like jika suka. =3

Friday, 11 November 2011

Hukum Wanita Memakai Celak Mata

Salam semua..Salam 1 Malaysia buat semua warga Malaysia yang sudi membaca entry yang saya tulis. Hello to visitor from others country too. Thanks for one of visitor from United States for your willingness to read my entry. I'm sorry for language that i use all in Malay. First of all, i want to discuss about Hukum Wanita Memakai Celak Mata. Idea ini saya dapat dari seorang hamba Allah semalam. Kitaorang berbincang pasal ni sampai jam 1 pagi. 

Bermulanya dari pandangan masing-masing. Bagi saya penggunaan Celak Mata nih termasuk dalam "make up". Sebab apa saya berpandangan seperti itu??Ini disebabkan penggunaan Celak Mata ni adalah tambahan pada mata kita. Itu pandangan saya. Berhubungan dengan itu, bangun tidur jer terus buka lappy and search info pasal nih.

Ni info yang saya dapat dari laman web nih http://muis.ismaweb.net/2010/05/hukum-wanita-pakai-celak-di-luar-rumah/. Saya share sedikit yer. Nama pun blog Story and Sharing, harap maaf kalau saya share ni saya copy dari link di atas yer. Sebab saya ni bukan lah tau banyak tentang soal macam nih.

Nampak tak??
Kalau tak nampak, baca yang nih ok. Ni yang ditulis dalam gambar tersebut.

Firman Allah dalam Surah Annur ayat 31:-

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Dalam membincangkan maksudnya “ Kecuali yang zahir daripadanya” Imam Al_qurtubi dalam tafsirnya berkata:
“Allah s.w.t memerintahkan kaum wanita supaya tidak memperlihatkan (menzahirkan) perhiasan mereka kepada kaum lelaki kecuali yang dikecualikan oleh ayat tersebut sebagai langkah mengelak fitnah. Dalam membicarakan maksud perhiasan zahir, Para ulama’ mempunyai beberapa pandangan antaranya:-
1) Ibn Mas’ud – Perhiasan zahir ialah pakaian
2) Said Bin Jubair, Ata’ dan Al-Auzaie – Muka, Dua Tapak Tangan dan Pakaian.
3) Ibn Abbas, Qatadah dan Musawwar Bin Mukhrimah – Celak Mata, gelang tangan, inai hingga setengah hasta, anting-anting dan cincin. (Petikan Fatwa Semasa: Dr Yusof Qardawi – Jilid 1)

Adakah harus memakai celak mata?
Harus berdasarkan hadith-hadith berikut:-
1) Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata”
2) Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.
3) Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.
Dapat difahami dari hadith-hadith di atas Harus menggunakan celak mata baik kaum lelaki dan wanita.
Petikan dari kitab:
المفصل فى أحكام المراة والبيت المسلم في الشريعة الاسلامية. Karangan Dr Abd Karim Zaidan Jilid 3 (2607).

Ringkasnya:-
Harus bagi wanita muslimah memakai celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram.

Disediakan oleh:Ustaz Shaharuzzaman Bistamam, Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh
Ahli Panel MUIS
Harap apa yang saya share dalam entry ini dapat menambah sedikit ilmu pembaca tentang HUKUM PENGGUNAAN CELAK MATA. Sedikit saya ingin nasihat dengan pembaca, jangan berpandangan Stereotype terhadap kaum lelaki yang mengamalkan pemakain celak. Bila lelaki memakai celak dikatakan golongan lembut dan sebagainya. Kita sama makhluk Allah dan ingat bahawa apa yang kita katakan mengenai seseorang tu ada balasannya. Kita seharusnya menasihati bukan nya menghukum,  menyalahkan dan melemahkan semangat  seseorang itu. Fikirkan dahulu bila mengata orang. ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI hambanya daripada kita yang tak tahupun apa yang ada dalam fikiran dan hati orang lain.

Akhir kata, berkata tanpa ilmu umpama sampah yang dibuang begitu sahaja. Makin banyak dibuang makin menyemak dan mengotorkan.

p/s: Harap Maaf kalau apa yang saya katakan menguris perasaan pembaca. Saya cuma hendak berkongsi sahaja. Tiada niat lain.. Salam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...