like jika suka. =3

Tuesday, 29 November 2011

HARI BURGER : Lepak dengan kawan sampai malam

Salam semua, Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera.. Maaf yer tak ada update 2 3 hari lalu. Maklum lah busy sangat, bukan busy ape, busy menghilangkan bosan sebenarnya. Lagipun asyik hujan jer, seram jugak nak on9 masa hujan. Nanti kena boom atom dari my mom. Bernanah telinga.Hahahaha...

Wokeyh...malas nak cerita panjang untuk enrty ni, oleh kerana aku lama tak update so aku nak bercerita lah apa yang berlaku hari ini. hahahaha...HARI BURGER: Lepak dengan kawan sampai malam. Amacam??kenapa title macam tu? Meh aku nak cite nih..Hari ini hari selasa kan?So, hari ini tak cuti, and aku kena lah turun menunaikan kewajiban aku, tapi malangnya bila aku balik dari post office pagi tadi, aku message lah kawan ku. Kawan aku boleh pulak jawap yang dia on the way nak keluar jumpa sorang lagi kawan ku. Apa lagi hatiku tak keharuan, dalam keadaan diriku yang macam ni, otak sihatku terus berfikir untuk memboloskan diri dari turun ke tempat yang harus aku pergi.

Pada mulanya aku tak lah jangkakan yang si Nasir and Has ni akan datang menjemputku. Lepak lah aku di rumah sebelum menunggu jam 12 pm. Tiba-tiba, jeng jeng jeng....mereka berdua menyeperise kan aku. Tapi sebenarnya aku dah expect cuma tak konfermkan jer. Datang mereka berdua aku pun berkemas lah..Mula-mula kita orang pergi ke Batu 7 sebab Has nak buat baju batik. Then fikir tempat makan, Nasir pun suggest makan kat Mc Donalds. Wah!pucuk dicipta ulam mendatang, memang kesukaan tuh..Kita orang pun pergi lah. Sampai sana kita bertiga order Double Classic Chicken Mc Deluxe. Adoiyai..besar lah mulut makan ni. Tapi aku letak yang satu lapis ayam kat tempat lain dulu.Tak dapat aku nak buka mulut besar-besar. Itu satu burger..

Pas makan kiteorang pergi Kuching nak tengok cerita Immortals Movie, tapi tak kesampaian sebab movie tu start lewat sangat, kiteorang tengok lah cerita HAPPY FEET. Lawak sungguh si penguin tu walaupun jalan ceritanya cuma hendak menyelamatkan kaum penguin. But not bad lah.Hahaha...Habis tu apa lagi, outing lah. Aku bawa deorang outing di Stadium Kuching, situ memang cantik view untuk outing. Bila gelap sedikit nyamuk kat situ memang kelaparan. Tak sempat aku nak gambar 7 ekor nyamuk mati sekaligus dibunuh Nasir kat tangan aku tadi. Gila beb..nyamuk kat situ memang lapar, lama tak makan darah kot. Siot jer...Banyak tahap gaban...

On the way nak balik aku suggest lah deorang ni makan GRILLED BURGER yang bertempat di hadapan sekolah rendah En. Buyong. BURGER lagi..Itu lah sebabnya aku katakan hari ini hari burger. Sampai sekarang aku kekenyang sebab burger.huhuhu...

Thursday, 24 November 2011

AKU BOSAN: Model Bermata Biru

Salam semua...Salam satu Malaysia dan salam sejahtera...Kali ini aku ingin bercerita tentang gelagatku masa bosan. Korang tentu selalu berasa bosan bila tak ada benda nak dibuat kan??

Semalam aku memang bosan tahap cipan gaban lipan and so on lah...Biasanya petang-petang kalau tak hujan aku memang akan menyumbangkan tenaga ku berentap bermain futsal dengan kawan-kawan. Tapi petang semalam hujan turun dengan lebatnya dan kadang-kadang renyai-renyai. Kilat pulak macam nak menyambar orang jer, bunyinya sangat kuat sehinggakan aku yang duduk diluar rumah yang dilindung bumbong pun rasa takut..Al-maklum masa tu sedang belek-belek telepon kerana tak tau apa nak buat.

Korang pernah tak mengalami kepeningan kepala bila anda sedang bosan?Semalam aku mengalami keadaan sedemikian. Aku mula-mula elok jer tak ada pening-pening, tapi makin lama ku bosan dan duduk jer tak ada buat apa, makin lama makin pening. Tak tau aku apa yang membuatkan kepala ku heng. Mungkin sebab duduk terlalu lama dan tak ada buat apa-apa kot..

Kalau aku tidur masa tu memang kena marah lah. Tak elok tidor selepas Asar. Aku pertahankan lah mataku yang mengantuk dalam keadaan hujan yang menjeleskan kau untuk tidur...Setelah itu aku mengambil keputusan untuk membuat sesuatu. Pertama: Aku pergi dapur ambik biskut OAT, Kedua: Aku buat air milo panas yang mungkin dan yang Terakhir: Aku mengambil kamera ku yang tak seberapa itu dibawa keluar rumah.

Mula-mula aku nak ambik titisan air hujan. Tapi aku punya camera tak sehebat orang lain, so ada lah satu model nih, relax jer datang jumpa ku. Bila datang dengan aku, relax jer duduk sebelah. Mata biru lagi tuh...Aku pun berusaha untuk candid gambar model tuh..Ni jer yang dapat aku candidkan dari model bermata biru tu. Gambar tak secantik mana, biasa jer sebab cikai jer camera kan.Tengok jer lah...hahahaha....





