like jika suka. =3

Tuesday, 29 November 2011

HARI BURGER : Lepak dengan kawan sampai malam

Salam semua, Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera.. Maaf yer tak ada update 2 3 hari lalu. Maklum lah busy sangat, bukan busy ape, busy menghilangkan bosan sebenarnya. Lagipun asyik hujan jer, seram jugak nak on9 masa hujan. Nanti kena boom atom dari my mom. Bernanah telinga.Hahahaha...

Wokeyh...malas nak cerita panjang untuk enrty ni, oleh kerana aku lama tak update so aku nak bercerita lah apa yang berlaku hari ini. hahahaha...HARI BURGER: Lepak dengan kawan sampai malam. Amacam??kenapa title macam tu? Meh aku nak cite nih..Hari ini hari selasa kan?So, hari ini tak cuti, and aku kena lah turun menunaikan kewajiban aku, tapi malangnya bila aku balik dari post office pagi tadi, aku message lah kawan ku. Kawan aku boleh pulak jawap yang dia on the way nak keluar jumpa sorang lagi kawan ku. Apa lagi hatiku tak keharuan, dalam keadaan diriku yang macam ni, otak sihatku terus berfikir untuk memboloskan diri dari turun ke tempat yang harus aku pergi.

Pada mulanya aku tak lah jangkakan yang si Nasir and Has ni akan datang menjemputku. Lepak lah aku di rumah sebelum menunggu jam 12 pm. Tiba-tiba, jeng jeng jeng....mereka berdua menyeperise kan aku. Tapi sebenarnya aku dah expect cuma tak konfermkan jer. Datang mereka berdua aku pun berkemas lah..Mula-mula kita orang pergi ke Batu 7 sebab Has nak buat baju batik. Then fikir tempat makan, Nasir pun suggest makan kat Mc Donalds. Wah!pucuk dicipta ulam mendatang, memang kesukaan tuh..Kita orang pun pergi lah. Sampai sana kita bertiga order Double Classic Chicken Mc Deluxe. Adoiyai..besar lah mulut makan ni. Tapi aku letak yang satu lapis ayam kat tempat lain dulu.Tak dapat aku nak buka mulut besar-besar. Itu satu burger..

Pas makan kiteorang pergi Kuching nak tengok cerita Immortals Movie, tapi tak kesampaian sebab movie tu start lewat sangat, kiteorang tengok lah cerita HAPPY FEET. Lawak sungguh si penguin tu walaupun jalan ceritanya cuma hendak menyelamatkan kaum penguin. But not bad lah.Hahaha...Habis tu apa lagi, outing lah. Aku bawa deorang outing di Stadium Kuching, situ memang cantik view untuk outing. Bila gelap sedikit nyamuk kat situ memang kelaparan. Tak sempat aku nak gambar 7 ekor nyamuk mati sekaligus dibunuh Nasir kat tangan aku tadi. Gila beb..nyamuk kat situ memang lapar, lama tak makan darah kot. Siot jer...Banyak tahap gaban...

On the way nak balik aku suggest lah deorang ni makan GRILLED BURGER yang bertempat di hadapan sekolah rendah En. Buyong. BURGER lagi..Itu lah sebabnya aku katakan hari ini hari burger. Sampai sekarang aku kekenyang sebab burger.huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...