tu di beri dengan orang dalam tu.. Hampa memang hampa lah tapi apa nak buat, bukan rezeki uncel kot..huhu...

Nak diceritakan lagi, bila nak apply kerja jer mesti requirement akan minta experience such as 1 year experience.. Yesss!! Experience is important but fresh graduate must give some chances to them get experience.. Kalau macam uncel ni tak di beri peluang untuk bekerja, bagaimana uncel nak dapat experience. Orang dalam tu memang dah ada experience, so, just give us chances lah..huhu... Sedih kan golongan graduasi ni..Nak kerja pun payah. Mesti korang akan kata, alah, kerja jer lah kat restaurant ke apa dulu untuk pengalaman. Kalau kerja kat situ, masih juga kita tak da pengalaman dalam bidang yang kita minta...huhu...

Hidup, kena diteruskan dengan senyuman. Huhu...tapi yang penting kita kena sabar jer dan beringat yang ALLAH S.W.T sentiasa ada dan kita tak tahu bila rezeki kita sampai.. Sabar jer lah.. Uncel cerita ni bukan nak mengata ataupun nak marah, just bagi pandangan dan cerita pengalaman uncel jer.. Maaf lah kalau ada kata-kata uncel menyinggung perasaan pembaca.

Ini salah satu kerja uncel bila bosan takda kerja..hahaha....
Pssstttt..... kalau korang tau mana-mana vacancy, halo-halo sama uncel ya..hehehe..love u all...

Tuesday, 11 September 2012

Terlajak Kata Sukar Ditarik Balik

Salam semua....Harap korang sentiasa sihat dan menjalani kehidupan korang dengan baik. Uncel kali ni bukan nak marah mahupun mengutuk ye. Harap maaf kalau apa yang uncel tulis ni menyinggung perasaan pembaca. Uncel cuma nak share pendapat dan pandangan uncel terhadap sesetengah orang yang bersifat diskriminasi yang menebal dalam diri mereka. Uncel tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma uncel kecewa sangat bila orang bercakap tak hiraukan perasaan orang lain. Kita hidup dalam satu negara yang sama kenapa nak jatuhkan sesama kita? Tak kira lah agama kita berbeza, kaum berbeza, warna kulit berbeza dan sebagainya tapi pada mata Maha Pencipta kita semua sama sahaja. Uncel rasa tak perlu lah nak jatuhkan dan timbulkan kemarahan pada orang lain.

Bercakap biarlah dari pengalaman sendiri dan haruslah berfikir sebaiknya sebelum mengeluarkan statement. Sebab statement yang kita keluarkan tak akan dapat ditarik balik bila dah masuk dalam telinga orang. Ia terus ke otak dan disimpan dalam memory otak kita. Bila dah salah cakap harus berani mengaku kesalahan dan meminta maaf dengan seikhlas hati. Bagi uncel tak kira lah kita duduk di mana, sama sahaja. Uncel malas nak keluarkan statement lebih-lebih, tapi uncel tahu yang bercakap sesedap mulut tu sebenarnya tak mendalami tempat orang lain. Uncel dh banyak tempat pergi, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu, Seremban, Sabah, Pahang dan Segamat, uncel tengok sama sahaja. Kalau di kawasn bandar memang banyak banggunan dan di kawasan jauh dari bandar banyak pokok.

Uncel pun tak paham lah kenapa perlu bersikap diskriminasi terhadap negeri lain. Kenapa perlu bercakap sesedap mulut padahal apa yang dikatakan salah serta menimbulkan kemarahan pada orang lain. Tolong lah hentikan bercakap sesedap mulut. Kita rakyat Malaysia harus fokus bagaimana nak meningkatkan ekonomi, membangunkan Malaysia dan memperbaiki apa
Kekurangan dalam diri kita. Bukan nya menjatuhkan sesama kita dengan sikap diskriminasi yang tinggi dalam diri kita. Kita harus tolong menolong sama kita supaya kita sentiasa berada dalam keadaan yang damai dan gembira berada dalam negara tercinta kita ni.

Cukup cukup sudah lah menjatuhkan dan mengeluarkan kata-kata yang tidak rasional dan bersifat diskriminasi. Rasa dahulu baru tahu apa yang berlaku.Jangan bercakap tanpa berfikir dan menbuat kajian, kerana ia akan menggambarkan kebodohan diri sendiri. Kalau tak tahu dan tak pernah merasai jangan bagi komen. Uncel harap selepas ni takda lagi uncel baca pasal hal bersikap diskriminasi dan orang bercakap ikut sedap mulut. Cukup-cukup lah, tak baik menimbulkan perbalahan.

Sekali lagi uncel nak minta maaf kalau apa yang uncel tulis ada menyinggung perasaan pembaca. Sama-sama kita memperbaiki diri dan hindar dariada bercakap perkara yang boleh menimbulkan perbalahan. Selamat malam semua....

Sunday, 9 September 2012

Alone Ranger : Kuching - Kuala Lumpur

Salam semua....hehehe... Baru muncul uncel bengy kan?hahaha..... Biasa lah uncel sebelum ni busy dengan kehidupan seharian sebagai penganggur. Fresh graduate sedang menikmati saat menjadi penganggur memang busy terutamanya busy makan dan tidur.hahahaha.....

Haish..... Tak da lah sampai maca tu. Uncel cuma malas jer nak update entry sebab takda idea. Nanti korang bosan pulak kan dengan leteran dan kata-kata uncel taip. Uncel bi bukan nya penulis yang baik pun.

Nak dijadikan cerita, pada 3.9.12 uncel terbang ke Kota Metropolitan yakni Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan di sana. Uncel ke sana berbekalkan keyakinan untuk berdikari sorang bila berada di tempat baru tanpa ada sedara mara di sana. Kawan memang ada tapi uncel malas nak susahkan kawan. Mereka ada kehidupan mereka sendiri.

Perjalan uncel bermula bila uncel check in di Airport kuching. Pada mulanya risau juga uncel masa tu. Pertama kali terbang jauh dari keluarga sorang-sorang. Cuma yang uncel fikirkan adalah ini semua cuma ujian dan kita lihat sejauh mana uncel boleh survive sorang diri di tempat orang. Ingat kawan-kawan, setiap yang baru kita lakukan dalam hidup, keyakinan dan fikiran positif harus tinggi dan lawan fikiran negatif daripada mengganggu keputusan di buat.