Itu dia model bermata biru tuh...Tah dari mana pun aku tak tahu lah...hahaha...

Monday, 21 November 2011

Emas Berjaya Dikekalkan Team Malaysia!!Tahniah!!

Salam Semua...Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca apa yang aku tulis nih.Yess!!!Itu yang dapat aku katakan apabila melihat kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA merebut pingat EMAS dalam pertandingan bola sepak yang baru sahaja habis dalam 30 minit yang lalu. Tahniah aku nak ucapkan kepada skuad Harimau Muda yang berjaya mengekalkan pingat EMAS berturut-turut. Memang percapaian yang besar lah yang aku lihat dalam permainan bola sepak nih walaupun pada sebelum ini aku memang tak ada minat langsung nak melihat perlawanan bola sepak. Oleh kerana semangat kenegaraan yang tinggi untuk memberi sokongan dan doa kepada skuad Malaysia berentap aku sanggup duduk depan television dari pukul 8.00pm lagi..Wah satu perubahan yang drastik.Hahahahaha....

Men of the Match nih...
Entry aku nih cuma nak bercerita perubahan aku yang dahulunya memang tak tau sangat pasal bola dan tak ada minat langsung nak main bola mahupun melihat perlawanan bola dalam television. Kalau tengok live aku suka. Sebab itu lah aku terdetik nak buat entry pasal bola nih. Lagipun aku nak ucapkan TAHNIAH BUAT SKUAD MALAYSIA juga kerana menang. Hehehehehe...Nak dipendekan cerita sebab mata dah mengantok nih, aku dahulunya memang tak suka bola nih. Sampai ada kawan-kawan aku panggil aku "kaki bangku". Aku tak kisahh sangat pasal tu sebab aku memang tak minat. Kalau sports lain boleh macam hoki, bola tampar, bola keranjang, sepak takraw, batminton, tennis dan sebagainya aku boleh, tapi bola memang out. Sekarangg ni sejak Malaysia menang dan nama Safy Sali, Shahrul Idlan dan Khairul Fahmi  naik, time tu lah baru aku ada minat sedikit pasal bola nih.

Aku melihat bola dalam television bila team Malaysia main jer, kalau EPL and other league tu aku tak tengok. Kalau korang tanya pemain Malaysia aku tahu sedikit yang STAR, kalau pemain luar negara aku memang tak tau rupa deorang, nama jer aku selalu dengar. So, mata dah mengantuk dan otak kena rest nih, aku nak akhiri lah entry aku nih dengan sedikit pesanan kepada pasukan yang kalah ataupun tak dapat pingat emas dalam sukan bola sepak nih.

Bola sepak adalah satu permainan dan kita semua ketahui kemenangan dan kekalahan itu adalah adat permainan. Kalau rezeki kita untuk menang kita menang, kalau kalah kita redha kerana kita sudah usaha. Jangan jadikan kekalahan sebagai alasan untuk memulakan perbalahan. Sebarang kekasaran dan keputusan pengadil adalah muktamad. Kita ada hak untuk bersuara tapi bukan hak untuk berbalah dan pergaduhan sehingga menjejaskan hubungan baik yang terjalin. Anggap sebarang kekalahan sebagai titik permulaan untuk kita bangkit supaya kita dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang membuatkan kita kalah.

Akhir kata sukan adalah permainan bukan tempat untuk kita memaki hamun sesama kita. Kita harus bermain secara bersih dan dengan gembira supaya kita semua yang ada di dunia ini hidup dengan amannya. Kepada TEAM MALAYSIA yang menang, TAHNIAH aku ucapkan dan kepada team yang kalah, jangan patah semangat, masih ada lagi peluang untuk mencapai kemenangan.

Selamat berjaya kepada semua yang akan menempuhi mana-manapun pertandingan, peperiksaan dan sebagainya..Chaiyok Chaiyok...

Sunday, 20 November 2011

Dikala Aku Kebosanan

Salam semua..Salam Satu Malaysia dan salam sejahtera.Wah macam pidato pulak entrance aku kali ini. Kali ini aku tak banyak nak bercerita sebabnya ku tak ada buat ape-ape pun hari ini melainkan duduk rumah mengadap lappy dan petang main futsal. Itu memang rutin harian aku lah.

Dikala AKU Kebosanan...hahahaa...boleh buat tajuk lagu nih.Kenapa aku menulis tajuk entry ini dengan tajuk itu???Meh aku bagi jawapan pada korang. Aku ni bukan nya profesional photographer yer. Aku cuma budak hingusan jer dalam bidang photographer. Gambar yang aku tayangkan dalam blog aku nih bukan untuk menunjukan yang aku ni terro dalam ambik gambar. Banyak lagi yang lebih berbakat dari aku.Aku cuma publish gambar ini untuk tontonan kawan-kawan aku yang tak dapat softcopy dari aku. Softcopy gambar yang aku ambik. Aku malas nak penuhi album dalam Facebook aku. Sebab tu lah aku publish dalam ni. Bagi kawan-kawan yang nak save gambar dalam nih, minta maaf yer, aku reduce kan kb gambar tu. Sebab tu kecik, nak yang original size jumpa jer aku..hehehehe..

