like jika suka. =3

Thursday, 10 November 2011

LOGOS HOPE, Pantai Pasir Pandak and Outing Shot

Bismillahirahmannirrahim..Salam semua.Salam 1 Malaysia, Selamat Sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Wah skema pulak ku kali ini yer.Hurm...nak mulakan dari mana dulu yer??
Ni Hafizd
Ok, hamba mulakan dari LOGOS HOPE dulu boleh??Anda tau apa itu LOGOS HOPE??Pada mulanya aku pun tak tahu juga mengenai LOGOS HOPE sehinggalah terdetik idea nak melawat dan melihat apa itu LOGOS HOPE.


Awal pagi dah aku bangun. Pergi hantar akak iparku ke klinik. Bila dah sampai di rumah, baru nak memulakan melayari internet, sepupu aku datang. Nama nya Hafiz. Dia nih master jugak dalam photography nih. Banyak benda dia tau. Mulanya kitaorang takda dalam list pun nak melawat LOGOS HOPE nih. Hafiz nak ke bandar cuma nak cuci gambar yang dia ambil jer. Tiba-tiba melintas pulak pasal LOGOS HOPE. Apa lagi bermacam cara nak tau pasal nih. Ada kawan cakap LOGOS HOPE nih library dalam kapal bergerak. WOW!sound great!!Aku tak pernah lagi mengalami pengalaman berlayar dalam kapal besar nih. Pas halo-halo kawan, dapat lah alamat bertapaknya kapal itu. Bila kita orang nak masuk simpang, nyaris lagi nak terlanggar bonggol sebab excited sesangat nak tau.Sampai jer ke destinasi, WOW! besar betol kapal nih..nih kalau belayar bila nak balik?Berapa pulak harganya kalau nak masuk??

KAPAL LOGOS HOPE by Hafizd Dahlan
 Kitaorang pun parking motor dan pergi ke pintu masuk. Orang puteh jaga weh..excited sungguh dah nih. Pas tengok notis pasal bayaran aku dan Hafiz pelik. Adult:RM1.Hurm????biar betik??murah sungguh..tak patut tak patut. Tapi kitaorang bantai jer masuk. Hehehehe...Masuk dalam ada minah salleh minta tiket. Wah best nyer..rasa macam di oversea nih.hehehe...Bila masuk dalam kapal tuh. Rasa sama jer masuk dalam shopping komplek yang ada kedai buku. Tapi bezanya kedai buku ni dalam kapal.Best nyer lebih sedikit.Hahahaha...OK,LOGOS HOPE ni sebenarnya menjual buku kepada pengunjung. Duit dari hasil jualan itu akan didermakan untuk membantu golongan yang perlukan bantuan.Sebab tu ada HOPE kat belakang tuh. Memberi harapan pada yang memerlukan untuk merasai kehidupan sempurna seperti orang biasa. So, Mari kita ramai-ramai datang melawat dan menderma dengan membeli buku yang dijual didalam kapal LOGOS HOPE nih yer..hehehehhe...Alamat LOGOS HOPE nih ialah Pelabuhan Pending, Kuching, Sarawak. Korang cari jer pelabuhan, dari tepi jalan dah nampak kapal tuh.hehehe....aku tak tau alamat sebetulnya...Yang pasti selepas CMS.
 
Ni pulak cerita pasal Outing shot pulak. Bertempat di Pasir Pandak, Kuching, Sarawak. Tempat ni cantik dan ok untuk korang nak buat wedding photoshot or saje-saje sebab tak ada bayaran untuk masuk. Pandai-pandai jaga kebersihan pantai jer. Jangan nak buang sampah pulak.Hehehehehe.... Tak banyak nak diceritakan sebenarnya sebab outing photoshot kan?So, aku hanya tunjukkan sebahagian gambar yang di ambik aku dengan Hafizd jer lah. Ok kan?Tak lah korang bosan sangat view blog ku. Kalau nak tengok gambar yang lain, click jer nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/logos-hope-and-outing-photoshot-picture.html

Selamat melihat. Harap suka, tak suka comment jer, saya tak marah. Tapi jangan yang sensitif, bagi comment yang membina jer.hehehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...