Bila dah bak terbang, penumpang yang duduk di sebelah adalah abang kepada kawan uncel masa sekolah. Itu dah membuatkan uncel rasa selesa dan lebih yakin untuk terbang ke sana. Sampai ke Lcct, uncel terus mencari kawan uncel. Namanya Farhan. Dia sangat baik dengan uncel. Dia dudk di Damansara. Dia yang banyak bantu uncel di sana. Dari situ uncel bertambah positif dan mula menyukai kota tersebut. Orang Malaysia memang baik dan suka membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Uncel memang jenis yang suka dibantu dan uncel tak tahu bagaimana nak balas jasa baik dia. Uncel doakan semoga jasa baik dia dibalas oleh Allah S.w.t dan dia dimurahkan rezeki. Itu yang uncel mampu lakukan untuk balas jasanya. Bila misi mencari pekerjaan di Kuala Lumpur sudah berjalan, uncel berkenalan dengan orang yang bernama Lyon dan CK Lim. Mereka berdua sangat ramah dan baik orangnya. Mereka berdua yang banyak memberi information dengan uncel mengenai job vacancy sampailah uncel dapat phone number Mr. David Teo. Jangan salah anggap nama dia memang sama dengan David Teo yang popular itu. Tapi orang nya lain.. Pada mulanya uncel pun ingat macam tu, cuak juga rasanya tapi bila CK bagitau baru uncel tau bukan David Teo penerbit tu. Bila dah call Mr. David , uncel d suruh datang interview keesokkan harinya pada jam 5.30pm. Uncel mula risau bagaimana uncel nak ke shah alam esok sebab farhan bagitau dia tak dapat nak temankan uncel sebab dia ada banyak kerja.

Uncel bersyukur sangat dapat jumpa dengan orang yang sangat baik dan sudi membantu uncel tanpa mengharapkan sebarang balasan. Di Shah Alam uncel bermalam di rumah kawan uncel. Rumah sewa dia dekat dengan ICT. Lagipun uncel memang nak tengok lampu di ICT tu. Syok lah tengok lampu situ.. Pertama kali tengok sangat mengujakan. Hehehe.....sempat juga bergambar di situ.

Pada hari khamis sebelum berangkat ke kuching baru lah uncel ada masa nak jalan-jalan shopping cari barang untuk diberikan dengan keluarga. Di Sungei Wang plaza memang banyak pilihan. Masa untuk uncel mencari barang cuma 20 minit jer. Tak sempat nak usha lama. Pastu terus pecut ke Lcct sebab takut tak sempat nak check in.

Pengalaman sebagai Alone Ranger ke Kuala Lumpur memang membuatkan uncel berfikir banyak dan terasa nak ke sana lagi dengan lebih lama sebab banyak yang uncel belum explore lagi. Insyallah kalau ada rezeki lagi uncel akan ke sana lagi dengan lebih lama. Hehehehe......ok lah mata dah ngantuk. Uncel rasa korang pun mesti dah bosan kan? Satu jer uncel nak pesan, setiap perkara baru ataupun sesuatu yang korang tak pernah lakukan, korang haruslah berfikiran positif dan mencuba dahulu sebab tak cuba tak tahu. Tapi perkara yang anda ingin cuba mesti lah perkara yang positif. Jangan mencuba perkara negatif sebab ia akan mendatangkan masalah terhadap kehidupan anda di masa hadapan. Ingat tu.....

Salam dari kamek uncel bengy....

Monday, 30 July 2012

Tunjukkan Aku Jalanmu

I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Chorus:
Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me


Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my hear
‘Cause soon I’ll have to leave it [X2]


Guide me all the way
Don’t let me go astray

Assalammualaikum dan salam Ramadan kepada semua..Syukur sekarang dah masuk hari yang ke-11 dah kita berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini dan syukur juga kita dapat menjalani 11 hari berpuasa dengan pernuh kesabaran dan ketabahan dalam menjalani ibadah puasa. Uncel tadi mencari lagu baru yang boleh didengar pada bulan puasa ini. Cari punya cari uncel jumpa lah lagu Maher Zain ni. Lagu album Forgive Me yang baru. GUIDE ME ALL THE WAY, pada mulanya uncel dengar macam biasa jer tapi bila uncel dengar lirik quite intersting juga lah. Sebab apa?Kita manusia biasa sentiasa berada dalam keadaan yang tak sempurna. Sentiasa melakukan kesilapan apabila membuat keputusan, perlakuan dan penilaian. Uncel juga tidak lepas dalam melakukan sebarang kesilapan dan uncel. Bila uncel baca lirik lagu ni memang membuka minda uncel untuk sentiasa memunajat kepada MAHA BERKUASA dan MAHA PENCIPTA untuk sentiasa memimpin dan menunjukkan jalan yang betul kepada uncel.

Setiap yang kita lakukan haruslah ada jalan petunjuk supaya kita tak tersilap langkah. Kadang-kadang penilaian dan keputusan yang kita buat berdasarkan akal logik dan isi hati memang boleh membuatkan kita tersilap. Sebab apa, kita tak berpandukan ajaran agama dan kemungkinan yang akan berlaku. Segala petunjuk yang diberikan dengan kita haruslah kita menerima dan menilai sebaiknya supaya kita tak tersilap langkah. Bila kita dah tersilap langkah, tak boleh nak diputarkan balik masa yang kita melakukan kesilapan. Ingat, segala petunjuk dan nasihat yang orang berikan dengan kita, harus kita terima dengan hati terbuka walaupun otak sihat kita menidakkan dan membidas segala nasihat tersebut sebab orang tidak bercakap sesuka hati. Apa sahaja nasihat yang diberikan itu berdasarkan pengalaman. Pengalaman dan kesilapan yang pernah dilakukan boleh membantu kita untuk menghidari diri daripada melakukan kesilapan yang kedua. Sebab itu lah pentingnya petunjuk dan guideline daripada agama kita, orang tua kita, kawan-kawan kita dan orang sekeliling kita yang sentiasa mengambil berat pada diri kita supaya kita tidak tersilap langkah.