Baiklah, ni cerita aku pada hari ni. Bosan kan??Tak da benda nak buat. Bila aku tak tau pa nak buat aku mula lah ambik camera aku yang tak seberapa dan mula menekan butang untuk menembak object yang ada di depan mataku.Aku ternampak lah si Ladybird nih. Pelik jer dua ekor nih...Melekat jer..hehehehe...

Tak usah lah aku cerita banyak kan?Tengok jer gambar nih.Tak cantik mana tapi tu jer dapat aku ambik. Aku bukan nye ada Macrolens pun macam orang lain. Aku belajar nih dari kazen ku si Hafiz tuh. Tengok dan comment ok. Saya benar-benar perlukan untuk perbaiki saya punya kemahiran..

Selamat melihat...Hahahahahahaha......

Percubaan, belum dapat membiasakan diri lagi..


Masih lagi percubaan, Ladybird tu takpandai duduk diam...

Masih juga ada gerakkan..Susah betul lah...

Melekat tapi masih juga bergerak.Huh!


Yang ni ok sedikit tapi tak nampak sangat si Ladybird dua ekor nih...


Yang ni aku suka sebab aku dapat ambik yang clear.hehehe...satu ni jer baik sebenarnya...Bye....

Saturday, 19 November 2011

Kenduri Kahwin tapi sebaliknya..??

Salam semua...Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua. Macam mana nak mulakan eh??Kenduri tapi sebaliknya....??Apa yang sebaliknya??Meh baca dulu, baru anda semua tau apa sebaliknya.Hehehehe...

Ni lah Pengantin tu. Akak One.

Betul nak tau nih apa sebaliknya?Aku tak payah nak ceritakan pasal kenduri kan?Biasa lah kenduri, datang rumah orang, bersalam, duduk makan, pastu bersalam balik then chow lah kan?hahahaha...Tadi aku dengan dua orang sahabat perempuanku yang bernama Puspa dan Iza pergi ke majlis perkahwinan kakak kawan lelakiku bernama One. Datang je di rumah One nih. Bergambar dulu.hehehe...biasa lah kan?Dah jadi nasib aku mesti tak banyak gambar. Bergambar dulu sebab jumpa Lyn dan Fizah. Pas makan aku, Iza dan Puspa duduk lepak dulu. Tangan aku akan terasa nak menembak jer. Banyak jugak gambar candid Iza dan Puspa sempat aku ambik...

Berdasarkan cerita di atas mesti korang dah dapat jangkakan apa yang sebaliknya kan?Kalau masih tak dapat nak tangkap apa yang sebaliknya..Meh baca sedikit lagi yer. Sebaliknya adalah OUTING PHOTOSHOT.Hehehehe...tu yang sebaliknya..Tak lah mengejutkan korang sangat tapi boleh lah untuk membuat kepala otak anda tertanya-tanya. Kalau tak ada sedikitpun takpe,aku tau memang aku tak pandai sangat nak buat kejutan dan sebagainya.Huhuhuhu....

Baiklah, OUTING PHOTOSHOT dijalankan selepas balik dari kenduri kakak One tu. Aku, Iza dan Puspa terus mencari tempat yang cantik dan unik. Susah juga nak cari view cantik untuk Outing nih sebenarnya. Timbul pulak idea selepas melihat gambar dari seorang kawan ku yang profesional dalam bidang PHOTOGRAPHY nih.Daus nama dia, ni pulak link Facebook dia http://www.facebook.com/profile.php?id=1054906497. Kalau nak cuba hasil tangan dia, contact jer.hehehe....Sambung balik cerita, daripada dia lah aku dapat tau tempat yang kitaorang shot nih. Sangat cantik tempat ni bagi aku. Sebab aku suka dengan Keindahan Alam Semula Jadi.

Ni lah tempat tu.Kalau malam cantik tak korang rasa??
Tempat kiteorang shot nih adalah di jalan yang tak jauh dari Stadium Kuching. Korang jalan jer kat area stadium tu, nanti korang akan dapat tengok pokok-pokok yang ada di tepi jalan tu. Cantik sangat..Hehehehe...Itu jer aku nak ceritakan.Malas nak taip lagi nih. Korang tengok jer gambar yang aku ambik yer. Harap maaf, kamera aku tak lah hebat sangat. Aku ambik gambar sekadar suka-suka, tapi kalau ada yang nak merasa hasil tangan aku dialu-alukan. Tak mahal aku charge..hehehehe...


Lagi gambar click link nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/kenduri-kahwin-tapi-sebaliknya.html

Thursday, 17 November 2011

Pembentangan Budget 2012 Negeri Sarawak

Pembentangan Budget 2012 Negeri Sarawak: Salam semua..Salam 1 Malaysia, Salam sejahtera dan selamat bergumbira pada hari ini. Hari ini hari Jumaat kan?Bagi yang cuti besok hari mest...

Monday, 14 November 2011

Hilang 2 hari??Kemana???

Salam kengkawan...Salam Satu Malaysia buat Warga Malaysia. Salam sejahtera buat semua yang sudi baca apa yang aku merepek.Bagi yang tak faham sangat Bahasa Melayu, korang translate jer guna Google Translate yer..hehehe...

