like jika suka. =3

Sunday, 6 November 2011

Bermandi Manda bersama Kawan Sekolahku...

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Berapa kali da ku wish dengan korang.hahaha...Entry ni ku nak bercerita apa yang berlaku pada hari ini.Letih dowh...Naktau kenapa ku bercakap begitu?Sebab hari ini ku beriadah bersama kawan sekolah dulu. Perey ketawa dengan karenah dan telatah mereka..Si Nasir menyakat si Tompel. Sedang Si Yan bercerita Si Tompel dan Si Nasir mengacau. Tak habis cerita Si Yan. Merajuk Si Yan selepas tu..

Aku tak kisah berkawan dengan siapa sahaja, tak kira latar belakang, warna kulit, kedudukan, jantinan dan sebagainya. Mereka kaya ker, miskin ker, cantik, kurang cantik, pandai, kurang pandai, bapok ker, tomboi ker, dan sebagainya lah. Yang penting hati kena ikhlas berkawan dengan aku, aku ok jer...Cuma ku perlukan kegembiraan berkawan. Apa guna memilih kawan, contohnya nak berkawan dengan yang kaya jer, yang miskin taknak. Padahal dia sendiri miskin. Kalau persahabatan sebegitu terjalan, tak lama weh..Kalau berkawan sebab ada tujuan aka INTEREST kato orang puteh. Takda gunanya beb. Nanti lu suatu hari nanti kena juga. Ingat setiap yang kita lakukan ada BALASANNYA aka REWARD. So, kalau nak berkawan tu jangan memilih sangat yer. Nak cari pasangan hidup boleh memilih tapi jangan terlalu memilih..

Merepek sudah ku nih. Ku nak bercerita pasal hari REUNION, tapi sebenarnya bukan REUNION. Hahahaha....Lepak dengan Nasir, Yan dan Tompel memang best. Sakit serakak ku pabila mendengar coloteh dan gelagat mereka...paling SYOK bab melatah.Tu aku memang tak tahan nak ketawa. Takut pulak rahang jem kerana ketawa besar sangat.hahahahaaha....

GENG, kalau nak relaxkan kepala, boleh pergi mandi kat FAMILY PARK MATANG, KUCHING, SARAWAK. Best wooo...boleh Jungle Tracking skali...Kurus sedikit Nasir dan Tompel tadi. Tapi datang tempat untuk mandi melahap KFC. Macam mana tuh.hahahaha...

Tapi yang tak bestnya tadi, 5 minit jer sempat lepak setelah letih Jungle Tracking,pastu hujan turun..Lepak kat pondok sambil sambung melahap KFC dan bercerita zaman sekolah dulu..

Nak tengok muka Nasir, Yan dan Tompel???

Ni lah wajah mereka..Talented juga mereka bertiga ni, lagi-lagi si Yan. Memang suka bergambar..


Skema ja rupa..haha...

Ni pulak gambar kawasan FAMILY PARK tu.

Pas bayar tiket tempat ni lah anda mula lalu..
Ni laluan nak ke Jungle Tracking tuh..best...

Air terjun. Sejok wei...

Lagi gambar Click nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/vacation-mode.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...