INGAT! Jangan sesekali biadap pada orang tua kita, cikgu kita, kawan-kawan kita, orang disekeliling kita dan semua manusia yang ada di dunia ini. Tak kira lah anda siapa pun. Perompak,perogol,pencuri,penyamun,dato, datin, artis dan sebagainya, kita semua sama sahaja bila berada di dalam kubur. Hormatilah orang yang ada disekeliling kita dimana sahaja supaya kehidupan kita berada dalam keadaan yang bahagia. Apa guna kaya raya tapi tak hormat pada orang?Apa guna bijaksana tapi tak pandai nak hormat orang??Apa guna popular tapi tak tahu nak hormat pada orang?

Sunday, 22 July 2012

Aku dan Ramadhan 2012

Salam semua..salam satu Malaysia dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang sudi membaca apa yang uncel tulis.Sebelum ni uncel jarang update and post new entry sebab uncel tak da masa sangat nak online.Lagipun banyak perkara yang berlaku dalam hidup uncel selama uncel tak update blog uncel ni..Ada perkara yang happy dan ada juga yang tak happy.Biasa lah kehidupan mana ada semuanya happy kan?Kalau semua happy jer dalam dunia ni,mesti bosan kan.?Ye lah,cuba bayangkan kalau semua orang di dunia ni kaya.Mesti takkan ada yang nak bekerja sebagai orang bawahan malah mesti semua tak mahu bekerja sebab semua dah kaya.Bila takda orang nak bekerja,siapa nak menjadi penjual?Businessmen?Pekerja awam dan sebagainya???Mesti tiada orang nak bekerja kan??Dah kaya...Sebab tu lah Allah S.W.T Maha Bijaksana telah menentukan nasib seseorang yang ada di dunia ni.Yang bernasib baik akan senang lenang,dan yang tak bernasib baik akan sentiasa berusaha dengan lebih keras untuk meningkatkan taraf kehidupan dan sebagainya..

Kita kena ingat,tak senang nak jadi senang,and tak susah nak jadi susah.​Нεнεнε˚°º ...panjang lebar pulak ceramah uncel kali ni kan?Biasa lah lama tak menulis macam ni lah..Lagipun banyak betul perkara yang berlaku mengajar uncel untuk lebih tabah dan bersabar dengan setiap dugaan yang Allah turunkan.Uncel tak berasa kecewa pun dengan takdir yang Allah berikan kerana Uncle tau Allah maha mengetahui yang mana lebih baik buat diri uncel and anda semua juga.Setiap musibah dan cabaran yang Allah berikan dengan kita,terimalah dengan penuh keredhaan dan selesaikannya dengan penuh ketakwaan kerana ujian dan cabaran yang Allah berikan tidak akan melebihi kemampuan hambanya..Ingat tu...Uncel kali ni bukan nak bersyarah atau berceramah tapi uncel bercakap berdasarkan pengalaman dan apa yang uncel alami selama ni.Memang perit untuk dilalui tapi itu lah kehidupan.Tak kan lari dari segala dugaan dan cabaran..Sama ada kita mampu untuk menjalani segala cabaran dan dugaan yang diberikan ataupun tidak..Mungkin senang bagi yang mendengar tapi sukar bagi yang mengalami.Sebab itu ada pepatah mengatakan "Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul" memang ada benarnya.Dulu aku tidak percaya sangat bila mendengar cerita orang tapi sekarang baru aku tahu,yang menanggung nya memang sukar.

Sempena bulan yang mulia ini,Uncel ingin memohon maaf dan keampunan kepada semua pembaca sekalian sekiranya selama ini uncel ada tersilap tulis,bahasa,perkataan dan sebagainya.Harap dimaafkan ye.Uncel cuma insan biasa tak lari dari melakukan kesilapan.Tapi tak bermaksud uncel akan sentiasa melakukan kesilapan.Uncel akan cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik dari hari ini dan sebelum ni..Ramadhan tahun ini sungguh mencabar bagi uncel,banyak perkara yang uncel fikirkan dan harus uncel cari jalan penyelesaian supaya tidak ada sebarang masalah yang baru akan timbul.Uncel masih lagi mencari pekerjaan sekarang ni.Kalau korang ada info pasal job vacancies just share dengan uncel ye..Baiklah,cukup dulu untuk hari ni.Uncel pun dah nak bersiap untuk berbuka sebab di Sarawak ni awal sedikit.Uncel nak mengucapkan selamat berpuasa kepada Umat Islam seluruh dunia dan selamat menjalani ibadah fardu ni dengan penuh ketakwaan dan keimanan..Amin...

Wednesday, 6 June 2012

Terima Kasih Buat Syafiqah Othman

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Uncel tak tau lah banyak mana pembaca blog uncel tapi uncel tetap juga akan tulis terima kasih kerana sudi membaca blog uncel ni yang tak seberapa.

Hari ni uncel nak ucapkan terima kasih buat Syafiqah Othman kerana baik hati dan sudi untuk membantu uncel dalam hal-hal berkaitan blog nih..hehehe....

Banyak kan perubahan dalam blog uncel?Kalau korang follow blog uncel lah mesti korang akan tahu apa yang berubah. Bagi yang tak follow tu uncel paham. Uncel ni bukan nya terro pun bab blog ni. Mana ada orang nk follow..Huhuu....Takpe, itu tak penting. Yang penting uncel nak ucapkan bebanyak terima kasih lah kepada si adik cantik manis Syafiqah Othman nih. Korang boleh lah lawat dia punya blog yer...http://skyjuicechocolate.blogspot.com/..Dia ni lah banyak bantu uncel dalam blogger nih...Baik budak ni.Berbahasa dan bijak..Keep it up Syafiqah Othman. Uncel doakan fiqah berjaya dalam dunia dan akhirat..Uncel nak ucapkan bebanyak terima kasih lah kerana sudi tolong uncel..Kalau ada yang uncel nak minta fiqah buatkan, jangan marah yer..hehehehe...

So entry kali ni tak banyak nak diceritakan sebab tujuan cuma nak ucap bebanyak terima kasih. Kalau uncel ada cerita lagi nanti uncel akan post yang baru...hehehe....

Tuesday, 5 June 2012

Jangan Mengharap Kelak Merana Diri (JMKMD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar anda semua..Uncel sekarang dah bertambah sihat dan bersemangat untuk melakukan aktiviti seharian uncel. Harap korang pun sihat sentiasa bersama orang yang tersayang keluarga dan sahabat handai. Kepada yang tak sihat tu rajin-rajin lah makan ubat yer. Nanti cepat sembuh..Jangan ikut uncel yang tak suka makan ubat nih..hehehe....

