like jika suka. =3

Saturday, 19 November 2011

Kenduri Kahwin tapi sebaliknya..??

Salam semua...Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua. Macam mana nak mulakan eh??Kenduri tapi sebaliknya....??Apa yang sebaliknya??Meh baca dulu, baru anda semua tau apa sebaliknya.Hehehehe...

Ni lah Pengantin tu. Akak One.

Betul nak tau nih apa sebaliknya?Aku tak payah nak ceritakan pasal kenduri kan?Biasa lah kenduri, datang rumah orang, bersalam, duduk makan, pastu bersalam balik then chow lah kan?hahahaha...Tadi aku dengan dua orang sahabat perempuanku yang bernama Puspa dan Iza pergi ke majlis perkahwinan kakak kawan lelakiku bernama One. Datang je di rumah One nih. Bergambar dulu.hehehe...biasa lah kan?Dah jadi nasib aku mesti tak banyak gambar. Bergambar dulu sebab jumpa Lyn dan Fizah. Pas makan aku, Iza dan Puspa duduk lepak dulu. Tangan aku akan terasa nak menembak jer. Banyak jugak gambar candid Iza dan Puspa sempat aku ambik...

Berdasarkan cerita di atas mesti korang dah dapat jangkakan apa yang sebaliknya kan?Kalau masih tak dapat nak tangkap apa yang sebaliknya..Meh baca sedikit lagi yer. Sebaliknya adalah OUTING PHOTOSHOT.Hehehehe...tu yang sebaliknya..Tak lah mengejutkan korang sangat tapi boleh lah untuk membuat kepala otak anda tertanya-tanya. Kalau tak ada sedikitpun takpe,aku tau memang aku tak pandai sangat nak buat kejutan dan sebagainya.Huhuhuhu....

Baiklah, OUTING PHOTOSHOT dijalankan selepas balik dari kenduri kakak One tu. Aku, Iza dan Puspa terus mencari tempat yang cantik dan unik. Susah juga nak cari view cantik untuk Outing nih sebenarnya. Timbul pulak idea selepas melihat gambar dari seorang kawan ku yang profesional dalam bidang PHOTOGRAPHY nih.Daus nama dia, ni pulak link Facebook dia http://www.facebook.com/profile.php?id=1054906497. Kalau nak cuba hasil tangan dia, contact jer.hehehe....Sambung balik cerita, daripada dia lah aku dapat tau tempat yang kitaorang shot nih. Sangat cantik tempat ni bagi aku. Sebab aku suka dengan Keindahan Alam Semula Jadi.

Ni lah tempat tu.Kalau malam cantik tak korang rasa??
Tempat kiteorang shot nih adalah di jalan yang tak jauh dari Stadium Kuching. Korang jalan jer kat area stadium tu, nanti korang akan dapat tengok pokok-pokok yang ada di tepi jalan tu. Cantik sangat..Hehehehe...Itu jer aku nak ceritakan.Malas nak taip lagi nih. Korang tengok jer gambar yang aku ambik yer. Harap maaf, kamera aku tak lah hebat sangat. Aku ambik gambar sekadar suka-suka, tapi kalau ada yang nak merasa hasil tangan aku dialu-alukan. Tak mahal aku charge..hehehehe...


Lagi gambar click link nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/kenduri-kahwin-tapi-sebaliknya.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...