like jika suka. =3

Thursday, 8 December 2011

Kawan, Teman, Sahabat, Friends

Salam semua, salam satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua.. Jam sekarang menunjukkan pukul 2.43 pagi. Aku masih lagi bangun dan mengadap teknologi dihadapan ku ini. Bila difikirkan kenapa harus aku berjaga sampai ke pagi nih. Meh nak story moli sedikit lah. Dah terlajak perahu nih sementara menunggu lagu yang aku nak gunakan untuk diletakkan dalam video yang aku disuruh buat oleh kawan ku bernama FEEZAH yang minat sangat dengan ELMO. Mencari lagu yang sesuai bukan main susah nyer, huhuhu...tunggu masa nak habis download lagi.Adussss....

Entry aku kali ini bertajuk KAWAN, TEMAN, SAHABAT, FRIENDS lah...hehehehehe.....Kan maksud semua tu sama kan, cuma ejaan jer lain, pastu bahasa juga lain tapi maksudnya masih sama. Alah, semua orang ada kawan tak kira kawan baik ker, kawan tak baik ker, kawan sorg jer, kawan beribu-ribu ker, kawan dekat ker, kawan biasa ker, kawan rapat ker, kawan sekepala ker dan sebagainya lah...Malas nak list down..hehehehehe...Yang penting semua itu adalah kawan.

Aku tak perlu lah nak kupaskan apa maksud kawan yer, korang pun tau apa maksud nya. Lagipun tak payah juga aku nak buka kamus kat sini, leceh lah.. Malas nak cari sebenarnya.Hahahahahha....Bila diceritakan tentang kawan, aku sebenarnya tak banyak sangat nak cerita sebab aku ni mudah ambil hati dan cepat sembuh balik. Lagipun aku ni jarang sangat nak ambik kisah sangat. Bila ada kawan yang buat tak elok, sakitkan hati aku, aku cuma terasa dalam beberapa jam jer, pastu aku dah ignore dah. Cepat aku ni melupakan apa yang takpenting tapi aku tak mudah untuk melupakan pengalaman. Sebab yang tak penting aku tak ambil kira sangat tapi yang aku ambik kisah tentang apa yang dilakukan supaya masa akan datang aku tak kena lagi. Sebab tu aku ni tak banyak sangat nak cerita pasal kawan.. Kalau nak katakan aku ni baik jer sentiasa dengan kawan, tipu lah.. Tapi setiap persahabatan ada yang manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. Semua itu terletak pada kita jer, kalau yang pahit tu, kita jangan lah nak ambik hati sangat, simpan jer yang pahit tu, kelak yang pahit itu lah akan jadi memori untuk kita ingati sampai bila-bila. Yang pahit itu boleh jadi manis tau kalau kita rindu-rindu masa pahit tu..hehehehe...

Aku sebenarnya malam ni touching sket selepas mendengar lagu nasyid yang berunsurkan kawan. Touching sebab aku rasa sedih sangat, sebab aku dan kawan-kawan ku mungkin akan membawa haluan masing-masing pada tahun hadapan. Sedih nyer...kalau nak lepak, hang out sama memang susah rasanya, kalau dapat pun tak sama macam sekarang nih.Adusss.....part ni lah aku tak suka, dulu masa aku hantar kawan ku ke Airport, aku lah yang paling emosi skali..hahaha...Tak kisah lah orang nak kata aku ni chengeng and apa-apa gelaran lah, tapi yang pasti emosi aku tu betul-betul dari hati. Bukan lakonan, aku bukannya pelakon pun. Malas lah nak cerita panjang sebab aku ni kalau bercerita sampai subuh nanti tak habis kot. Sebab banyak sangat memori. Kalau nak tahu kawan-kawan ku, tengok lah di KOLEKSI, semua tu kawan ku, ada banyak lagi kawan ku dan aku tak sempat nak upload. Maaf yer. Di laman social facebook pun kawan aku juga...Terima kasih kawan-kawan kerana sudi berkawan dengan aku. Yang ada ambik hati, sakit hati, benci, and so on,(yang negative) harap buang perasaan tu pada aku yer. Aku cuma Hamba Allah yang biasa..So, akhir kata, berkenalan sesama kita dengan hati yang ikhlas insyallah hubungan yang terjalin akan berkekalan ke akhir hayat. AMIN......Chalo betttey.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...