2 hari aku hilang kan? Hilang kemana?? Bukan hilang lari dari rumah tapi hilang dari update blog and post new entry..hehehe..Bukan ape, sibuk sedikit dengan aktiviti riadah bersama kawan-kawan, family dan semua lah. Sebelum ni aku cuti, sebab tu banyak masa nak menghadap lappy nih. Sekarang sudah kembali ke sekolah. OPSSSS...teringat pulak semalam hari pertama budak form 5 SPM kan?? Abang Uncel Bengy nak wish selamat menduduki peperiksaan SPM. Buat yang terbaik yer. Ingat SPM tu sekali jer dalam seumur hidup, so kena buat sehabis baik. Tinggalkan dulu masa enjoy untuk sepanjang peperiksaan ini. Abis peperiksaan nak nyaple ke, nak ngedance ker, nak ngelayo ker..Terpulang yer...hehehehe...

Jam nak menjejak ke 1 pagi nih. Target nak tidor jam 1 sebab esok ada test.Aku cerita lah sedikit yer kenapa ku hilang 2 hari nih. Hari sabtu Ahad bersamaan 13.11.11, aku hang out dengan kawan ku Nasir dan Ustaz Hasbullah kawan baruku.hehehehe..Seronok keluar dengan dieorang nih. Gelak dan enjoy. Kiteorang pecah record lepak di shopping complex bernama THE SPRING dari jam 10 pagi sampai jam 4 petang. Nak tau apa kiteorang buat kat sana lama sangat. Cuba tengok gambar nih...

Nasir dan Ustaz Hasbullah
Serius jer muka ustaz tu bergambar..hahahahha..keje kitaorang di situ bergambar, makan and tengok orang dance. Tu jer..Sebab hari tu ada Borneo Street Dance Competition. Aku memang suka dance, tapi tak pandai.hahahahaha..suka jer.

Penat lah menaip, korang tengok gambar jer lah. Boleh kan? Dah mengantok juga nih...



First: Lunch

Second: Take picture while waiting for the show begin

BORNEO STREET DANCE COMPETITION Stage

Kacau Nasir tengah possing..hahahahahha

One of contestant..This group like Korean artist,4-Minutes

Lastly, DONUTS sponsored by both of them 
Habis makan donut kiteorang terus chow balik rumah..Malam tu ada majlis di rumah makcik aku. Meeting pasal causin ku nak kawin bulan 12 nih. Pas majlis tu aku keluar hantar sister ku ke Kuching. Aku lepak dengan Sadam dan Serap sambil mengambil gambar mereka berdua nih. Besok kalau ada masa aku upload gambar yang aku ambik yer. Ngantok bebenor dah nih. Hujan lagi tuh memang best lah tidor nih...Chalo bettey...Salam semua....

Friday, 11 November 2011

Hukum Wanita Memakai Celak Mata

Salam semua..Salam 1 Malaysia buat semua warga Malaysia yang sudi membaca entry yang saya tulis. Hello to visitor from others country too. Thanks for one of visitor from United States for your willingness to read my entry. I'm sorry for language that i use all in Malay. First of all, i want to discuss about Hukum Wanita Memakai Celak Mata. Idea ini saya dapat dari seorang hamba Allah semalam. Kitaorang berbincang pasal ni sampai jam 1 pagi. 

Bermulanya dari pandangan masing-masing. Bagi saya penggunaan Celak Mata nih termasuk dalam "make up". Sebab apa saya berpandangan seperti itu??Ini disebabkan penggunaan Celak Mata ni adalah tambahan pada mata kita. Itu pandangan saya. Berhubungan dengan itu, bangun tidur jer terus buka lappy and search info pasal nih.

Ni info yang saya dapat dari laman web nih http://muis.ismaweb.net/2010/05/hukum-wanita-pakai-celak-di-luar-rumah/. Saya share sedikit yer. Nama pun blog Story and Sharing, harap maaf kalau saya share ni saya copy dari link di atas yer. Sebab saya ni bukan lah tau banyak tentang soal macam nih.

Nampak tak??
Kalau tak nampak, baca yang nih ok. Ni yang ditulis dalam gambar tersebut.

Firman Allah dalam Surah Annur ayat 31:-

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Dalam membincangkan maksudnya “ Kecuali yang zahir daripadanya” Imam Al_qurtubi dalam tafsirnya berkata:
“Allah s.w.t memerintahkan kaum wanita supaya tidak memperlihatkan (menzahirkan) perhiasan mereka kepada kaum lelaki kecuali yang dikecualikan oleh ayat tersebut sebagai langkah mengelak fitnah. Dalam membicarakan maksud perhiasan zahir, Para ulama’ mempunyai beberapa pandangan antaranya:-
1) Ibn Mas’ud – Perhiasan zahir ialah pakaian
2) Said Bin Jubair, Ata’ dan Al-Auzaie – Muka, Dua Tapak Tangan dan Pakaian.
3) Ibn Abbas, Qatadah dan Musawwar Bin Mukhrimah – Celak Mata, gelang tangan, inai hingga setengah hasta, anting-anting dan cincin. (Petikan Fatwa Semasa: Dr Yusof Qardawi – Jilid 1)

Adakah harus memakai celak mata?
Harus berdasarkan hadith-hadith berikut:-
1) Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata”
2) Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.
3) Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.
Dapat difahami dari hadith-hadith di atas Harus menggunakan celak mata baik kaum lelaki dan wanita.
Petikan dari kitab:
المفصل فى أحكام المراة والبيت المسلم في الشريعة الاسلامية. Karangan Dr Abd Karim Zaidan Jilid 3 (2607).