JMKMD also know as atau lebih senang nak sebut A.K.A Jangan Mengharap Kelak Merana Diri adalah tajuk  pilihan hari ini..Kenapa uncel pilih untuk bercerita pasal tajuk ni? Sebab pengalaman uncel, uncel dah penat dah untuk berharap sesuatu yang uncel tak pasti sama ada dapat ataupun tidak. Bagi yang berfikiran uncel berharap dengan percintaan, mungkin benar, tapi tak banyak dalam hal percintaan tapi banyak dalam hal kehidupan. Alah, kehidupan kita ni kan sentiasa bergerak kehadapan. Tak ada gear reverse pun. Gear reverse cuma ada dalam imaginasi kita sahaja. So, bagi uncel apa yang ada dalam imaginasi tu tak boleh sangat nak difikirkan. Sebab uncel akan sakit hati bila tak dapat apa yang uncel harapkan. Baik uncel buat jer apa yang ada dihadapan mata dengan sebaik-baiknya dan menghargai apa yang ada sekarang ni dengan sebaik-baiknya supaya uncel tak berasa kecewa bila tahu yang dihadapan mata hilang dan tak dihargai..

Kebanyakkan uncel selalu berharap dan bila harapan uncel tak menjadi apa yang diharapkan akan membuatkan uncel feel down aka berasa kecewa. Tapi uncel kecewa bukan lama, sekejap jer. Bawa uncel pi karaoke elok lah tu...hahaha...Ni nak cerita ni, bila korang mengharapkan sesuatu, tapi yang korang harapkan tak dapat, pedih kan rasa perasaan tu..Uncel dah puas dah lalui perasaan tu. Sebab tu uncel dah serik dah untuk berharap. Lantak lah apa nak jadi,yang penting uncel laluinya dengan hati yang terbuka.

Kepada sahabat yang keciwa tu jangan lah sampai nak bunuh diri ataupun buat sesuati yang tak elok. Jangan merosakkan diri. Hidup masih ada banyak yang belum kita terokai. Terokai sejauh mana yang kita dapat walaupun perit dan pedih yang kita alami sepanjang meneroka, kita perlu redha dan sabar sahaja. Sebab Allah tidak akan menguji hambanya diluar dari kemampuan hambanya. So korang kena sabar dan redha jer kalau sesuatu yang korang inginkan tak dapat dicapai...hehehe...

Gambar yang uncel letak atas tu bukan apa, tu lah muka uncel sekarang ni. Masih senyum walaupun hati memang sakit. Hahaha..apa kan daya, kita tak ada kuasa nak memiliki sesuatu bukan daripada kehendak Allah S.W.T. Mana tahu suatu hari nanti kita diberikan peluang untuk memiliki. Kita kena hargai setiap yang dikurniakan. Sebab yang ada dihadapan mata kena sentiasa dihargai. Jangan menghargai sesorang apabili diperlukan. Walaupun kita jarang contact dengan orang yang kita sayang, kenalah sentiasa ingat pada mereka walaupun mereka tak ingat pada kita. Tak apa, sebab kita akan lebih menghargai mereka sekiranya kita sentiasa mengingati mereka walaupun mereka langsung tak ingat pada kita..

Uncel pun dah ngantuk sangat ni..Malam ni baru uncel tidor lewat lagi. Biasanya uncel tidor sebelum jam 11. So korang jangan tidor lewat yer. Jaga kesihatan dan akhir kata uncel nak bagi pesanan sedikit. Biar orang tak menghargai kita sedikitpun, jangan kita pun sama tak menghargai orang lain. Kita harus sentiasa menghargai orang yang disekeliling kita tak kiralah mereka tak menghargai kita. Asalkan kita sentiasa menghargai orang sebab setiap yang dilakukan pasti ada KARMAnya...Ingat tu....

Saturday, 2 June 2012

Hidup Harus Ada Kawan

Assalammualaikum Dan Salam sejahtera kepada semua yang sudi datang Dan baca apa yang uncel tulis. Lama betul dah uncel tak muncul kan?hehehe...uncel demam sebelum ni. Ni pun uncel masih tak sedap badan. Tapi uncel layan jer ikut kawan-kawan uncel go bercuti.hehehehe...bukan selalu pun. Uncel sebenarnya tak Ada sangat idea nak tulis apa ni, tapi uncel rasa nak bercerita jap lah. Uncel ikut kawan bercuti nih, lama juga uncel tak ikut percutian macam ni. Seronok juga lah walaupun uncel tak sedap badan sangat.hehe... Best and seronok jer rasanya. Tenang sedikit rasa kepala daripada kesibukan Kota Dan kehidupan Saharian. Uncel ni bukan Nya jenis yang Sibuk pun, tapi banyak yang uncel kena fikir terutama mencari pekerjaan yang tetap. Strees jugak rasa bila fikirkan pekerjaan ni. Tajuk uncel ni sesuai lah bagi orang yang macam uncel ni. Jenis pendiam Dan tak sosial sangat. Uncel ni mana ada banyak cakap pun. Hehehe...sebab tu lah uncel katakan yang hidup ni kena Ada kawan. Kalau tak Ada kawan bosan Dan Sunyi jer. Sebelum ni duduk rumah jer uncel rasa bosan sangat. Nak lepak dengan kengkawan semua deorang busy. Hari ni baru dapat lepak dengan deorang semua.hehehe...so kiranya Malam ni nak buat keja gila-gila lah. Lama tak jadi orang jahat ni.hahaha.... Korang semua pun boleh jugs join uncel kalau nak. Lagi ramai lagi best and Korang Harus sporting bila Ada activities yang dijalankana. Korang kena free kan otak Dan kena rasa enjoy walaupun Korang tak biasa, sebab uncel selalu macam tu. Uncel tetap Akan kawan dengan sesiapa sahaja walaupun latarbelakang anda semua berlAinan. Kita Satu Malaysia meh...sama sahaja tak Kira Siapa. Janji Kita tak buat Benda salah itu pun dah cukup. Yang penting Kita enjoy!!!!!! Oklah...uncel nak chow Dulu yer...Ada masa nanti uncel muncul..hehehe...bye...

