like jika suka. =3

Sunday, 25 December 2011

What the Busy Weeks

Salam semua, salam Satu Malaysia dan salam sejahtera...hai,lama sudah uncel bengy tak update blog nih.Last update 10 December, wah sekarang dah 25 December, 15 hari aku tak update blog eh.. Rindunya nak mengarang nih..hahahha.....

Halo halo halo...lama betol tak cakap macam tuh kat korang. Bagi yang follow blog aku terima kasih ya. Nih aku nak cerita lah kenapa aku tak update apa-apa 15 hari tu..Aku busy lah dengan tugasan dan part time job aku. Pada masa tu aku ada satu job ambik gambar orang kahwin. Aku dapat job tu pun last minute. Aku bukan lah terro sangat ambik gambar nih, tapi orang dah suruh aku ambik jer lah. Rezeki jangan di tolak,Hehehehe...lagipun dalam masa tu akak ku yang dari Melaka bercuti di sini. Memang masa banyak untuk melayan anak buah ku lah..hahaha....
Ni Wafi & isteri nya

Lagipun aku banyak mengadap komputer untuk menyiapkan kajian aku. Sebab tak lama lagi Journey aku dah nak sampai ke penghujungnya. Kawan-kawan doakan lah aku dapat menghabiskan Journey aku nih dengan jayanya yer. Amin....Dalam masa 15 hari itu juga causin aku kahwin, walaupun tak sibuk sangat tapi letih juga lah. Tak banyak lah aku nak ceritakan sebab sekarang hujan kan, so sedap lah nak tidur lah..hehehe...korang tengok jer gambar yang aku ambik yer..


Aisha Qaisara




Saturday, 10 December 2011

Last Friday Night

Salam semua...Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua..LAST FRIDAY NIGHT sungguh best lah. Tak kisah lah orang cakap aku ni menunjuk ker and so on yang pasti aku tetap nak cakap malam semalam memang best. Siapa yang ada ditempat aku mesti akan rasa seronok. Mana tak nya tak pernah lagi dapat anugerah macam tu. Pertama kali aku merasa..Seronok walaupun malu..hahahahha....

Terlalu exited aku terus cerita kan?hahaha..tak ada intro langsung..hehehe...Ok lah aku nak cerita lah pasal semalam. Kita orang ada dinner di 4points by Shareton, Kuching, Sarawak. Aku dan kawan-kawan ku pergi lah menghadiri majlis tersebut. Aku pada mulanya tak nak datang, tapi disebabkan dah bayar untuk diner tu, aku pergi jugak lah. Aku datang dinner cuma nak makan and bergambar dengan kawan-kawan ku, tak ada niat sedikit pun nak dapat anugerah apa-apa malam tu.

Malam tu memang seronok sebab ada kawan-kawan ku untuk lepak dan bergambar. Seronok tengok deorang cantik-cantik..Nanti korang tengok gambar deorang keh, aku nak cerita sedikit jer lagi nih. Bila dah sampai hotel tu, aku terus ambik gambar kawan-kawan ku lah,seperti biasa aku punya gambar mesti sedikit dan jarang dapat yang benar-benar memuaskan hatiku..Sedihhhh......huhuhhu....Majlis bermula seperti biasa, pastu makan, pastu tayang video yang aku buat. Tak bagus sangat tapi ada message lah sedikit untuk mengingati kenangan yang lampau.hehehe...

Ok lah, korang tengok jer lah gambar yang aku sempat ambik yer. Tak bagus sangat tapi cukup lah untuk menyimpang kenangan. Kawan-kawan ku semua cantik...Melting kalau lelaki tengok..hehehehe....click this link http://uncelbengy.blogspot.com/p/last-friday-night-pictures.html

Thursday, 8 December 2011

Kawan, Teman, Sahabat, Friends

Salam semua, salam satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua.. Jam sekarang menunjukkan pukul 2.43 pagi. Aku masih lagi bangun dan mengadap teknologi dihadapan ku ini. Bila difikirkan kenapa harus aku berjaga sampai ke pagi nih. Meh nak story moli sedikit lah. Dah terlajak perahu nih sementara menunggu lagu yang aku nak gunakan untuk diletakkan dalam video yang aku disuruh buat oleh kawan ku bernama FEEZAH yang minat sangat dengan ELMO. Mencari lagu yang sesuai bukan main susah nyer, huhuhu...tunggu masa nak habis download lagi.Adussss....