Ringkasnya:-
Harus bagi wanita muslimah memakai celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram.

Disediakan oleh:Ustaz Shaharuzzaman Bistamam, Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh
Ahli Panel MUIS
Harap apa yang saya share dalam entry ini dapat menambah sedikit ilmu pembaca tentang HUKUM PENGGUNAAN CELAK MATA. Sedikit saya ingin nasihat dengan pembaca, jangan berpandangan Stereotype terhadap kaum lelaki yang mengamalkan pemakain celak. Bila lelaki memakai celak dikatakan golongan lembut dan sebagainya. Kita sama makhluk Allah dan ingat bahawa apa yang kita katakan mengenai seseorang tu ada balasannya. Kita seharusnya menasihati bukan nya menghukum,  menyalahkan dan melemahkan semangat  seseorang itu. Fikirkan dahulu bila mengata orang. ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI hambanya daripada kita yang tak tahupun apa yang ada dalam fikiran dan hati orang lain.

Akhir kata, berkata tanpa ilmu umpama sampah yang dibuang begitu sahaja. Makin banyak dibuang makin menyemak dan mengotorkan.

p/s: Harap Maaf kalau apa yang saya katakan menguris perasaan pembaca. Saya cuma hendak berkongsi sahaja. Tiada niat lain.. Salam...

Thursday, 10 November 2011

LOGOS HOPE, Pantai Pasir Pandak and Outing Shot

Bismillahirahmannirrahim..Salam semua.Salam 1 Malaysia, Selamat Sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Wah skema pulak ku kali ini yer.Hurm...nak mulakan dari mana dulu yer??
Ni Hafizd
Ok, hamba mulakan dari LOGOS HOPE dulu boleh??Anda tau apa itu LOGOS HOPE??Pada mulanya aku pun tak tahu juga mengenai LOGOS HOPE sehinggalah terdetik idea nak melawat dan melihat apa itu LOGOS HOPE.


Awal pagi dah aku bangun. Pergi hantar akak iparku ke klinik. Bila dah sampai di rumah, baru nak memulakan melayari internet, sepupu aku datang. Nama nya Hafiz. Dia nih master jugak dalam photography nih. Banyak benda dia tau. Mulanya kitaorang takda dalam list pun nak melawat LOGOS HOPE nih. Hafiz nak ke bandar cuma nak cuci gambar yang dia ambil jer. Tiba-tiba melintas pulak pasal LOGOS HOPE. Apa lagi bermacam cara nak tau pasal nih. Ada kawan cakap LOGOS HOPE nih library dalam kapal bergerak. WOW!sound great!!Aku tak pernah lagi mengalami pengalaman berlayar dalam kapal besar nih. Pas halo-halo kawan, dapat lah alamat bertapaknya kapal itu. Bila kita orang nak masuk simpang, nyaris lagi nak terlanggar bonggol sebab excited sesangat nak tau.Sampai jer ke destinasi, WOW! besar betol kapal nih..nih kalau belayar bila nak balik?Berapa pulak harganya kalau nak masuk??

KAPAL LOGOS HOPE by Hafizd Dahlan
 Kitaorang pun parking motor dan pergi ke pintu masuk. Orang puteh jaga weh..excited sungguh dah nih. Pas tengok notis pasal bayaran aku dan Hafiz pelik. Adult:RM1.Hurm????biar betik??murah sungguh..tak patut tak patut. Tapi kitaorang bantai jer masuk. Hehehehe...Masuk dalam ada minah salleh minta tiket. Wah best nyer..rasa macam di oversea nih.hehehe...Bila masuk dalam kapal tuh. Rasa sama jer masuk dalam shopping komplek yang ada kedai buku. Tapi bezanya kedai buku ni dalam kapal.Best nyer lebih sedikit.Hahahaha...OK,LOGOS HOPE ni sebenarnya menjual buku kepada pengunjung. Duit dari hasil jualan itu akan didermakan untuk membantu golongan yang perlukan bantuan.Sebab tu ada HOPE kat belakang tuh. Memberi harapan pada yang memerlukan untuk merasai kehidupan sempurna seperti orang biasa. So, Mari kita ramai-ramai datang melawat dan menderma dengan membeli buku yang dijual didalam kapal LOGOS HOPE nih yer..hehehehhe...Alamat LOGOS HOPE nih ialah Pelabuhan Pending, Kuching, Sarawak. Korang cari jer pelabuhan, dari tepi jalan dah nampak kapal tuh.hehehe....aku tak tau alamat sebetulnya...Yang pasti selepas CMS.
 
Ni pulak cerita pasal Outing shot pulak. Bertempat di Pasir Pandak, Kuching, Sarawak. Tempat ni cantik dan ok untuk korang nak buat wedding photoshot or saje-saje sebab tak ada bayaran untuk masuk. Pandai-pandai jaga kebersihan pantai jer. Jangan nak buang sampah pulak.Hehehehehe.... Tak banyak nak diceritakan sebenarnya sebab outing photoshot kan?So, aku hanya tunjukkan sebahagian gambar yang di ambik aku dengan Hafizd jer lah. Ok kan?Tak lah korang bosan sangat view blog ku. Kalau nak tengok gambar yang lain, click jer nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/logos-hope-and-outing-photoshot-picture.html

Selamat melihat. Harap suka, tak suka comment jer, saya tak marah. Tapi jangan yang sensitif, bagi comment yang membina jer.hehehehe...