Thursday, 24 May 2012

Korean, K-Pop or M-Pop

Layan Korean kan?hehehe....
Halo halo halo semua...Selamat malam bagi yang nak tidur tu. Awal bebenor tidor..hehehe..Bagi yang masih melayan Facebook tu jangan lupa add uncel yer..hehehe...Boleh lah menambah rakan anda.Uncel ni mana da orang nak jadi rakan uncel ni..huhu...Sedih jer kan?Takper..kalau korang sudi nak jadi rakan uncel korang add jer uncel..Uncel akan accept korang tak kira siapa sebab uncel suka berkawan dengan siapa-siapa sahaja. Uncel akan layan semua sama rata..hehehe....Assalammualaikun dan salam sejahtera semua...Exited nak bercerita sampai lupa mukadimah yang wajib diucapkan..Maaf yer pembaca sekalian sebab uncel lupa nak bagi salam dulu..hehehe....

Korang suka korean movie tak?Korean song? Korean drama? Korean fashion?? Uncel tahu memang fans Korean  di Malaysia memang kuat terutama dikalangan remaja mahupun budak sekolah. Nak cerita sedikit lah..Dulu masa uncel sekolah mana ada uncel tahu pasal Korean nih... Malah masa sekolah rendah dulu uncel dipanggil seorang budak nih Orang Jepun..huhu...masa tu uncel mana tahu sangat. Uncel ingat orang Jepun jahat kan. Sebab dulu kecik-kecik dengar cerita orang tua dan belajar sejarah yang negara kita di jajah Jepun. Sebab tu lah masa kawan panggil uncel budak Jepun uncel malu sangat..huuhuhuh....Jangan salah tafsir yer dengan cerita uncel ni.Yang uncel cerita tu tentang apa yang uncel fikir masa kecik-kecik dulu. Masa kecik mana lah uncel tahu sangat. Apa yang kita belajar belum dapat lagi uncel nak menilai..Tapi sekarang uncel dah dapat menilai. Orang Jepun sangat baik. Malah uncel ada kenal dengan sorang kawan yang berasal dari Jepun. Takashi Kenji, entah bagaimana keadaannya di sana sekarang ni. Dulu dia ada di Malaysia dan selalu datang rumah uncel. Masa kawin akak uncel pun dia ada datang rumah siap malam sebelum persandingan tu ada tarian zapin dia dok syok menari mengikut orang lain menari...Lucu tapi tu kenangan. Sebab dia sangat sporting...hehehe....

Aku ni nak dikatakan obsessi dengan Korean tak juga, nak cakap tak obeses pun tak juga. Aku ni depend lah, kalau pakaian and style tu aku minat, aku obses lah, kalau tak minat tak lah..hehehe...sebab ku ni memang suka lah tengok cara deorang style diri dia orang..Kalau rambut tu memang aku suka tengok rambut si Lee Minho dan Kim Bum. Sebab rambut style dia jer sesuai dengan muka aku nih...huhu..yang lain aku ada try tapi aku rasa tak biasa..hehehe....

Kim Bum
Smart kan rambut dia ni..Rambut macam ni jer aku rasa sesuai dengan aku. Rambut pacak-pacak tu pernah lah aku try, tapi leceh. Sebab aku ni rider kan, kalau guna helmet terus penyek rambut aku, kan payah..hehehe....Kiranya aku nak tidur awal malam ni, tapi dah terlanjur sebab lama tak update blog. Kali ni aku nak upload gambar ku sendiri lah. Sebab aku suka gambar ni. Kawan aku ni memang dahsyat lah ambik gambar.. Thanks lah kepada Cholo Emanz for this picture yer..hehehe....

Rasa Korean Singer pulak..hehehe....

Yang ni tak tahu nak kata apa..hehehe...
Cukup kot rasa nya gambar tu..Nanti korang meluat and benci pulak tengok gambar muka aku yang tak seberapa nih..Bagi pembaca yang rimas and tak suka tengok muka aku and gambar aku, harap maaf yer.. Sebab aku upload gambar aku tiada niat apa-apa. Cuma nak kenalkan diri aku jer dengan korang sebab sebelum ni banyak gambar yang aku upload semua gambar kawan-kawan aku. Harap korang maafkan aku kalau aku ada buat korang rasa benci meluat dan sebagainya. Aku cuma insan biasa...huhu....

Akhir kata korang minat K-Pop ker M-Pop ker tak kisah asalkan korang masih berpijak di bumi yang nyata.Jangan sampai lupakan diri sudah yer..hehehe....Selamat malam semua dan terima kasih kerana sudi membaca...Dhaa.....

uncelbengy

Thursday, 10 May 2012

Edit or Original??

Halo halo halo...Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Kali ini uncel nak bercerita sedikit tentang topik EDIT or ORIGINAL. Kenapa boleh timbul topik ini??Entah aku pun tak tahu sebenarnya. Aku ni bukanlah jenis yang suka nak cerita dan ada idea nak bercerita sebab aku ni jenis yang pendiam. Bercakap bila perlu dan bila aku bosan maka datanglah idea untuk mengolah dan mengarang cerita yang boleh memenuhi entry dalam blog ni..Nama pun dah Story and Sharing kan...hehehe...

So korang baca jer lah apa yang aku tulis ni yer.Kalau bosan taip lah komen kat bawah ni, so boleh aku memperbaiki dan mencari idea yang baru supaya aku boleh mengolah karangan yang boleh membuatkan korang seronok membaca. Hehehe... Sebenarnya aku ni tidak suka sangan meniru cara orang. Maksud aku, aku ni lebih suka buat sesuatu dengan caraku sendiri dan berusaha untuk membuatkan sesuatu yang lain dari yang lain..Hehehe...

Ok lah panjang berjelar jelar jer aku ni bermukadimah tapi ceritanya belum ada lagi kan.Hehehe...Maklum lama dah tak menaip dan update entry nih..Hehehe..Sebenarnya aku nak ceritakan pasal EDIT or ORIGINAL ni datang dari aku ni yang suka juga lah edit-edit gambar nih. Meh aku nak kongsi sedikit lah apa yang aku tahu pasal edit ni...Cuba lihat gambar yang ada di bawah ni...