Entry aku kali ini bertajuk KAWAN, TEMAN, SAHABAT, FRIENDS lah...hehehehehe.....Kan maksud semua tu sama kan, cuma ejaan jer lain, pastu bahasa juga lain tapi maksudnya masih sama. Alah, semua orang ada kawan tak kira kawan baik ker, kawan tak baik ker, kawan sorg jer, kawan beribu-ribu ker, kawan dekat ker, kawan biasa ker, kawan rapat ker, kawan sekepala ker dan sebagainya lah...Malas nak list down..hehehehehe...Yang penting semua itu adalah kawan.

Aku tak perlu lah nak kupaskan apa maksud kawan yer, korang pun tau apa maksud nya. Lagipun tak payah juga aku nak buka kamus kat sini, leceh lah.. Malas nak cari sebenarnya.Hahahahahha....Bila diceritakan tentang kawan, aku sebenarnya tak banyak sangat nak cerita sebab aku ni mudah ambil hati dan cepat sembuh balik. Lagipun aku ni jarang sangat nak ambik kisah sangat. Bila ada kawan yang buat tak elok, sakitkan hati aku, aku cuma terasa dalam beberapa jam jer, pastu aku dah ignore dah. Cepat aku ni melupakan apa yang takpenting tapi aku tak mudah untuk melupakan pengalaman. Sebab yang tak penting aku tak ambil kira sangat tapi yang aku ambik kisah tentang apa yang dilakukan supaya masa akan datang aku tak kena lagi. Sebab tu aku ni tak banyak sangat nak cerita pasal kawan.. Kalau nak katakan aku ni baik jer sentiasa dengan kawan, tipu lah.. Tapi setiap persahabatan ada yang manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. Semua itu terletak pada kita jer, kalau yang pahit tu, kita jangan lah nak ambik hati sangat, simpan jer yang pahit tu, kelak yang pahit itu lah akan jadi memori untuk kita ingati sampai bila-bila. Yang pahit itu boleh jadi manis tau kalau kita rindu-rindu masa pahit tu..hehehehe...

Aku sebenarnya malam ni touching sket selepas mendengar lagu nasyid yang berunsurkan kawan. Touching sebab aku rasa sedih sangat, sebab aku dan kawan-kawan ku mungkin akan membawa haluan masing-masing pada tahun hadapan. Sedih nyer...kalau nak lepak, hang out sama memang susah rasanya, kalau dapat pun tak sama macam sekarang nih.Adusss.....part ni lah aku tak suka, dulu masa aku hantar kawan ku ke Airport, aku lah yang paling emosi skali..hahaha...Tak kisah lah orang nak kata aku ni chengeng and apa-apa gelaran lah, tapi yang pasti emosi aku tu betul-betul dari hati. Bukan lakonan, aku bukannya pelakon pun. Malas lah nak cerita panjang sebab aku ni kalau bercerita sampai subuh nanti tak habis kot. Sebab banyak sangat memori. Kalau nak tahu kawan-kawan ku, tengok lah di KOLEKSI, semua tu kawan ku, ada banyak lagi kawan ku dan aku tak sempat nak upload. Maaf yer. Di laman social facebook pun kawan aku juga...Terima kasih kawan-kawan kerana sudi berkawan dengan aku. Yang ada ambik hati, sakit hati, benci, and so on,(yang negative) harap buang perasaan tu pada aku yer. Aku cuma Hamba Allah yang biasa..So, akhir kata, berkenalan sesama kita dengan hati yang ikhlas insyallah hubungan yang terjalin akan berkekalan ke akhir hayat. AMIN......Chalo betttey.....

Monday, 5 December 2011

LAMA MENYEPIKAN DIRI...KEMANA AKU???

Salam semua, salam satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca..Hai...lama tak muncul Uncelbengy nih...hahaha...Biasa lah busy dengan activity seharian dan tambahan. Bila dah busy nih tak sempat lah tangan ni nak menaip. Lagipun kehilangan aku membawa memory yang sangat bermakna untuk aku kongsikan..