Wednesday, 9 November 2011

Seronoknya Mandi Hujan

Salam semua...Salam 1 Malaysia dari kamek Uncel Bengy. Hahaha..amacam entry kamek sebelum nih?Bosan ker?Macam tak da sambutan jer. Takpe kamek ok jer. Kalau orang tak comment pun ok. Janji korang sudi membaca apa yang kamek tulis dalam ni.

Nak dijadikan cerita tengah malam nih. Tepat jam 12.00 tengah malam ku start menaip nih. Hehehe...sebenarnya ni lah rutin harian ku sebelum tidur. Kalau sebelum nih ku selalu menulis dalam Diari ku, tapi sekarang ku menulis dalam Blog ku.Hehehehe.... Nak tau tak kenapa entry ku bertajuk Seronoknya Mandi Hujan???

Meh baca sekejap. Kamek nak stoli moli nih..Al kisah....pada petang semalam, sebab sekarang dah 12.03 am,hari Khamis, so petang semalam lah kan?Petang semalam, kat area ku, baik jer cuaca. Bangun dari tidur petang, ku terus pakai kasut sukan dan gerak ke padang futsal yang ada di kampungku. Perjalanan mengambil masa 5 minit jer. Tak jauh kalau naik motor. Sampai jer kat padang tu ku terkejut melihat kawasan padang futsal dah kena attack dek pokok tumbang. Rosak sedikit pagar hijau. Nanti kalau ku rajin, adalah ku upload gambar padang rosak tu yer.

Sambung balik,hehehehe...bila tengok padang tu rosak, kita orang main jer. Sebab pagar jer rosak, lantai masih elok. Sedang syok menyepak bola, tiba-tiba.. jeng jeng jeng...(ada musik latar..hehehhe...) hujan turun dengan renyai nya.Kiteorang bantai jer main sebab tak lebat kan. Padang futsal nih tak da bumboong ler..ehehhe..so, kitaorang main jer lah. Syok-syok main hujan terus mencurahkan airnya dengan lebat. Perghhh....lama tak mandi hujan nih. Seronok weh...yang main futsal dengan ku semua budak sekolah. Ku pun dah macam budak sekolah jugak..

Hujan lebat pun kita orang masih main dengan slumber dan gelak-gelak. Tiba-tiba kilat berbunyi dengan perlahan, kiteorang masih maintain main. Tak menghiraukan. Sound yang pertama tu, keluar sound yang kedua sederhana perlahan, masih main lagi.Macam main futsal dalam keadaan cerah. Kali ketiga sound paling maximum baik punya keluar, bertempiaran kiteorang lari ke pondok tandas.Hahahaha...lucu masa tu. Bila kilat tak ada main balik. Bunyi kilat lari balik ke pondok, takda kilat main balik.

Last-last ku terasa pulak diri ini macam dah tua jer, bila melepak dalam padang jer, budak-budak tak kasi bola pun dengan ku.ku terus chow dari situ. Taktau lagi keadaaan deorang tu. Masa ku balik hujan memang lebat lah. Sampai rumah mak ku boleh gelak pulak dengan ku sebab aku tak dapat main futsal. Hujan...huh!!...Seronok juga mandi hujan kan?Teringat masa sekolah menengah dulu selalu jer mandi hujan bila hujan turun..Terpekik terlolong jer. Nasib baik si Kilat tak mengganas masa tuh...Seram weh...

Tamat lah kisah yang berlaku pada ku hari ini..Terima Kasih kerana sudi membaca yer..Salam...

Tuesday, 8 November 2011

Korean Fesyen - Minat tak salah kan??


Salam semua..Salam satu Malaysia. Halo halo halo....Gamsahabnida buat viewer yang sudi membaca blog ku yang membosankan ini, Ku akui memang ku bukan jenis pak lawak. So maaf lah kalau apa yang ku tulis bosan ok. Dah nama tajuk blog ku Story and Sharing, so paham-paham jer lah.hahahaha....

Ok ku nak bercakap pasal Korean Fashion nih. Wa tak tahu lah berapa ramai yang suka Korean Fashion, tapi wa tau memang ramai yang sekarang ni suka dengan Korean Artis. Sebab deorang cantik-cantik dan bagi gurls ni suka yang jambu-jambu. Muzik deorang pun best jugak. Walaupun tak paham apa yang deorang cakap, tapi telinga masih juga mahu mendengar. Sampai ada yang hafal lirik lagu artis yang diminati. Kalau ku, ku minat dengan style deorang. Lagu ku minat jugak, muvie, drama semua ok. Boleh masuk jiwa dan raga ku lah. Cerita Melayu pun wa layan juga beb. Semalam baru tamat cerita Soffiya. Sekarang penggiat seni kita semakin Manthobbb...So, sape yang tak suka layan cerita Melayu tu memang rugi lah.

Apa pendapat korang pasal Korean Fashion nih? Bagi ku style deorang ni memang lain dari yang lain. Lagipun memang boleh digunakan setiap hari.Alah....tak perlu lah nak beli baju style korea, setting rambut macam style deorang pun dah ok. Guna t-shirt pun stail jugak.