Gambar yang di atas tu memang edit lah sebab aku buat kombinasi 4 gambar dalam satu gambar yang boleh membuatkan kita lihat banyak gambar dalam satu masa. Kalau gambar macam ni memang kita dapat tau bahawa edit. Kalau gambar macam ni pulak??


Korang rasa gambar ni original or edit??Mesti kebanyak akan fikir gambar ni edit kan??Yess..100 marks to readers that gave correct answer..Hehehe...Sememangnya gambar di atas ni aku edit. Tapi bahagian mana yang aku edit??Mesti korang tak perasan bahagian mana yang aku edit kan kalau korang tak tengok gambar yang asal.Hehehe...Kalau yang profesional dalam editor nih memang dah tau kot bahagian mana.Aku memang tak mahir sangat editing nih..Ok, kita sambung balik yer...Kalau nak tau bahagian mana yang aku edit, tengok jer gambar kat bawah ni. Korang mesti dapat detect punya..hehehe...Rasa main game je kan..hehee....


SO how kawan kawan???Dah dapat tahu bahagian mana yang aku edit?Hehehe....itu lah teknik make up mengunakan ADOBE PHOTOSHOP. Jimat kos dan wang anda..Hehehe..Asalkan korang rajin jer nak mengadap lappy or komputer korang untuk touch up muka orang..Lagipun korang boleh juga tingkatkan ilmu pengetahuan korang dalam bidang edit mengedit nih..Hehehe..Kalau korang guna camera dan lensa yang hebat,lagi mudah untuk anda edit gambar yang ada ambik.

Harap apa yang aku share nih dapat lah menambah pengetahuan korang sedikit. Sebab dunia cyber dan teknologi ni macam macam boleh dah. Korang tak payah lah nak bersusah payah nak bazirkan wang korang untuk bermake up bila nak ambik satu or dua gambar. Yang penting dalaman tu. Kena natural dan ikhlas bila bergambar insyallah gambar yang di ambil akan lebih menyerlah daripada muka yang tebal dengan make up tapi tidak ada auranya..hehehe...

Akhir kata aku nak minta maaf lah kalau apa yang aku tulis ni salah ataupun ada perkataan ku yang boleh menguris perasaan anda semua. Aku cuma nak bercerita sahaja, tidak ada niat apa-apa pun. Satu lagi aku nak pesan, HIDUP INI ADALAH KURNIAAN,JALANI KEHIDUPAN ANDA DENGAN GEMBIRA DAN SABAR, INSYALLAH AKAN BAHAGIA HIDUP ANDA WALAU APA KEADAAN SEKALIPUN....

psttttt...nak tutorial guna photoshop??Taip jer tutorial photoshop kat YOUTUBE, semua ada di situ..hehehe...selamat mencuba....dadaaaa......

Wednesday, 25 April 2012

AKU Kurus??Nak TIPS??

Salam Semua...Eeeee.....Rindunyer..Hahaha..Meluat pulak tengok diriku yang happy semacam jer ni.Jeng Jeng Jeng..Lama nya aku tak update entry aku lah.Adoiyai..banyak sangat hal yang aku lakukan selama ini.Al-maklum lah nak hidup kenalah cari pekerjaan kan.Aku tak suka menganggur ni. Kalau tanam anggur yang boleh di jual takpe lah juga..Ni tanam anggur tapi duit pulak kehabisan sebab tak ada hasil untuk mendapatkan duit..Hahahahahaa.....

Sebenarnya aku tak tahu sangat apa yang aku nak tulis dalam entry ni..Tapi aku tulis jer lah sebab aku menulis berdasarkan apa yang ada di dalam kepala otak aku yang sekarang ini memikirkan perkataan TIDOR aka SLEEPING..Sebab aku sangat memerlukan rehat yang cukup. Nak tau sebab apa aku perlukan rehat yang cukup buat masa ini? Meh aku nak linkkan dengan title aku nih..Hehehehe....Agak kurang hajaq sket bahasa aku kali ni kan?Alah..Kalau kasar maafkan saya yer..hehehe...

Kali ni aku tak ada post gambar or cerita pasal gambar sebab aku sekarang ni memang tak ada masa nak menangkap gambar. Kalau tangkap gambar guna phone tu ada lah.Itu kewajiban di masa bosan..Hehehe..Cuma ada satu jer hajat aku yang belum aku dapat capai. Nanti lah aku share kalau aku dah dapat capai apa hajat aku tu yer..Hehehehe...Hurmm....Kenapa title entry aku kali ni AKU Kurus??Eh??Pelik juga aku..Hahahhaa..Alah idea ni datang sebab banyak kawan-kawan baikku sekarang semua kata yang aku kurus.Sedangkan aku sebelum ni memang kurus pun tapi dia orang kata aku kurus sangat.Hurm...Tapi aku suka sebenarnya..hahaha...

Sebelum ni memang aku ada pasang niat nak kuruskan badanku. Sebab aku rasa aku makin berisi. Bukan gemok yer..Sebab tu lah aku pasang niat nak kurus. Tapi usahaku nak kurus tidak berhasil sebab aku pada masa tu memang nafsu makan aku macam orang kelaparan. Kadang-kadang dalam satu hari aku makan 4 ke 5 kali..Huhu...Ayam goreng memang wajib lah.Hahaha..mana tak nya badan naik dan seluar semua fit. Tapi sekarang seluarku semua longgar..Aku tengok dekat cermin pun perasan yang aku kurus sedikit. Sebab apa aku boleh kurus macam ni dalam masa 1 bulan?

Meh aku nak share sedikit. Aku ni kerja siang dan malam. Kerja aku memang memenatkan tapi enjoy. Aku pasang niat nak diet dan keadaan kerjaku mengizinkan aku untuk diet. Masa aku makan tidak tentu dan aku merancang untuk makan pada pukul 4 ke 5 petang. Bila aku lunch pada masa tu, malam memang aku tak makan lah. Sebab aku balik rumah aku kemaskan diri dan terus tidur. Setiap hari rutin harian aku macam tu. Sebab tu aku punya selera makan sekarang ni memang kurang. Cikgu aku pun hairan kenapa aku tak makan bila dia bawa aku ke kedai makan. Salah satu faktor aku tak makan juga adalah bila orang nak belanja aku, malu aku memang melampau sehinggakan aku sanggup tahan lapar sebab malu orang belanja dan takkan makan budi orang terlalu banyak. Sebab tu aku makin kurus kot. Hehehee...

