like jika suka. =3

Monday, 21 November 2011

Emas Berjaya Dikekalkan Team Malaysia!!Tahniah!!

Salam Semua...Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca apa yang aku tulis nih.Yess!!!Itu yang dapat aku katakan apabila melihat kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA merebut pingat EMAS dalam pertandingan bola sepak yang baru sahaja habis dalam 30 minit yang lalu. Tahniah aku nak ucapkan kepada skuad Harimau Muda yang berjaya mengekalkan pingat EMAS berturut-turut. Memang percapaian yang besar lah yang aku lihat dalam permainan bola sepak nih walaupun pada sebelum ini aku memang tak ada minat langsung nak melihat perlawanan bola sepak. Oleh kerana semangat kenegaraan yang tinggi untuk memberi sokongan dan doa kepada skuad Malaysia berentap aku sanggup duduk depan television dari pukul 8.00pm lagi..Wah satu perubahan yang drastik.Hahahahaha....

Men of the Match nih...
Entry aku nih cuma nak bercerita perubahan aku yang dahulunya memang tak tau sangat pasal bola dan tak ada minat langsung nak main bola mahupun melihat perlawanan bola dalam television. Kalau tengok live aku suka. Sebab itu lah aku terdetik nak buat entry pasal bola nih. Lagipun aku nak ucapkan TAHNIAH BUAT SKUAD MALAYSIA juga kerana menang. Hehehehehe...Nak dipendekan cerita sebab mata dah mengantok nih, aku dahulunya memang tak suka bola nih. Sampai ada kawan-kawan aku panggil aku "kaki bangku". Aku tak kisahh sangat pasal tu sebab aku memang tak minat. Kalau sports lain boleh macam hoki, bola tampar, bola keranjang, sepak takraw, batminton, tennis dan sebagainya aku boleh, tapi bola memang out. Sekarangg ni sejak Malaysia menang dan nama Safy Sali, Shahrul Idlan dan Khairul Fahmi  naik, time tu lah baru aku ada minat sedikit pasal bola nih.

Aku melihat bola dalam television bila team Malaysia main jer, kalau EPL and other league tu aku tak tengok. Kalau korang tanya pemain Malaysia aku tahu sedikit yang STAR, kalau pemain luar negara aku memang tak tau rupa deorang, nama jer aku selalu dengar. So, mata dah mengantuk dan otak kena rest nih, aku nak akhiri lah entry aku nih dengan sedikit pesanan kepada pasukan yang kalah ataupun tak dapat pingat emas dalam sukan bola sepak nih.

Bola sepak adalah satu permainan dan kita semua ketahui kemenangan dan kekalahan itu adalah adat permainan. Kalau rezeki kita untuk menang kita menang, kalau kalah kita redha kerana kita sudah usaha. Jangan jadikan kekalahan sebagai alasan untuk memulakan perbalahan. Sebarang kekasaran dan keputusan pengadil adalah muktamad. Kita ada hak untuk bersuara tapi bukan hak untuk berbalah dan pergaduhan sehingga menjejaskan hubungan baik yang terjalin. Anggap sebarang kekalahan sebagai titik permulaan untuk kita bangkit supaya kita dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang membuatkan kita kalah.

Akhir kata sukan adalah permainan bukan tempat untuk kita memaki hamun sesama kita. Kita harus bermain secara bersih dan dengan gembira supaya kita semua yang ada di dunia ini hidup dengan amannya. Kepada TEAM MALAYSIA yang menang, TAHNIAH aku ucapkan dan kepada team yang kalah, jangan patah semangat, masih ada lagi peluang untuk mencapai kemenangan.

Selamat berjaya kepada semua yang akan menempuhi mana-manapun pertandingan, peperiksaan dan sebagainya..Chaiyok Chaiyok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...