Kalau ku suka dengan Korean Fashion tak salah kan?Minat seseorang tak boleh nak dipertikaikan. Bukan nya aku buat perkara tak elok. Minat jer. Tapi aku nak pesan kepada yang belum berminat, jangan tarik diri anda untuk minat sebab budget besar weh. Kadang-kadang mengeluarkan ok sket, kalau tiap hari botak kepala weh..

Di sini ku nak share sedikit lah kat mana nak cari barang korea. Sekarang laman sosial memudahkan urusan niaga. So, ku selalu survey barang kat One Jaya, Kuching, Sarawak bagi yang duduk di Sarawak lah. Di sini memang banyak barang korean, Ladies and men. Kalau nak mudah boleh tengok kat link ni http://www.facebook.com/pages/Morris-Trend-Collection/111163458974138 sini mamang ku selalu search. Baju kat atas tu pun ku dapat dari kedai nih. Lain-lain link korang search jer dalam www.facebook.com yer. Kat page ni http://www.facebook.com/pages/ZeroDegree-FashionShop/144029595660229 pun ok jugak barang.

SO peminat Korean Fashion, apa tunggu lagi. Search and grab which items that you like..Dhaa.....

Lagi gambar click this link http://uncelbengy.blogspot.com/p/fashion.html

Monday, 7 November 2011

Kenangan Ku

Salam semua...Hari ini ku rasa nak bercerita kenangan ku lama lah.Ok ku cerita pasal ku fly ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan Konvokesyen ku. Tak payah lah ku cerita ku konvo kan?? Wa nak cerita pasal kenangan wa jer tapi kalau ada terselit pasal konvo tu sori yer.Sebab konvo tu kenangan juga kan?heheheheeh...... Wa sampai jer LCCT, wa dan parent wa terus gerak ke Shah Alam untuk ambik jubah dan settle konvo wa.Akak dan Abang ipar wa yang ambik kitaorang. Pas ambik jubah, kitaorang terus jalan-jalan pusing Shah Alam. Agak seronok juga lah, sebab jarang datang melawat Bandar Shah Alam.

Lepas puas meronda-ronda kitaorang terus gerak balik Melaka. Duduk di rumah abang ipar dan akak ku di Tampin, Melaka. Lepak di Melaka memang seronok beb..Wa masih ingat bila kitaorang ramai-ramai mandi kat Air Panas Gadek. Masuk jer kaki dalam air tu semua mengelupur..hahahahaha...panas giler weh..Last-last pegi mandi kat tempat kolam budak-budak.Tak lah panas sangat tapi masih panas jugak lah..hahaha...Bila dah berendam dalam tu lama-lama panas air tu kurang,rasa mandi air suam pulak..Pergi pulak ke kolam yang ada di hadapan, Bila masuk melompat mengelupur lari.Gelak orang tengok gelagat ku dengan abang ku.hahaha...

Masa untuk konvo tiba, kitaorang gerak ke Shah Alam awal pagi. Sebab kita orang dari Melaka ke Shah Alam. Dalam 2 jam macam tu lah, nak elakkan dari jem. Habis jer konvo, kita orang terus gerak ke Subang Jaya, mula-mula nak lepak Subang Parade, tapi tak jadi pulak. Kitaorang terus gerak ke Sunway Piramid.


Ni jer gambar SUNWAY PIRAMID yang sempat ku ambik

Kita orang ke sini sebenarnya ada tujuan.hehehe...Kita orang nak hantar sedikit buah tangan kepada Uncle Mustapa Kamal. Nak bagi ikan terubuk masin jer dengan dia. Camner boleh kenal dengan uncle tu usah cerita lah kan. Ala sekarang technology canggih, semua boleh...

Pas hantar ikan terubuk dengan uncle, terus lepak kat Mc Donald's. Abis makan kita orang pusing-pusing dulu. Pastu baru balik. Kawan ku yang bernama Nazmi aka Mito pun ada turun lepak dengan ku. Terima Kasih Mito. Sanggup turun walaupun sit kereta kotor.hehehe....sangat dihargai.

Balik ke Melaka kita orang jalan-jalan ke Bandar Melaka. Banyak tempat yang kitaorang pergi kat Melaka, tak perlu lah wa nak list down kan?nanti bosan pulak korang. Lagi gambar click link nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/kenangan-ku.html

Sunday, 6 November 2011

Bermandi Manda bersama Kawan Sekolahku...

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Berapa kali da ku wish dengan korang.hahaha...Entry ni ku nak bercerita apa yang berlaku pada hari ini.Letih dowh...Naktau kenapa ku bercakap begitu?Sebab hari ini ku beriadah bersama kawan sekolah dulu. Perey ketawa dengan karenah dan telatah mereka..Si Nasir menyakat si Tompel. Sedang Si Yan bercerita Si Tompel dan Si Nasir mengacau. Tak habis cerita Si Yan. Merajuk Si Yan selepas tu..

Aku tak kisah berkawan dengan siapa sahaja, tak kira latar belakang, warna kulit, kedudukan, jantinan dan sebagainya. Mereka kaya ker, miskin ker, cantik, kurang cantik, pandai, kurang pandai, bapok ker, tomboi ker, dan sebagainya lah. Yang penting hati kena ikhlas berkawan dengan aku, aku ok jer...Cuma ku perlukan kegembiraan berkawan. Apa guna memilih kawan, contohnya nak berkawan dengan yang kaya jer, yang miskin taknak. Padahal dia sendiri miskin. Kalau persahabatan sebegitu terjalan, tak lama weh..Kalau berkawan sebab ada tujuan aka INTEREST kato orang puteh. Takda gunanya beb. Nanti lu suatu hari nanti kena juga. Ingat setiap yang kita lakukan ada BALASANNYA aka REWARD. So, kalau nak berkawan tu jangan memilih sangat yer. Nak cari pasangan hidup boleh memilih tapi jangan terlalu memilih..