Bagi yang nak kurus ni, jangan lah sanggup berlapar nak kurus. Tipsnya mudah jer. Kena set minda anda dan kena consisten kalau nak kurus. Sebab anda kena makan, jangan biarkan anda berlapar. Anda harus makan tapi bila makan kenalah makan dalam kuantiti yang sedikit dari biasa. Nanti lama-lama anda akan biasa dengan kuantiti yang sedikit. Bila anda dah biasa dengan kuantiti yang sedikit, secara tak langsungnya anda boleh mengurangkan berat badan dan jimatkan wang. Hehehe...Lagipun nak kurus kena banyak melakukan aktiviti seperti sibukan diri dengan kerja dan bersenam. Bila anda sibuk, maka otak memikirkan untuk makan kurang dan anda boleh mengurangkan nafsu selera makan anda. Lebih mudah kalau nak kurus kenalah banyak bersabar dan latihkan diri anda untuk menahan lapar aka puasa. Puasa lebih bagus untuk kurus.hehehe..

Kalau tips aku ni tak menjadi dengan korang harap jangan marah yer..Aku cuma nak share jer kenapa aku boleh kurus.Hehehe...Ok lah masa untuk aku membuaikan diriku dengan mimpi yang indah.. Kalau ada salah silap harap maaf dan kalau ada masa nanti, aku akan update entry aku lagi....Chow....:-)

Wednesday, 1 February 2012

Menembak dan kena tembak.

Salam semua....Salam Satu Malaysia buat semua pembaca yang sudi membaca.Amacam celita simalam?Bosan ek?Takper...aku tau memang aku nih bukan dilahirkan untuk menghiburkan orang..hehehe...Menghiburkan diri sendiri jer kot.Jadi lah daripada tak ada kan?Kan?hahahaha.....Walaweh...tajuk kali ini mengenai Tembak Menembak...hehehe..barangkali korang mesti berfikiran tentang tembak yang guna pistol, senapang, sumpit, dan sewaktu dengan nya kan?hehehe...takde lah, bukan menembak itu ya, kali ini aku nak stoli lah sedikit pasal aku menembak tadi atau dalam bahasa antarabangsa Shot. Alah..senang cerita, PHOTOSHOT tau kan?Ha'ah..tu lah dia,aku nak stoli moli pasal PHOTOSHOT yang aku buat petang tadi.hehehe...

Eh eh..jangan salah anggap yer, aku bukan photographer lah.Aku panggil photoshot sebab suma orang lebih senang memanggil macam tu.Aku pulak senang memanggil tembak jer. Sebab aku bukan nya professional macam korang pun.Gambar yang korang ambil mesti cantik-cantik dan hebat-hebat belaka.Aku tau sebab aku selalu tengok gambar yang korang ambik dalam pesbuk..hehehehe....Baik lah, panjang sangat aku mencarut nih. Meh aku nak ceritakan apa yang aku buat petang tadi. Nanti aku nak selitkan sedikit lah pasal kaki aku nih terpeleyot..hehehe..tau tak apa terpeleyot?Alah..kaki terseliuh lah.hehehehe...

Korang mesti nak tahu kat mana aku menembak tadi kan? Semenjak jadi PHD nih memang kerap lah aku menembak dengan camera usang lagi tak canggih tu. Cukup juga lah untuk aku merakamkan gambar sebab SETIAP GAMBAR ADA KENANGAN yang tidak dapat dinilai harganya. Sebab tu orang sanggup bayar photographer untuk ambik gambar deorang masa kawin, tunang dan sebagainya. Sebab gambar tu jer kita dapat membuktikan dan melihatkan kita tentang kenangan yang kita pernah lalui. Mana tau kot-kot ada apa-apa berlaku, senang nak refresh balik. Dalam erti kata lain KLMJ. Korang tahu kan KLMJ tu..Alamak, panjang pulak intro untuk memberitahu dimana lokasi yang dipilih.hehehe...Sori yer kawan-kawan...Aku memilih Universiti Malaysia Sarawak untuk lokasi menembak sebab lama dah aku rancang nak menembak kat situ. Tempat tak lah jauh dari kawasan aku, so aku ni bukannya ada kereta pun nak pilih tempat yang jauh. So, UNIMAS adalah lokasi yang terbaik untuk menembak. Sebab apa?UNIMAS banyak view yang menarik. Seperti gambar yang di bawah nih..












Ni lah salah satu tempat yang sangat cantik. Korang mesti tak nampak sangat sebab aku fokus kepada model kan?Sori ek..hehehe..tapi lokasi ni memang cantik.Ni adalah jambatan cinta bak kata kawan ku. Kat jambatan ni juga ada cerita nya tersendiri.Usah nak cerita pasal jambatan ni yer.hehehe...so, harap korang dapat lah sedikit idea kat mana nak menembak yer. Bagi yang tak menembak nak datang melawat kat UNIMAS pun boleh juga. UiTM pun banyak tempat yang menarik. Nanti ada lah lah gambar yang akan diupload untuk menunjukkan view UiTM yer..hehehe...

Itu sahaja untuk malam ni. Harap korang tak bosan untuk membaca apa yang aku tulis. Sekali lagi aku nak ucapkan mohon maaf kalau ada yang aku salah cakap ataupun menggores perasaan korang bila bosan baca. Maaf yer...Akhir kata, Setiap Gambar Ada Kenangan..BYe BYe...

Tuesday, 31 January 2012

I'm Back!!

Salam semua, salam satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua yang sudi baca entry aku nih...hehehe...rindu pulak aku nak menulis dan bercerita nih..Lama betol aku tak melawat laman web nih dan menaip sampai aku kehabisan idea.hahaha...meh sini jap, baca sekejap, kalau bosan boleh tengok gambar dalam nih..Walaupun tak lah banyak sangat gambar yang dapat dilihat tapi cukup lah untuk mengilangkan bosan anda semua...hahaha...kalau masih juga bosan, comment jer entry aku nih..nanti boleh kita borak..kalau masa tu akau memang on9..hhehehehe....