Nak mula dari mana ni?Aku rasa lama betul aku tak update blog aku nih..Hehehe...Ok lah kerana terlalu lama aku tak update, ni aku nak stori sedikit lah apa aktiviti yang membuatkan aku tak sempat nak menaip dalam blog aku nih.Aku mulakan dari hari Jumaat yer. Sebab Jumaat lepas, tanggal 2 December 2011, aku dikejutkan oleh seorang kawan ku. Bangun jer dari tidur aku terus bersiap mandi dan ikot kawan ku ke Majlis Islam Kota Samarahan. Sampai jer sana tangan ku terus menekat butang untuk mengambil gambar orang. Akak kawan ku kawin lah pada hari itu. Dia akad nikah di Majlis Islam. Hari Ahad baru bersanding. So, maksudnya aku dapat job untuk ambik gambar dia nikah. Ini kali pertama aku ambil gambar orang kahwin. Memang gementar dan tak konfiden lah dengan diri, tapi aku cuba juga untuk menimba pengalaman. Pengalaman itu penting..Sudah habis mengambil gambar di situ, kitaorang bergambar lah di rumah akak kawan ku tu. Jelous wehh tengok orang kahwin....Hahahaha...

Selesai sudah ambik gambar, aku bersiap nak solat Jumaat. Abis solat Jumaat aku bergegas balik rumah dah berkemas untuk pergi ke Palm Beach Resort bersama kawan-kawan sekelas ku kerana ada program Refeksi. Aku pada mulanya tak tahu apa program itu, yang aku tahu cuma pantai dan bercuti bersama kawan-kawan. Hahahaha...Seronok tinggal di Palm Beach Resort, Sematan, Sarawak. Kalau korang nak tempat yang tenang dan seronok untuk bercuti, datang jer kat situ. Best sangat. Yang best nye ada dinner and breakfast..Kenyang perut makan. Abis jer dinner, kiteorang terus pasang bara api untuk program BBQ pulak. Dah lah makan banyak tadi, BBQ lagi, adoh...naik lah berat badan nih..hehehee....

Abis jer BBQ, kiteorang tidor lah, besok paginya breakfast dulu. Aku banyak makan masa tuh..hehehe...Jam 9 terus pegi bilik conference room untuk dengar taklimat dan refeksi diri. Sungguh menusuk jiwa dan kalbu bila saat pensyarah bercerita diiringi music yang sedih dan pejam mata. Nasib baik tak meleleh...hahaha... Abis jer refleksi diri, terus tukar pakaian dan terjun ke laut untuk mandi laut dan main bola. Bila dah penat main bola pergi mandi di swimming pool. Swimming pool kat sini betul-betul mengadap pantai. Tenang dan damai jer jiwa ini...Tapi sayangnya sepanjang program ini aku langsung tak ada ambil gambar sebab aku tak bawa camera.hahahaha...

Kiteorang pergi naik bas sekolah. Membuatkan aku mabuk bas jer. Tapi balik tu aku dapat tidor lah sedikit sebab duduk kat belakang sekali..hahahaa...Sampai jer kat rumah aku tertidur sekejap, pastu mak aku kejutkan suruh ambik akak ku, kasian akak ku tunggu lama. Keletihan membuatkan aku terlupa untuk mengambil akakku..hahahaha...Bila dah ambik akakku, kawan ku pulak antar message bawa aku keluar. Apa lagi, pucuk dicipta ulam pegaga lah..hahaha...Memang aku tak menolak lah weehh...Bukan selalu dapat keluar nih..Kiteorang tengok cerita Immortal and take picture.Jam 12 tengah malam baru sampai rumah.

Keesokkan harinya iaitu hari Ahad tanggal 4 December 2011, aku dikejutkan oleh mak aku, suruh pergi kenduri kahwin kawan ku dan akak kawan ku tu. Serentak mereka bersanding, tapi malangnya kawan ku yang bernama Nasir dan yan mengajak aku untuk pergi ke Kem Permai Rainforest Resort untuk mandi manda lagi. Wahh!!!harus aku pergi nih. Hahahaha....Aku dan kawan-kawan ku pun pergi lah bermandi manda. Tapi aku tak mandi, aku ambik gambar deorang jer...Tak banyak sangat gambar yang aku ambil masa tu, sebab ada dua camera. Nasir banyak ambil gambar.hehehe...aku nak bergambar rasa segan pulak sebab ada model sorang nih, dia jer nak bergambar, tak kasi can orang lain.hahahahaha.....Dah puas mandi kiteorang terus balik. Sampai rumah aku terus tidur kerana letih sangat-sangat. Malamnya aku hantar akak ku balik rumah sewa dan singgah sekejap ke rumah Cikgu aku. Aku hantar gambar kat cikgu aku sekejap, pastu terus balik rumah dan buat assignment. Jam 1.00pagi baru aku tidur..




TAMMAT.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...