Merepek sudah ku nih. Ku nak bercerita pasal hari REUNION, tapi sebenarnya bukan REUNION. Hahahaha....Lepak dengan Nasir, Yan dan Tompel memang best. Sakit serakak ku pabila mendengar coloteh dan gelagat mereka...paling SYOK bab melatah.Tu aku memang tak tahan nak ketawa. Takut pulak rahang jem kerana ketawa besar sangat.hahahahaaha....

GENG, kalau nak relaxkan kepala, boleh pergi mandi kat FAMILY PARK MATANG, KUCHING, SARAWAK. Best wooo...boleh Jungle Tracking skali...Kurus sedikit Nasir dan Tompel tadi. Tapi datang tempat untuk mandi melahap KFC. Macam mana tuh.hahahaha...

Tapi yang tak bestnya tadi, 5 minit jer sempat lepak setelah letih Jungle Tracking,pastu hujan turun..Lepak kat pondok sambil sambung melahap KFC dan bercerita zaman sekolah dulu..

Nak tengok muka Nasir, Yan dan Tompel???

Ni lah wajah mereka..Talented juga mereka bertiga ni, lagi-lagi si Yan. Memang suka bergambar..


Skema ja rupa..haha...

Ni pulak gambar kawasan FAMILY PARK tu.

Pas bayar tiket tempat ni lah anda mula lalu..
Ni laluan nak ke Jungle Tracking tuh..best...

Air terjun. Sejok wei...

Lagi gambar Click nih http://uncelbengy.blogspot.com/p/vacation-mode.html

Saturday, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Tengok KAMBING ini senyum jer bila diambil gambar.
Gambar kambing di atas tersenyum riang jer. Ni gambar yang ku ambil sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Adha aka Hari Raya Qurban. Possing maut kambing ni bila ku datang menghampirinya untuk mengambil gambar. Baunya memang tak boleh lawan lah. Perfume original punya..hahahaha....


Hari Raya Aidil Adha bakal datang. Esok hari sebenarnya.Hahahaha...tak sabar ku.Sebab mak ku bersiap makanan dan kuih sama seperti Hari Raya Aidil Fitri. Buat akak kesayangan ku jauh di Melaka bersama suami dan anaknya, maaf kalau gambar yang ku upload akan mengiurkan ko.Hahahaha...

Entry ini ku nak bercerita pasal KELUPIS sebenarnya..


Anda tahu apa itu Kelupis??Kelupis ni makanan yang wajib ada bila sambutan Raya di rumah aku lah. Rumah korang wa tak tau. Kelupis ni dalam bahasa Sarawak. Bahasa Malaysia  wa tak tau lah. Sori, nanti korang search kalau korang nak tau apa maksudnya ok?hahahahha....Ok ni gambar yang sempat saya snap semasa mak saya menggolong Kelupis. Sebenarnya, Kelupis ni lebih kurang macam Shushi dan Lemang jugak. Bezanya Kelupis dibalut dalam daun  dan direbus dengan air jer. Tengok gambar di bawah untuk melihat bagaimana rupanya Kelupis ya..

Beras yang telah digolong sebelum dibalut dengan daun

Beras tadi dibalut dengan daun, Ni lah hasilnya.

Inilah hasil nya..INILAH yang dinamakan KELUPIS.hahaha...yang ni belum direbus lagi tau.

Selepas direbus barulah Kelupis dimakan. Sedap dimakan dengan Kari Ayam, Susu pekat dan sebagainya. Ikut citarasa korang lah.


Ini cara tradisional, ku tak pastilah sama ada orang pernah buat ataupun tidak. Ku cuma terfikir, kalau Kelupis ni kita buat macam Shushi mesti dapat sambutan kot. Balut dengan Seaweed dan letakan Ayam kat dalam. Pergghhh....sedap weh...

So, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat umat ISLAM yang ada di seluruh dunia. Diharap jemaah HAJI balik ke tempat masing-masing dengan selamat nanti.AMIN...
 

Friday, 4 November 2011

International Conference on Public Policies and Social Sciences (ICoPS) 2011

Terima Kasih kepada Pengarah UiTM Samarahan kerana sudi bergambar dengan saya..

ICoPS telah berlansung selama dua hari iaitu 30 October 2011 dan 31 October 2011. Bertempat di Islamic Information Centre, Kuching, Sarawak. ICoPS mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak."Presenter" terdiri daripada nama-nama besar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Tajuk yang disampaikan menarik minat peserta untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai "Public Policies and Social Sciences". Pelajar yang mengambil bidang Pengajian Polisi dan Pentadbiran sangatlah beruntung mengikuti persidangan ini kerana tajuk yang dibincangkan berkaitan dengan pelajaran. Saya salah seorang peserta yang menghadiri persidangan ini. Banyak ilmu yang saya dapat setelah menghadiri persidangan ini. Disini saya selitkan beberapa gambar yang dapat saya ambil ketika menghadiri persidangan tersebut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...