like jika suka. =3

Monday, 5 December 2011

LAMA MENYEPIKAN DIRI...KEMANA AKU???

Salam semua, salam satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca..Hai...lama tak muncul Uncelbengy nih...hahaha...Biasa lah busy dengan activity seharian dan tambahan. Bila dah busy nih tak sempat lah tangan ni nak menaip. Lagipun kehilangan aku membawa memory yang sangat bermakna untuk aku kongsikan..

Nak mula dari mana ni?Aku rasa lama betul aku tak update blog aku nih..Hehehe...Ok lah kerana terlalu lama aku tak update, ni aku nak stori sedikit lah apa aktiviti yang membuatkan aku tak sempat nak menaip dalam blog aku nih.Aku mulakan dari hari Jumaat yer. Sebab Jumaat lepas, tanggal 2 December 2011, aku dikejutkan oleh seorang kawan ku. Bangun jer dari tidur aku terus bersiap mandi dan ikot kawan ku ke Majlis Islam Kota Samarahan. Sampai jer sana tangan ku terus menekat butang untuk mengambil gambar orang. Akak kawan ku kawin lah pada hari itu. Dia akad nikah di Majlis Islam. Hari Ahad baru bersanding. So, maksudnya aku dapat job untuk ambik gambar dia nikah. Ini kali pertama aku ambil gambar orang kahwin. Memang gementar dan tak konfiden lah dengan diri, tapi aku cuba juga untuk menimba pengalaman. Pengalaman itu penting..Sudah habis mengambil gambar di situ, kitaorang bergambar lah di rumah akak kawan ku tu. Jelous wehh tengok orang kahwin....Hahahaha...

Selesai sudah ambik gambar, aku bersiap nak solat Jumaat. Abis solat Jumaat aku bergegas balik rumah dah berkemas untuk pergi ke Palm Beach Resort bersama kawan-kawan sekelas ku kerana ada program Refeksi. Aku pada mulanya tak tahu apa program itu, yang aku tahu cuma pantai dan bercuti bersama kawan-kawan. Hahahaha...Seronok tinggal di Palm Beach Resort, Sematan, Sarawak. Kalau korang nak tempat yang tenang dan seronok untuk bercuti, datang jer kat situ. Best sangat. Yang best nye ada dinner and breakfast..Kenyang perut makan. Abis jer dinner, kiteorang terus pasang bara api untuk program BBQ pulak. Dah lah makan banyak tadi, BBQ lagi, adoh...naik lah berat badan nih..hehehee....

Abis jer BBQ, kiteorang tidor lah, besok paginya breakfast dulu. Aku banyak makan masa tuh..hehehe...Jam 9 terus pegi bilik conference room untuk dengar taklimat dan refeksi diri. Sungguh menusuk jiwa dan kalbu bila saat pensyarah bercerita diiringi music yang sedih dan pejam mata. Nasib baik tak meleleh...hahaha... Abis jer refleksi diri, terus tukar pakaian dan terjun ke laut untuk mandi laut dan main bola. Bila dah penat main bola pergi mandi di swimming pool. Swimming pool kat sini betul-betul mengadap pantai. Tenang dan damai jer jiwa ini...Tapi sayangnya sepanjang program ini aku langsung tak ada ambil gambar sebab aku tak bawa camera.hahahaha...

Kiteorang pergi naik bas sekolah. Membuatkan aku mabuk bas jer. Tapi balik tu aku dapat tidor lah sedikit sebab duduk kat belakang sekali..hahahaa...Sampai jer kat rumah aku tertidur sekejap, pastu mak aku kejutkan suruh ambik akak ku, kasian akak ku tunggu lama. Keletihan membuatkan aku terlupa untuk mengambil akakku..hahahaha...Bila dah ambik akakku, kawan ku pulak antar message bawa aku keluar. Apa lagi, pucuk dicipta ulam pegaga lah..hahaha...Memang aku tak menolak lah weehh...Bukan selalu dapat keluar nih..Kiteorang tengok cerita Immortal and take picture.Jam 12 tengah malam baru sampai rumah.

Keesokkan harinya iaitu hari Ahad tanggal 4 December 2011, aku dikejutkan oleh mak aku, suruh pergi kenduri kahwin kawan ku dan akak kawan ku tu. Serentak mereka bersanding, tapi malangnya kawan ku yang bernama Nasir dan yan mengajak aku untuk pergi ke Kem Permai Rainforest Resort untuk mandi manda lagi. Wahh!!!harus aku pergi nih. Hahahaha....Aku dan kawan-kawan ku pun pergi lah bermandi manda. Tapi aku tak mandi, aku ambik gambar deorang jer...Tak banyak sangat gambar yang aku ambil masa tu, sebab ada dua camera. Nasir banyak ambil gambar.hehehe...aku nak bergambar rasa segan pulak sebab ada model sorang nih, dia jer nak bergambar, tak kasi can orang lain.hahahahaha.....Dah puas mandi kiteorang terus balik. Sampai rumah aku terus tidur kerana letih sangat-sangat. Malamnya aku hantar akak ku balik rumah sewa dan singgah sekejap ke rumah Cikgu aku. Aku hantar gambar kat cikgu aku sekejap, pastu terus balik rumah dan buat assignment. Jam 1.00pagi baru aku tidur..




TAMMAT.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...