Nak diceritakan lah...Aku nih lama tak menaip panjang-panjang. Ada lah sedikit perkara yang membuatkan tangan aku nih terasa malas sahaja nak menaip banyak-banyak lagi-lagi on9. Tapi sekarang nih semangat aku untuk menaip dan bercerita sudah kembali.Hahahahah...Sebab aku sekarang nih memang free sesangat dan mood nak on9 pun meluap-luap..Lagi-lagi nak menambahkan entry aku dalam nih...Hah! entry aku nih tak banyak gambar yang aku nak selitkan yer. Korang baca sahaja apa yang aku nak ceritakan nih...hahahaha...

Sepanjang menjadi seorang yang sedang menjalani hidup sebagai PHD nih..Tau tak apa PHD? Penganggur Habis Duit...hahahahhaa.....Sambung balik, sepanjang jadi PHD nih aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca novel, lepak, makan, tidur, on9 tapi on9 jarang lah, pastu menyakat anak buah ku si Aiman tuh..hahahaha...tu jer lah yang aku buat semasa bergelar PHD ni. Mesti korang akan kata aku malas kan??Takpe kalau korang berfikiran macam tu, aku dalam masa jadi PHD nih aku cari juga lah kerja. Takda lah aku dok meronggeng jer kat rumah..Bosan jugak wehh dok rumah jer...Sementara tunggu keputusan keluar aku nak relax dulu sambil-sambil tunggu kerja yang aku pohon tu.Doakan aku dapat yer..hehehehe...Amin.....Kalau dapat memang aku akan buatkan T-Shirt untuk aku berikan kepada korang..Tunggu jer nanti yer..hehehe...

Nak diceritakan lah, aku dalam masa jadi PHD nih aku ada lah baca NOVEL TAK MUNGKIN DIA keluaran ALAF 21. Kenapa aku pilih novel nih?Sebab sebelum nih aku pernah baca novel keluaran ALAF 21 nih. Novel deorang memang superb...Aku baca pun feeling habis lah.Hahahha...Novel Tak Mungkin Dia ni best sangat sebab ia masuk jiwa aku. Aku bukan nya jiwang sangat pun. Bercinta memang FAILED lah..Novel tu lebih kepada mengingatkan kita erti kehidupan terutama golongan remaja sekarang ini yang alpa bila bercinta sehinggakan tersilap langkah disebabkan kepercayaan dan sayang pada cintanya..Kepercayaan terhadap cintanya akan memberikan kebahagiaan hidup membuatkan kebanyakkan muda mudi sekarang sudah mengikuti budaya yang bercanggah dari AGAMA ISLAM. Sehinggakan sanggup melakukan perkara yang tidak diredhai ALLAH. Daripada novel inilah aku mengetahui betapa pentingnya restu keluarga dalam kita menjalinkan sesebuah hubungan dan lebih penting kalau kita tidak membelakangkan AGAMA kita bila kita berada dalam keindahan percintaan.

Kalau korang nak kata aku ni cakap jer lebih tapi sama juga terpulang lah.hehehe...semua yang aku taip nih aku buat ringkasan tentang novel Tak Mungkin Dia tu. Mula-mula aku ingatkan novel tu jiwang sebab dia punya ringkasan kat belakang tu membuatkan aku berfikiran begitu..Kalau korang nak tau lebih lagi tentang novel tu, korang cari jer.hehehe...bagi kawan-kawan yang kenal dengan aku, meh datang jumpa aku, nanti aku pinjamkan, tapi ingat bagaimana rupa asal novel tu, macam tu jugaklah dia balik yer..sayang wehh.....

Oklah..panjang sangat aku bercerita kali nih.Hehehe...sebab lama tak menaip nih..tangan laju jer tekan keyboard..hahahaha...nanti kalau aku nak story moli lagi adalah aku update entry ku..Sedikit pesanan yang ingin aku buat selepas membaca novel TAK MUNGKIN DIA, aku nak pesankan kepada pembaca supaya bercinta janganlah sampai mengundang kepada penyesalan..Sebab yang sudah berlalu kita tak dapat nak ulang balik. Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk jadikan pengajaran supaya kita sama-sama memperbetulkan diri kita dari semasa ke semasa...Akhir kata: Cinta bukan laluan untuk kemusnahan, Sayang bukan cara untuk mendapatkan keseronokan tapi Cinta kunci kepada keimanan dan Sayang pintu kepada kebenaran.Salam.....

Wednesday, 18 January 2012

2012 sudah??

Salam semua...salam satu Malaysia...Lama nya aku tak update entry.hehehe...last update tahun lepas.wah!bunyi macam lama tapi sebenarnya baru satu bulan yang lepas..hahahaha...Tahun ni dah 2012 sudah.Adoi...ni lah first entry untuk tahun 2012 nih...hehehe...

Disebabkan kesibukan untuk menghabiskan perjuangan aku, aku tak sempat nak update entry pun. Tapi aku masih lagi sempat untuk ambik gambar sebab itu memang hobi aku. Blog ni hobi juga..Hehehehe...Tak banyak aku nak share dalam blog ini sebab sekarang aku sangat penat.Otak penat selepas berfikir banyak. So aku tak banyak sangat lah nak cerita ni.

Banyak perkara berlaku dalam ketiadaan aku untuk update blog nih. Salah satunya cerita "Bunyi Pelik yang melanda kawasan aku". Memang pelik bunyi itu.Hahahahaha..sebab bunyinya macam dengkuran orang yang sedang tidur..kalau orang tak perasan mungkin tak tau itu bunyi pelik sebab bunyi itu sangat kuat sehingga yang berada di kawasan yang lain pun dengar. Aku pun pada mulanya tak perasan bunyi itu. Bila aku fokus betul-betul baru aku rasa seram seket. Meremang bulu roma weh bila dengar bunyi pelik tu. Macam-macam andaian dan pendapat orang ramai terhadap bunyi tersebut. Aku malas lah nak kisah sangat sebab aku tahu dunia akhir zaman, banyak tanda-tanda yang Allah tunjukkan kepada kita. Cuma kita jer yang menilai untuk berubah ataupun tidak.Hahahaha...Aku ni macam lah baik sangat.hehehehe...

Ok lah.cukup untuk hari ini yer..masih belum ada mood untuk menulis nih.Tak lama lagi tahun baru cina. Nanti aku wish korang keh bagi yang berbangsa cina.hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...